Sangat Rindu.

Assalamualaikum.

Sebulan tinggalkan belog, kini kembali dengan wajah yang lebih gelap. Hahaha, ini semua kawad punya pasal. Tapi sungguh seronok. Pertama kali tinggal di kem, duduk sebilik 7 orang bersama kawan-kawan yang super best. Sekarang ini sibuk belajar undang-undang. Kalah budak universiti. Heeee.

Bolehlah singgah dan mula kembali komen belog kawan-kawan. Oh, I tak lupakan korang tahu! Tidak sama sekali.

Dan sebelum itu, I nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua kawan-kawan yang beragama islam. Semoga RAMADHAN kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya. Tak mahu ponteng-ponteng puasa okay. (;

Heeeee...


Gelap kan kan? Hahaha.

Gadis ini memohon maaf.

Assalamualaikum.



Malu nak mengaku diri seorang blogger kerana nak update belog pun jarang-jarang. Maaf ya kawan-kawan. Memang selalu macam ni kan? Bila lambat update belog, atau dibiarkan lama tidak berupdate, pasti hanya tahu meminta maaf. Tapi bila difikir-fikirkan, selain daripada itu, apa lagi yang boleh Nurul lakukan? HEHE. (:

Disebabkan dah lama tak letak gambar, maka teruplodlah gambar ini. HAHA. (: 


Tapi bila tengok folder gambar yang lama-lama ni, rasa macam tak ada apa yang berubah kecuali muka ditumbuhi jerawat yang agak banyak. Itulah yang paling dikesalkan sekali. Perkembangan yang tidak membanggakan sama sekali! Sama dua kali juga tidak! Huh..


Nurul dah mula lapor diri hari khamis yang lepas. Bersama dengan Nurul, ada lagi 88 orang yang datang. 19 perempuan dan yang selebihnya adalah lelaki. Memang kerja pembantu penguatkuasa ini tidak ramai perempuan agaknya.


Selain diceritakan dengan cerita-cerita yang tidak menarik langsung iaitu mengenai latihan yang akan diberikan selama satu bulan bermula 11hb Julai nanti, hati meronta-meronta untuk menarik diri. Tapi disebabkan akal yang waras ini, maka diteruskan juga. WARAS, PAK! Tidak mungkin lah Nurul tarik diri. Mahu mendapatkan kerja sikit punya susah. HEHE. (:


Nurul okay dengan semua pelatih perempuan. Dengan lelaki tidak lagi. Malu ah. Sudahlah banyak kali ditertawakan oleh satu kelas kerana tanpa sedar melakukan sesuatu yang tidak sangka akan dijadikan bahan jenaka oleh komander dan rakan-rakan yang lain. HAMPEH!


Apapun, harap-harap latihan selama satu bulan di kem akan ditempuhi dengan jayanya. Latihan yang berat, dengan waktu tidur yang tidak menentu pasti akan membuatkan mindaku terdera. Hmph. Banyak-banyakkan berdoa la ya, Nurul.


Dan selepas latihan di kem tamat, tiga bulan yang seterusnya pula diberikan untuk Nurul dan yang lain belajar tentang undang-undang DBKL. Jadi pelajar balik la nampaknya. Agaknya, masihkah otak ini berfungi dengan baik? Masih.. Masih..


Dan selepas itu, barulah secara rasminya, Nurul akan menyarungkan uniform kebadan. Huu.Huu.. Tak sabar nak tunggu saat tu tiba. Lambat lagi. Empat bulan lagi. Apa yang paling Nurul harapkan adalah, Nurul tidak akan hitam seperti bontot kuali apabila latihan tamat nanti. HAHA. (:


Last, terima kasih kepada mereka yang sering tanya khabar tentang Nurul dan ambil berat. Mula dari malam ini, Nurul akan start melawat belog kawan-kawan semula.


Till then,

Nurul di Terengganu, Bercuti.

Assalamualaikum.


Mula-mula sekali Nurul nak kalian semua teka Nurul ada dimana sekarang. Kalau dapat jawab Nurul bagi flying kiss dari sini. HAHA. (:


Okay lah, tak mahu la main teka-teki. Nurul sekarang ada di Balai Polis Gong Badak, Kuala Terengganu. Haa? Apa kesalahan yang Nurul buat sampai masuk sini, jauh dari KL pula tu. Eh tak.. Nurul tak buat kesalahan apa-apa pun, Nurul datang sini saja nak bercuti plus Nurul nak teman kakak Nurul yang ditugaskan kesini. Ya, dia bekerja sebagai polis.


Nurul pernah cerita yang buah hati Nurul pun bekerja disini juga yang sebelum ni dia kerja di Ipoh, Perak. Disebabkan ayah dia minta dia untuk tukar kerja dan menetap disini, jadi dia mengikut kata ayah dia dan berhenti kerja lalu bekerja disini sebagai pensyarah. Tak mahu la bagitahu kat mana. Bukan kalian kenal pun kan? (:


Walaupun dia terpaksa berhenti kerja yang dia sayang tu, tapi demi ayahnya yang tak berapa sihat tu, dia turutkan saja, walaupun ada juga dia mengadu yang dia menyesal berhenti kerja dekat Ipoh tu, dan dia cakap, bila tengok muka ayah, rasa menyesal tu hilang. Tak apalah kan. Masa ni la dia nak balas budi ayah dia.


Hari ni, dah hari ke-3 Nurul duduk sini. Jumpa pakwe Nurul pun baru sekali. Hari ni, dekat Terengganu kan cuti. Hari Jumaat dan Sabtu. Mula-mula ingat, dapat la lepak dengan dia lama sikit memandangkan semalam jumpa dia kejap je, itupun dalam suasana yang tegang. Tapi dapat mesej dari dia dalam pukul 2 macam tu cakap dia sakit perut yang teramat, entah, mungkin salah makan kot. Jadi hari ni, mungkin juga tak dapat jumpa dia.


Pelik sikit rasanya. Sebab dulu kalau datang sini, mesti rasa teruja nak jumpa dia. Tapi masa turun je dari bas pagi tu, tak rasa macam tu pula. Kenapa ya? Kemungkinan yang Nurul dapat fikir, adalah seperti berikut. HAHA. (:


1- Sebab dia layan Nurul acuh tak acuh lepas dia datang KL haritu. Malam last nak jumpa tu, dia layan punya la romantik, tapi lepas sampai Terengganu, terus buat tak tahu. Sakit juga hati ni. Tapi sebab dah biasa, macam pepatah, alah bisa tegal biasa tu, membuatkan Nurul rasa macam 'tak apalah, aku dah biasa kena macam ni.'So teruskan juga hidup walaupun sakit hati. HAHA. (:


Nurul nak bagitahu yang, gambar bawah ni adalah gambar Nurul dengan pakwe Nurul. Hmph. Tahun depan entah masih sepasang kekasih atau tidak?


Okaylah, jaga diri semua. Senyum selalu. Muah. (:

Mari teman Nurul tengok wayang.

Assalamualaikum.


Pengumuman .


Ada sesiapa nak temankan Nurul pergi tengok wayang cerita Lagenda Budak Setan esok?


Kalau tak, Nurul tengok sorang-sorang saja la. 


Yeah, again....

I akan Ditemuduga? Oh ya!

Assalamualaikum.


Hai semua. Maaf, sebab lama tak update belog. I've been busy. Sibuk dengan apa? Ahaaa, itu persoalannya, dan I akan ceritakan pada entri kali ini. ;p


Hari jumaat lepas, ada orang dari DBKL called dan cakap yang I kena menghadirkan diri untuk ditemuduga pada hari khamis depan(sewaktu dia called) bersamaan dengan khamis ini(sewaktu I sedang menulis entri), dan bersamaan dengan 6hb Mei 2010. Uhu. Kiranya fizikal test hari itu telah  berjaya, lalu melayakkan diri I untuk ditemuduga. Yieeehaaa, andree andreee. Okay, agak berlebihan (over) disitu. Haha. ;p


Okay, apa yang menyebabkan I sibuk ialah, I kena prepared banyak benda, search tentang DBKL semua. Tentang Datuk Bandar, okay, sila sekeh kepala I sekarang kerana I tidak tahu siapa Datuk Bandar kita. Ops, sekeh mungkin terlalu kejam pada diri I, apa kata kiss? Mungkin terlalu nakal(?). Heh.


Eh, kalian tahu ke siapa Datuk Bandar kita?


Takut la, I benar-benar(bukan lagu Adam, hahaha) inginkan pekerjaan ini. I nak beli kereta, nak beli rumah, nak beli suami(?), nak beli macam-macam la. Agak cemburu dengan kejayaan adik beradik yang lain yang boleh I katakan agak berjaya berbanding diri ini.


Bukan cemburu membab* buta. Okay, sah-sah la yang bab* itu tidak buta(?).


Cepat berikan kata-kata semangat pada I.


Cepat berikan kata-kata nasihat pada I.


Cepatlah cepat, jangan ketinggalan, rancangan menarik, menanti anda.  Jam 5 di TV2, jam 5, jam 5. Hahaha, kalian ingat tak lagu tu? Kalau tak silap, lagu tu masa I sekolah rendah dulu. Lama dah. ;p


Hahaha, sebelum I mengarut dengan lebih karut lagi, lebih baik I berhenti menaip. Kalian semua, doakan kejayaan I ya, kalau I berjaya mendapatkan pekerjaan tersebut, I akan....(berfikir). Nanti I fikirkan semula.


Akhir kata, ada siapa-siapa yang nak jadi suami I(?)?

,

Fizikal Test at Tasik Titiwangsa.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana masih bernafas hingga ke saat ini walaupun sakit-sakit badan ni. Tolong picitkan (pada yang wanita sahaja).


Pukul 6.30 pagi, Kakcik dah kejutkan I suruh bangun. Awal. Dah la semalam jalan sehari suntuk. Hekhek. Okay, salahkan diri sendiri kerana tahu esok ada perkara penting yang mesti dilakukan, masih juga menggatalkan diri keluar. ;p


Lepas dah siap-siap, berseluar hitam, berbaju putih, dan bercelak sedikit (harus itu), I pun gerak ke sana menaiki kereta. Ya. I pergi sana ditemani adik dan anak saudara. Oh, can't live without them. ;p My family is my everything. Plus, I ni penakut. Pergi tempat ramai-ramai ni harus ajak adik. Hehehe.


Ujian pertama, lari sejauh 2.4km. Pusing 1 Tasik Titiwangsa. Nasib stamina I okay, dan selalu juga I pergi joging di Titiwangsa dengan adik, jadi amatlah membantu. Itupun semput juga lah. Haha. Untuk 2.4km, masa larian I adalah 14minit (angkat-angkat kening). Terel tak?


Lepas larian, pergi buat ujian kesihatan pula. Ukur ketinggian - 168.5cm, berat 52.5kg. BMI = 18.5. Hahaha. Hampir2 fail. Tekanan darah, ujian mata, lepastu ujian air kencing. Lepas tu, kena ukur dada. Eh? Alhamdulillah, semuanya I lepas. Tahniah pada diri sendiri. Hekhek. ;p


Lepas settle bab ujian kesihatan, I kena buat tekan tubi. Haha. Bab ni kelakar. Sebab cara gadis buat tekan tubi kan lain dari lelaki. Ada sesetengah gadis buat, badan turut, montot pula terangkat. Tergelak-gelak I dibuatnya. Comel okay! ;p Wekk. Tapi I lepas. Tak banyak, 8 kali jer. Itupun semput. ;p


Bab seterusnya dan yang terakhir, adalah kawad. Hehehe. Tak sia-sia masuk KRS waktu sekolah dulu. Waktu nak memperkenalkan diri, kena cakap kuat-kuat dan laju-laju tanpa brek sampai tergagap-gagap I. Hahaha. It was fun. Bila ingat memang nak tergelak. Tapi yang paling I suka, bila Cik tu puji, dia cakap " bagus. kemas awak kawad, nanti tunggu surat ya. Terima kasih." Masa ni rasa penat lelah tunggu dari pukul 8 sampai ke pukul 4 hilang bila kena puji. Ahaa, I ni kalau penat, moody etc, kalau ada orang puji, memang secara automatik mood I akan okay. ;p Mengada.


Itu saja. Sekarang ni, kena banyakkan berdoa dan tawakal sahaja pada Allah. Kalau ada rezeki, ada lah. Kalau tak ada, I cuba lain kali. (; Thanks baca bebelan I ni. Hehehe. Take care semua, Assalamualaikum.

Berita Tergempar!

Assalamualaikum.


Baru sudah tengok cerita My Name Is Khan. Menitik-nitik air mata. Letih menangis. Sedih sungguh cerita tersebut. Hadoi. Ya, sungguh emosi penulis belog ini. ;p

Sungguh tak sedar masa cepat berlalu. Hari ni dah hari Sabtu. Esok Ahad, lusa Isnin, tulat Selasa. Haha. (; Apa yang cuba disampaikan penulis belog disitu? Entah apa-apa. Oh ya, hari Isnin nanti ada fizikal test di Tasik Titiwangsa. I dapat surat dari DBKL. Oh, agak teruja disitu. Syukur alhamdulillah, akhirnya dapat juga peluang itu. Kalau lulus fizikal test, baru dia panggil temuduga. Harap-harap semuanya akan okay. Please pray for me ;p Thanks bebeh.

Okay, tu saja update terkini. Haha. Tak tahu nak tulis apa. Ahaa, ada satu gambar yang I nak share dengan kalian semua. Rasa-rasa la kan, apa yang tak kena dengan gambar tersebut ya?





Hahaha. Have a great weekend to all of you. Take care (;

Apabila Gadis Diragut.

Assalamualaikum.

Mula-mula sekali, nak ucapkan syukur pada Allah kerana masih bernafas saat ini. Alhamdulillah.



Petang semalam, I dan adik bercadang untuk ke Tasik Titiwangsa. Disebabkan I dan adik sudah semakin gemuk, jadi kami berdua bercadang untuk mengeluarkan peluh dengan berjoging di Titiwangsa. Jadi dalam pukul  4.30, selepas solat Asar, I dan adik pun bersiap-siap untuk kesana.

Tapi sebelum tu, I ajak adik singgah di Giant Batu Caves, sebab I nak beli barang muka dulu. Ops, I dan adik pergi dengan menaiki motor. Kata rock kan? Jadi dalam perjalanan ke Giant tu, terjadilah satu kejadian yang tidak diduga.

Masa atas motor ni, I memang dah perasan, macam ada motor follow motor I dari belakang. Tapi masa ni tidak lah I fikir yang bukan-bukan. Baik punya I menyanyi atas motor. Tapi tiba-tiba, motor yang follow I dan adik dari belakang, lalu sebelah motor I dan merentap rantai leher yang I pakai.

Okay, terkejut beruk saat ini. Terkejut dan sedih. Tu rantai arwah mak. Ahhh tidakkkkk..

Masa dia rentap rantai leher I tu, I perasan yang peragut tu pandang I sambil tersenyum. DAMN. Memang tak guna. Tak guna! Lepastu terus dia pecut dan hilang entah kemana.

Masa tu I dan adik dah blur. Tapi dalam hati memang rasa bersyukur yang amat, sebab sekurang-kurangnya dia tak tendang motor atau buat sesuatu yang lebih teruk. Alhamdulillah. Syukur sangat.

Tapi I sedih la. Rantai tu..ish..Rantai tu.. );

Balik tu, cakap dengan kakak, kakak cakap ;

"Rantai tu boleh beli lain, nyawa tu yang paling penting."

Yes, I agreed. Tapi pasti tak sama dengan rantai yang itu. );

p/s : Takziah  buat keluarga penyanyi kumpulan SPIN, Abdillah Murad Md Shari atau Achik yang meninggal kerana kemalangan maut semalam.

How to Use Adobe Illustrator?

Assalamualaikum kawan-kawan.

Wahh, penat sungguh menggodek Adobe Illustrator tersebut. Dari tghari tadi, dah nak sampai ke petang, masih tak berjaya lagi. Sedih sungguh la.

Macamana ya? Ada sesiapa yang baik hati boleh tolong buatkan header untuk blog I ini tak? I tak tahu nak buat la. Hukhuk. Sadis sungguh.

Kejap lagi boleh la blogwalking, minta tolong sesiapa buatkan header untuk blog I ni. Buat muka kasihan sikit lah..



Erk, silap la plak.. Hahahhaa..

A Great Weekend.

Great ke?
Entah lah. Tak tahu nak cakap.

Hari Sabtu hari tu pergi KLCC untuk menonton cerita Adnan Sempit. Tapi tiket pula habis. Jadi ambil keputusan untuk menonton cerita The Spy Next Door lakonan Jackie Chan.


Cerita tu best juga, kelakar. Dah tua dah Jackie Chan tu eh. Hahah, tapi still handsome. Lawak dia tak pernah pudar. Oh yeahh, i loiikee him very much. ;]]


"Jangan lupa tengok movie lakonan I ya?" Pesan Jackie Chan pada I sewaktu kami bertemu.

Semalam (17-1-10) pula, disebabkan tidak keruan kerana benar-benar ingin menonton cerita Adnan Sempit, pada petang semalam, I sekali lagi pergi ke KLCC untuk menonton cerita ini. Pergi sorang-sorang je. Sekarang ni semuanya sorang-sorang. Pergi makan pun sorang-sorang. Dating pun sorang-sorang. Memang sadis sekali!

Okay sambung. Waktu tayangan pukul 7.30. Itupun seat dah bawah-bawah. Huhuhu, ingatkan kalau tengok sorang, dapat la seat atas-atas, tapi kat atas semua dah penuh. Hahaha. Semuanya kerana Adnan sempit.


Salah satu babak dalam Adnan Sempit.

Cerita Adnan Sempit ni kelakar sangat. Kira tak rugi la tengok. Hehehe, yang paling kelakar masa dia speaking london masa cerita tu dah nak habis. Hahahah. Macam sengal. "To all pakcik-pakcik" Hahah. "Jangan kerana nila setitik, rosak rempit sebelanga" Hahahaha.. Bengong sungguh!


Apa2pun, I bagi 4 dari 5 bintang pada cerita ni. ;]

Patah Hati. Saya benci Awak.

Sampai hati awak buat saya macam ni. Kenapa awak seringkali mengecewakan saya? Saya dah lakukan macam-macam untuk awak. Siang malam, saya bersama awak. Okay sorry, siang saya tak bersama awak kerana awak pun tahu saya busy bekerja. Tapi setiap malam, hampir tiap-tiap malam, saya bersama awak. Tapi awak masih sanggup mengecewakan saya. Kenapa awak? Kenapa?

Semalam, satu malam saya mengeluh. Mengenangkan apa yang awak buat pada hati dan perasaan saya. Madu saya bagi, tuba awak balas! Habis madu sepah dibuang! Apa lagi peribahasa yang boleh saya gunakan untuk awak? Kalau ada lagi, minta tolong beritahu saya.

Awak..Awak..Saya bersama awak hampir sepanjang alam remaja dan dewasa saya.Saya serahkan sepenuh jiwa pada awak. Sepenuh masa saya pada awak. Tapi kenapa awak tak pernah berubah? Kenapa perlu mengulangi perkara/situasi yang sama? Ia tidak adil untuk orang yang sensitif seperti saya.

Sudahlah. Saya tak mahu lagi menjalinkan hubungan dengan awak selepas apa yang awak lakukan pada Hassan. Kenapa awak? Kenapa Hassan perlu mati? Kenapa Hassan perlu mati kena tembak? Kenapa tak tembak je Ezany/Emran tu. Dia tu dah tua la awak. Dah la gelap(oiii jangan mengutuk oiii). Okay saya minta maaf, teremo sekejap tadi. Silap! Sebenarnya satu hari semalam saya emo, sampai ke pagi-pagi ini. Semuanya kerana Hassan mati kena tembak.

Saya sedih la awak. Kenapa orang yang baik, sanggup berkorban untuk orang lain akhirnya terkorban ditangan orang jahat? Saya tak puas hati la. Awak tak kasihan kan saya ke? Saya taknak Hassan mati. Saya tak pernah jumpa dengan orang sebaik Hassan. Diulangi..Orang sebaik Hassan. I love you, Hassan, my miamorr.

Saya nak putuskan segala hubungan dengan awak. Jangan datang cari saya lagi. Saya benci awak. Saya benci TV3!!! Bwekkk.

Yang kecewa ;
Zuraida Harun @ Nurul

I Miss Him.

Dia busy, tapi I rindu dia.
Nak mesej / call tak boleh kerana line dah kena block. Hehehe.
So, kepada Encik Blog, tolong sampaikan salam rindu I pada dia ya!
Katakan padanya, I miss him damn much.
Wahh, gitu.
Pesan lagi padanya, jangan lupa makan ubat okay.
Jangan makan yang manis-manis kerana usianya tidak membenarkan dia menikmati kemanisan lagi, haha. ;p
Lagi, nanti balik kerja, bawa kereta berhati-hati ya.
Dont drink and drive ya.
Itu sahaja.
Thank you very much Encik Blog.
Muahh2x.
Hahaha. ;]]

, ,

Kau ni tak reti sabar ke hah?

Kadang-kadang rasa kecil hati, tapi I sabarkan saja. Kan I yang pilih jalan ni. Kalau tak mahu kecil hati, cari altenatif lain. Wahh, senang cakap kan. Ingat mudah ke? Kalau semudah menaip, tak apa juga kan!

Tapi tak apa lah. Allah bersama orang yang sabar kan?
I yakin itu!
Jadi marilah kita bersabar.

Dan kalaulah I punya kekuatan, benda pertama yang I akan lakukan adalah ;

MENGGEMBIRAKAN HATI SEORANG AYAH.
(Lelaki itu sudah tua, biarlah dia hidup gembira)
Kalaulah...

Azam untuk bulan ini ;
Cuba menggembirakan hati seorang ayah.

Yang berazam ;
Zuraida Harun @ Nurul

Tak Nak Kawan Kau!

Thank you so much untuk Orang Terengganu kerana membantu.
Thank you so much untuk Kakcik kerana membantu juga.


Semalam, ada la seorang kawan ni telefon tanyakan hal kat tempat kerja. Jawab macam biasa la. Sembang-sembang kejap, pastu tiba-tiba dia tanya sesuatu yang membuatkan I macam tercengang.


Kawan : Esok apa projek?

I : Projek? Projek apa?

Kawan : G genting nak?

I : (tercengang)

Kawan : Nak tak?

I : Buat apa g sana?

Kawan : Tidur sana la. Nak tak?

I : (tercengang lagi)


Apa hal la mamat ni. Kalau I ni makwe dia, tak apa juga nak ajak macam tu. Pakwe I pun tak pernah ajak I pergi tidur sana, I je yang selalu ajak dia. Hahahahh, bengong punya Nurul.


Kalau dah tahu perangai macam ni, nak kawan pun rasa macam malas. Bila dia call ke mesej ke mula la rasa cam malas nak jawab dan malas nak reply mesej. Kalau lagi malas, delete terus mesej tanpa baca!


Mari berangan sebentar!


I : You sayang I tak? (sila muntah)

Sayang : Hanya Allah je yang tahu betapa I sayangkan you.

I : Lepas ni, walau apa pun yang terjadi, jangan tinggalkan I ya? Walau apa pun yang terjadi. Boleh?

Sayang : (diam)




I dedicate this song to ; ALIF, i'll never let you go. Never..

Te Amo..Alif..


Stay di Terengganu, 2 hari 1 malam. Memang best. Tempat menarik. Buahati bawa ke Besut. Apa entah nama tempat tu , lupa. Tapi memang cantik. Tapi sayang, 2 hari pergi tu asyik hujan je. Tak la lebat sangat, tapi basah la kan. So tak berapa nak boleh berjalan sangat, errr ye ke? Hahaha. Bestnya. Rasa macam nak ulang semula je. Haih. Tak puas jumpa. 2 hari rasa macam kejap je. Entah bila dapat pergi lagi tak tahu la. Hmph! Takpe, nanti ada rezeki boleh pergi lagi. Hoooyeahh. ;]]

Sekarang dah masuk tahun 2010. Umur pun dah bertambah setahun. Hehehe, rasa macam dah tua je, ngee. Tunggu lagi 2,3 tahun, pastu hehehe pastu nak kahwin. Hehehe. Rasa macam tak sabar je nak bersama dengan orang yang paling I sayang. Memang tak akan jumpa lagi dengan lelaki yang melayan I macam err...tak la macam menatang minyak yang penuh kan, cuma, ye lah lelaki yang ambil berat diri I lebih dari I sendiri. Memang tak akan jumpa, dan tak nak jumpa pun selain dari dia.

Tak tahu nak cakap macamana, tapi sayang betul lah dengan dia. Jujurnya, ciri-ciri lelaki idaman I tak ada pun pada dia. Kecuali 1, dia kelakar, boleh buat I ketawa sampai keluar-keluar airmata, dan susah nak jumpa dengan lelaki yang boleh terima diri I yang serba kekurangan ni. I don't care, lambat ke cepat ke, I tetap nak dia. Dia je! Dan dialah lelaki pertama yang membuatkan I betul-betul tak sabar nak melangkah ke alam heheheh..kahwin! Hooyeahh.

Tapi masalah masih tak selesai lagi. I tak tahu nak buat apa selain dari berdoa dan berharap semoga Allah memakbulkan doa hambanya ini. Hmphh. Okay, tamahu mengeluh-mengeluh, tamahu tamahu.. Hidup perlu diteruskan. Hoooyeahh.

, ,

Main Bowling.

Sebelah I tu, adik I. Nama dia Nana dan sikecil yang depan I tu, anak saudara I. nama Aisya Najiha.


Semalam I dengan family pergi main bowling. Mula-mula pergi Brem Mall tapi penuh sampai pukul 4am sebab ada game apa entah. Dorang book sampai pukul 4am. Lepastu plan cari tempat lain. Huha.

Main 1 set. Hadoi. I kalah dengan teruk. Jatuhan pin tak sampai 100. Hahaha, bikin malu saja. Yang kalah kena belanja. Tapi I dengan adik I seri. Jatuhan pin 67. Hahaha. Jadi bahagi 2. Kekekke. ;p

Hari ni, ikut perancangan nak pergi Genting join Gath dengan Lumut and the geng. Tapi kena kerja. Arghh. Okay memang tak puas hati. Apahal hari sabtu kena kerja kan? Huh. Tapi nak buat macamana. Dah kena kerja. :( Haihs. So Lumut, I am so sorry okay. Tak ada rezeki nak jumpa. Nak buat mcmana kan..


Esok, Ahad, barulah dapat cuti. Tak tahu nak pergi mana. Mungkin keluar jalan-jalan, cuci-cuci mata, dan menonton wayang. Mungkin lah. Mungkin.

So, untuk semua, enjoy your weekend ya. Have a great weekend. :) Till then..

Selamat Tahun Baru Untuk Semua Umat Islam. :)

Doa Akhir Tahun : Dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata ;
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
“Hampalah kami di sepanjang tahun ini”.


Doa Awal Tahun ; dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata ;
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkandua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

p/s : I harap hari-hari yang mendatang menjadi lebih baik pada diri I dan diri kalian semua. Selamat Tahun Baru. :)

Apalah nasib diri ini...

Kadang-kadang rasa kasihan pada diri sendiri. Tapi rasa kasihan pada dia melebihi rasa kasihan pada diri sendiri. Kalau ikut hati, mahu saja kahwin lari. Eh, citer macam senang kan. Pergi je Thailand, kahwin. Tapi sebenarnya susah sangat. Dia pernah jadi majistret, jadi dia bagitahu, susah sebenarnya kalau nak kahwin lari. Apsal tengok dalam tv macam senang je?! Huh tak puas hati betul. I terpedaya! Kasihan I bukan?

Pahit rasa nak telan. Nak buang pun pahit. Tapi kena pilih juga salah satu. Kena berani kan. Jadi I ada suarakan untuk memutuskan hubungan dengan dia. I tahu dia rasa bersalah pada I. I tahu dan I boleh rasa. Tapi nak buat macamana kan? Keluarga dia tetap tak mahu setuju. Malah lagi mahu jodohkan dia dengan pilihan ayahnya. Jadi, I nak buat apa? Mungkin patut mengundurkan diri saja. Cukuplah pergaduhan/salah faham yang terjadi dalam keluarga dia berlaku kerana I. Kasihan I bukan?


Sebenarnya, I baru 22 tahun. 22 TAHUN okay. Dalam usia 22 tahun ni I kena lalui perkara macam ni. Selalu dengar dalam radio, tengok dalam tv, baca dalam surat khabar, tapi kali ni jadi pada diri sendiri. Tak tahu nak hadapi macamana? Kadang-kadang rasa sempit je dada ni. Tak tahu nak luahkan macamana selain dari menangis. Kasihan I bukan?

Kehadiran orang lain yang luahkan rasa hati pada I, sikitpun tak membuatkan hati I tertarik. Sikit pun tak ada! Kadang-kadang ada juga terfikir, baik terima je siapa yang hendakkan I, tapi..serius I tak boleh buat/cipta hubungan tanpa rasa kasih sayang. Cukuplah sekali I buat silap dalam hidup. Habiskan masa lebih kurang 2 tahun menjalinkan hubungan dengan lelaki yang I tak sayang. Huhh. Kasihan lelaki itu bukan?

Kadang-kadang terfikir, mungkin inilah balasan atas apa yang I buat. I lukakan hati orang lain, sudahnya hati I yang terluka, tapi kali ini lebih makan dalam lagi.


Kasihan I bukan?

,

Kenduri Kahwin

Semalam pergi kenduri kahwin kawan opis adik. Aiyaya, sayu je hati bila tengok pengantin bersanding. Mula la rasa cam sedih-sedih. Huhuh, emo lagi! Nasib lauk dia sedap. Sedih-sedih pun banyak juga makan! Hehehh.

Balik dari kenduri tu, singgah JJ Wangsa Maju, makan donut kat Big Apple. Makan lagi. Aduyai. Tak lama lagi pasti gemuk! Hehehe, lepas dah kenyang, barulah balik..

Balik rumah, mula-mula ingat macam nak pergi KLCC tengok wayang, cerita Twilight. Tapi bila sampai rumah rasa macam malas pula nak keluar plus mata mengantuk. Dah terus tidur dari pukul 4 sampai 6 petang mcm tu.

Malam tak buat apa, duduk rumah tengok tv. Dulu kalau ada Alif, satu hari tu habiskan masa dengan dia je, sekarang ni bila dah jauh, hujung2 minggu duduk rumah je. Tapi tak apa lah kan. Sabar je. :)

Jealous.

Nak juga join gathering jumpa rakan-rakan blog! (Tiba2). Hahaha, update blog pun sebulan sekali. Bukan aktif sangat. Tapi kalau tak aktif pun tak apa kan? Masih boleh join kan...Lumut? Hehehe, nanti kalau sempat nak pergi jumpa Lumut kat Pasar Seni. Itu pun kalau sempat laaa. Nak sangat jumpa. Huhuhuk.


Dari pagi tadi duk layan Zuma je. Gilalah. Dah macam gian pula. Hehehehe.