Patah Hati. Saya benci Awak.

Sampai hati awak buat saya macam ni. Kenapa awak seringkali mengecewakan saya? Saya dah lakukan macam-macam untuk awak. Siang malam, saya bersama awak. Okay sorry, siang saya tak bersama awak kerana awak pun tahu saya busy bekerja. Tapi setiap malam, hampir tiap-tiap malam, saya bersama awak. Tapi awak masih sanggup mengecewakan saya. Kenapa awak? Kenapa?

Semalam, satu malam saya mengeluh. Mengenangkan apa yang awak buat pada hati dan perasaan saya. Madu saya bagi, tuba awak balas! Habis madu sepah dibuang! Apa lagi peribahasa yang boleh saya gunakan untuk awak? Kalau ada lagi, minta tolong beritahu saya.

Awak..Awak..Saya bersama awak hampir sepanjang alam remaja dan dewasa saya.Saya serahkan sepenuh jiwa pada awak. Sepenuh masa saya pada awak. Tapi kenapa awak tak pernah berubah? Kenapa perlu mengulangi perkara/situasi yang sama? Ia tidak adil untuk orang yang sensitif seperti saya.

Sudahlah. Saya tak mahu lagi menjalinkan hubungan dengan awak selepas apa yang awak lakukan pada Hassan. Kenapa awak? Kenapa Hassan perlu mati? Kenapa Hassan perlu mati kena tembak? Kenapa tak tembak je Ezany/Emran tu. Dia tu dah tua la awak. Dah la gelap(oiii jangan mengutuk oiii). Okay saya minta maaf, teremo sekejap tadi. Silap! Sebenarnya satu hari semalam saya emo, sampai ke pagi-pagi ini. Semuanya kerana Hassan mati kena tembak.

Saya sedih la awak. Kenapa orang yang baik, sanggup berkorban untuk orang lain akhirnya terkorban ditangan orang jahat? Saya tak puas hati la. Awak tak kasihan kan saya ke? Saya taknak Hassan mati. Saya tak pernah jumpa dengan orang sebaik Hassan. Diulangi..Orang sebaik Hassan. I love you, Hassan, my miamorr.

Saya nak putuskan segala hubungan dengan awak. Jangan datang cari saya lagi. Saya benci awak. Saya benci TV3!!! Bwekkk.

Yang kecewa ;
Zuraida Harun @ Nurul

3 comment:

applesakura said...

aku dah kate dah hassan mati kene tembak punyerr waaaaaa..dan ianyer mnjadi kenyataan~

orked hana said...

hahaha..cinta balqis punye hal =p

gg said...

eh mana hassan mati??

-tiba2 menyibuk. maaf tak kenal pun. saja buat kenal .P