Sangat Rindu.
Sebulan tinggalkan belog, kini kembali dengan wajah yang lebih gelap. Hahaha, ini semua kawad punya pasal. Tapi sungguh seronok. Pertama kali tinggal di kem, duduk sebilik 7 orang bersama kawan-kawan yang super best. Sekarang ini sibuk belajar undang-undang. Kalah budak universiti. Heeee.
Bolehlah singgah dan mula kembali komen belog kawan-kawan. Oh, I tak lupakan korang tahu! Tidak sama sekali.
Dan sebelum itu, I nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua kawan-kawan yang beragama islam. Semoga RAMADHAN kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya. Tak mahu ponteng-ponteng puasa okay. (;
Heeeee...
Tak Nak Kawan Kau!
Thank you so much untuk Orang Terengganu kerana membantu.
Thank you so much untuk Kakcik kerana membantu juga.
Semalam, ada la seorang kawan ni telefon tanyakan hal kat tempat kerja. Jawab macam biasa la. Sembang-sembang kejap, pastu tiba-tiba dia tanya sesuatu yang membuatkan I macam tercengang.
Kawan : Esok apa projek?
I : Projek? Projek apa?
Kawan : G genting nak?
I : (tercengang)
Kawan : Nak tak?
I : Buat apa g sana?
Kawan : Tidur sana la. Nak tak?
I : (tercengang lagi)
Apa hal la mamat ni. Kalau I ni makwe dia, tak apa juga nak ajak macam tu. Pakwe I pun tak pernah ajak I pergi tidur sana, I je yang selalu ajak dia. Hahahahh, bengong punya Nurul.
Kalau dah tahu perangai macam ni, nak kawan pun rasa macam malas. Bila dia call ke mesej ke mula la rasa cam malas nak jawab dan malas nak reply mesej. Kalau lagi malas, delete terus mesej tanpa baca!
Mari berangan sebentar!
I : You sayang I tak? (sila muntah)
Sayang : Hanya Allah je yang tahu betapa I sayangkan you.
I : Lepas ni, walau apa pun yang terjadi, jangan tinggalkan I ya? Walau apa pun yang terjadi. Boleh?
Sayang : (diam)
I dedicate this song to ; ALIF, i'll never let you go. Never..
Jealous.
Nak juga join gathering jumpa rakan-rakan blog! (Tiba2). Hahaha, update blog pun sebulan sekali. Bukan aktif sangat. Tapi kalau tak aktif pun tak apa kan? Masih boleh join kan...Lumut? Hehehe, nanti kalau sempat nak pergi jumpa Lumut kat Pasar Seni. Itu pun kalau sempat laaa. Nak sangat jumpa. Huhuhuk.
Dari pagi tadi duk layan Zuma je. Gilalah. Dah macam gian pula. Hehehehe.
Terengganu.
Terengganu sangat cantik. Pantai/lautnya best. Ombak kuat. Bergulung-gulung. Eh, bergulung ke? Memang jauh beza dengan PD. Ombak kat sana tak sekuat diterengganu. Sesuai untuk bercuti, tapi untuk menetap, kena fikir banyak kali. Mungkin tak sesuai untuk orang yang suka berhibur. Pusat hiburan memang tiada disana. Panggung wayang ? Lagi tiada ! Tempat dating pun tak ada. Hehehe, hanya kat tepi-tepi laut je. Tapi bahaya pula lepak tepi laut malam-malam, karang kena tangkap kering. Sia-sia sahaja!
Pagi semalam, pukul 5.30 sampai KL. Naik bus pukul 11malam. Pertama kali naik bas jalan jauh. Penat juga. Sakit-sakit badan dan kepala tidur atas bas. Tapi okay la. Lepas ni mungkin kerap pergi sana, kot! Sebab orang-orang tersayang ada disana. ;)
Selamat Berbuka.
Ish, macam dah lama sangat I tinggalkan blog ni. Berhabuk! Bersepah sana sini. Tidak terurus dan sebagainya, eehee. Okay, stop membebel. ;p
Land Of the Lost - Kelakar Gila Lah !

Semalam (Rabu-12/8/09), saya pergi tengok wayang di MidValley. Niat dihati ingin menonton G.I Joe, tapi macam biasa, cerita aksi kalau dh best, awal-awal tayangan ni mesti penuh. Kalau ada pun seat depan je, huh..tak mahu! Hehehe.
Saya pergi tengok dengan Alif. Kawan yang saya kenal di mIrc. Masuk ni, dah kali ke-4 kitorang berjumpa. Persahabatan berjalan dengan lancar. Sesekali merajuk tu biasa lah. Haha, selalunya saya je yang merajuk, dan tugas si Alif dah tentulah memujuk, thehehe. ;p Tapi semalam, semuanya okay ! Tade merajuk2, tade buat2 muka, tade yang negatif la senang cerita. Semuanya happy, oh yeahh! Heee. ;p
Akhirnya, selepas tak berapa frust sebab tak dapat nak tengok cerita G.I Joe, saya pun main belasah je beli tiket untuk cerita Land of The Lost. Itu pun sebab cerita tu start pukul 7.40pm, kalau tak, memang balik rumah terus! Huhu.
Mula-mula cerita memang agak bosan, aduh, dalam hati, 'entah cerita apa la yang saya tengok ni'. Tapi bila aksi sebenar sudah bermula, wahhh, memang boleh tahan juga. Cerita komedi. Saya gelak, sampai dah tak boleh nak bernafas, sebab kelakar sangat. Hahaha, walaupun kadang-kadang lawak dia agak bodoh, tp tetap kelakar. Hehehe, dalam hati, 'ish, saya kena ajak kaka and adik saya tengok cerita ni. Mesti ! Kalau dorang ada masalah, mesti lupa sekejap.' thehehe.
Cerita ni memang betul-betul kelakar. Tak rugi kot tengok...Ehh! Kenapa mesti ada kot?! ;p Okay la okay lah, tak rugi tengok ! Hehehe. Cerita kelakar tahap errr tahap babun kot. Wahhh. Tapi yang paling kelakar gila, masa ada seekor nyamuk ni hisap darah dia. Hahaha, sampai pucat muka dia, aduh, memang sengal! Yang scene nyamuk tu, ada dalam trailer ni. Hehehe, go and watch yourself la!
Kisah Seorang Ayub.
AYUB..
Saya kenal dia dah lama. Dalam 4 tahun macam tu. Tapi baru sekali je saya dengan dia berjumpa. Sebab ape? Sebab masa tu dia belajar dekat Yaman, macamana nak jumpa kan? :) Dia macam Ustaz sekolah saya dulu(haha!). Sangat kontra dengan saya. Saya tahu kadang-kadang, perbezaan tu yang mendekatkan kita kan? Tapi, entahlah, rasanya kitorang berdua terlalu kontra, macam langit dengan bumi. Tapi bukankah langit dan bumi memerlukan satu sama lain?
Saya kenal dia dalam mIRC. Tatahu apa itu mIRC? Sila tanya Encek Google, beliau tahu segala-galanya. Saya tak ingat macamana kitorang boleh kenal, tapi kitorang sama-sama OP(@) dekat channel #kampung. Kitorang tak pernah rapat sehingga pada suatu hari dia menegur saya dan kitorang bersembang dan perkenalkan diri masing-masing. Sejak itulah, persahabatan kitorang terjalin (oh yeahh, skema gila ayat saya. haha!).
Setelah agak lama kenal, dalam setahun setengah kot, dia luahkan isi hati dia. Masa tu budak-budak kan. Walaupun tak pernah jumpa, kitorang tetap nak declare. Masa tu bagi saya, mIRC ni hidup kedua saya, walaupun ia hanya dalam dunia maya kan. Tapi jujur, saya sukakan hidup tu. Kita boleh bersembang apa saja, punya ramai kawan walaupun tak pernah jumpa. :) Wait! Apsal macam lari topik ni? Huh.
Makin lama, makin bosan, sebab hubungan kitorang tak macam orang lain. Saya perlukan hubungan macam orang lain. Berjumpa, dating(haha!), dan macam-macam lah. Macam pasangan lain buat. Mungkin sebab tak dapat buat semua tu dengan dia membuatkan perasaan saya pada dia makin lama makin pudar. Last-last langsung dah takde apa-apa perasaan pada dia. Kesian dia. Ya! Saya tahu saya jahat.
Setelah melalui macam-macam dugaan disebabkan hubungan jarak jauh, akhirnya kitorang bertemu gak secara empat mata @ berdepan @ berdua. OMG. Dia memang macam USTAZ!! Macamana? Saya ni plak jenis yang...i don't know. Macam remaja lain. Saya bukanlah baik sangat. Keluar pun tak pakai tudung, pakai baju pun kadang-kadang ketat, adus. Macamana? Masa jumpa tu, dia bagitahu, perasaan dia pada saya tetap sama macam 3 tahun dulu. Langsung tak berubah. Saya tak tahulah. Masa dia cakap tu, dalam kepala otak saya ni bermain macam-macam benda dan perkara. Boleh ke saya hidup dengan cara dia? Boleh ke saya sesuaikan diri dengan cara dia? Boleh ke keluarga dia yang alim tu terima saya yang macam ni? Saya tahu, terlalu awal nak fikir tentang semua tu, tapi kepala otak saya ni tetap nak fikir... :(
Dan setelah berfikir semasak-masaknya, akhirnya saya buat keputusan untuk menolak dia untuk kali yang kedua. Saya tahu dia marah, sedih, kecewa dan mungkin benci pada saya. Tapi saya taknak berubah kerana orang lain... Itu bukan saya, dan akhirnya dia membawa diri. Langsung tak hubungi saya lagi..Adalah dalam 7 bulan kot?!
Tapi semalam..masa saya keluar pergi MidValley dengan kakak, and anak saudara, ada satu no yang tak saya kenali, telefon saya. Orang yang telefon saya tu memperkenalkan diri dia. OMG! Terkejut beruk. Tak sangka. Surprise, dan sewaktu dengannya. Tak sangka dia akan contact saya kembali selepas saya melukakan hati dia. Kitorang sembang macam tak pernah ada apa-apa berlaku. Mungkin juga berpura-pura tak ada apa-apa berlaku. Kitorang bertanya khabar, sembang-sembang kosong dalam sepuluh minit macam tu sebelum dia mengakhiri perbualan. Tapi dia sempat tanya, boleh tak dia nak telefon lagi malam nanti, saya diam berfikir, dan jawab, 'boleh, apa salahnya, call la.' Adakah ia kedengaran seperti sebuah harapan? Huh?
Seperti yang dikatakan, lepas balik dari MidValley, dia telefon. Sembang macam-macam. Dalam sejam macam tu. Dia tak berubah pun. Sama macam perasaan dia. Ingatkan dah berputus asa, tapi tetap macam tu. Haihh. Tak tahulah nak fikir apa. Tapi, rasanya dia hadir pada masa yang sesuai. Masa saya tak ada sapa-sapa, i mean, bukan langsung tak ada sapa-sapa kan, maksud saya macam, pakwe la(haha!). Dia hadir tepat pada masanya, masa yang saya rasa sunyi sebab tak berteman. Tapi masa dia luahkan perasaan dia tu, saya langsung tak ada rasa apa-apa. Saya nak sangat jumpa dengan lelaki yang mampu menggetarkan perasaan saya. OMG. Dah macam apa entah. Tapi betull.Saya nak rasa perasaan tu. :(
Kakcik cakap, terimalah orang yang lebih menyayangi kita, bukan kita yang menyayangi orang tu. Tapi...saya selalu rasa apa yang Kakcik cakap tu salah. Ok, mungkin betul, tapi saya tak boleh terima kata-kata tu. Saya perlu juga untuk menyayangi orang tu sama macam orang tu menyayangi saya. Saya habiskan masa 2 tahun saya terima lelaki yang saya tak sepenuh hati sayangkan dia. Last-last, 2 tahun tu habis macam tu je. Nothing! Susah nak berpura-pura kan...
p/s : Tatahu kenapa saya citer, cuma terasa nak bercerita...Sorry pada yang rasa citer ni membosankan..Cuma perlukan sebuah tempat atau benda yang boleh saya luahkan semua yang terbuku dihati..
1.28pm
6-7-2009
Jangan Pandang Belakang Congkak.

Update.
Makin hari makin pelik. Makin hari makin matang kot?! Hehehe. Entah ape yang saya melalut ni. Well, hidup bukannya senang kan. Yeap. Kadang-kadang ape yang kita inginkan, kita tak akan dapat. Yup2!! Itulah kehidupan.
Cerita pasal Abg Posmen tu. Oh yeahh. Saya ingatkan cerah sampai ke petang, tp hujan pula. Aaaa, ape entah ayat pepatah tu. Lupa. Entah apa yang bermain dekat kepala otak nih. Huh. Sebenarnya, saya tak jadi pun keluar dengan Abg Posmen tu. Dia ada hal dengan keluarga dia. Well, i dont mind. Mungkin la ada kecewa sikit, sebab, u know, dia yang ajak, dia yang cancel, what the hell??! Hahahha, jaga bahasa ye. Tak baik cakap macam tu.
Tapi, walaupun tak jadi keluar dengan dia, saya tetap keluar juga. Keluar dengan adik @ NANA. Pergi jalan-jalan sambil shopping dekat Sg Wang. Saya tak shopping pun, sengkek, padahal baru dpt gaji. Huhuhu, duit keluar macam air! Kadang2 tu tak tahu mana pergi duit, tiba-tiba je lesap. Bukan sbb TOYOL ke ape, mungkin sbb kadang-kadang, kita tak sedar yang kita telah ...aahhh, susah la nak terangkan. Mungkin sebab saya BOROS kot. Oh yeahhh. What the.. Apsal asyik 'oh yeah' je. Huh. Senang hati ke ape??!!
Dah petang, ingat nak pergi tengok Transformer, tapi tiket memanjang habis. What the?? Tak ada chance langsung nak tengok. Mid night je ada, malas ahh nak tengok, esok kejer wehh, balik rumah tidur lagi best. Lain kali boleh tengok lagi kan..Yeahhh..!! Tapi bukan langsung tak jadi tgk. Bug @ NIK belanja tengok cerita JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK. Hahaha, serius cerita macam sengal. Macam hampeh, segala jenis macam la. Hahaha. Kelakar, tapi ending dia macam 'ntah pape' je. Tade motif. Huh. Boleh la kalau nak layan. Baik beli CD je, hehehehehehe.
Habis je tengok wayang, terus balik. Kaki pun macam nak patah, lenguhh. Huhh..Kat mata ni terbayang2 bantal peluk dengan selimut je......
@ Nurul Harun
3.30pm
POSMEN (;

Semalam keluar makan dengan abg posmen tuh. Hikhik. Best, dia sempoi, n kelakar orangnya. Memanjang ketawa. Dia macam...NERD? Huh, tapi sangat cumel. Semalam plak, cm berjanji je. 2,2 pakai baju kaler hijau. Bila saya ckp ' adakah ini dinamakan jodoh??' dia punya ketawa, hish... Cute. ;p Hheehehe...
Pagi td plak, masa g bwat kejer luar, terserempak dgn dia. Dr jauh dh nampak dia senyum2. Hehehhee. Saya pun senyum dh sampai ke telinga. Bukan sbb ape, sbb entah la. Terhibur hati tengok muka dia. :)
Cuaca hari ni best, mendung je, sejuk je, sesejuk hatiku.. ;p
Saya Sayang Keluarga Saya, Hehhh
Oh, tajuk entri dah macam bunyi nak buat essay plak hehh. Semalam cuti ann, ohh sangat padat dengan aktiviti. Dah ar malam ahad tu keluar dengan kaka sampai pukul 5.30 pagi, ahahah gila betol. Dah macam burung antu. Lepak dekat dataran, sembang-sembang, pastu masa nak g mana entah, terngurat plak oleh 2 orang lelaki, muahaha. Orang saja je buat peace n lambai2, last2 dia follow skalik. Kekekek, kaka plak masa tu nak g isi minyak. Haaa, orang laki yang naik keta myvi putih tu pun ikut benti skali. Pastu masa kaka g bayar duit minyak, mamat tu turun n g kat saya hehhh. Dia bagi card pastu ajak g minum. Saya cakap ah kena tanya kaka dulu ann, nnt papehal saya roger.
Masa gtaw kaka, haaaa dia risau sbb tgk mamat 2 org tu macam laki org, kaka xmao, muahaha. Ok, memang badan ada ar cm laki org, tp ntahh, ada ah sikit kot (kena setuju, klu x bile dia baca blog ni kena belasah hohh) Kaka suh saya g kat mamat 2 org tu n gtau yang kitorang x mahu join sbb ada hal. Tipu sunat doh, hehehh. Pastu saya ckp ah, "ok sbrnye kaka yg xmo sbb dia ckp muka abg2 ni mcm muka org dh kawen" Pastu terus dorang bantai gelak, kekeke. Pastu dia tanya ah asal mana, then ckp ah asal Gombak ann(proud to be Gombakian, ape jadahnya). Pastu kebetulan plak dorang pun asal Gombak, dorang duk kat Danau Kota, dekat je ann. Pastu saya pun pujuk ah kaka ckp alaa boleh la ann, sbb dorang pn cm ok je. Pastu kaka tanya ah nak minum kat mana, n saya cakap, minum kat Mamak yang kt Ong Tai Kim tu je ah, tempat sendiri kan, so bahaya tu mungkin kurang ah kan. Lepak sembang2 dengan dorang sampai pukul 3.
Hahahaha, yang tak boleh blah nye, kitorang tipu yang ckp kitorang nurse hehhh kelakar betol. Dorang percaya plak tu. Ahhh tipu sunat, minta ampunnn yeeee. Hukhuk. Macam2 yang dia tanya pasal nurse ni, ahh sudah kelam kabut plak nak cari jawapan. Sebaik kaka pandai sikit menjawab, hakhak. Thanks to her, muahh. Dorang mamat2 yg best, tak poyo, n kelakar, kitorang ketawa sampai tak hengat dunia. Hehehe, x baek ah ann cakap sampai x hengat dunia.
Salah seorang ni nama dia Khairuddin Noor, uhh dia ni kan, badan, dressing mcm org yg dh berumur, sekali umur sebaya saya. Oh tak sangka sgt. Yang abg sorang lagi tu sebaya kaka, 24thn. Kerja kat perkeso, dia pn ok je. Ehh malas la plak nak menaip, aduh. Ok next story..........
Tut tuttttt.....
Hari Ahad.
Kakcik awal-awal lagi dh kejut suruh bangun bekpes, kakcik masak nasik lemak. Tak ahh awal sgt ann, dekat pukul 10 ahh. Aaaaa dah ar tido lambat, pukul 6 pagi, sekali kena bangun awal. Ahh kepala pun dh pusing2 ann. Tp bangun gak sbb Kakcik dh kejutkan ann, kakcik siap ckp, pasni smbg ah tido balik, then saya gerakkan kaka plak suh dia bangun, sian arr kat kakcik duk kejutkan. Bangun bangun, cuci muka then makan. Nasik lemak pun amek sket je coz kenyang ag n kepala pun masih pusing2 ag, mcm x selera. Lepas bekpes, sambung tido balik, hahaha bertuah punya budak. Anak dara apa la nii annn, huhuhuh.
ZzzzZz ZZzzzZZZzZz ZZzzzZzzzzZZZZ
Terjaga pukul bape entah, 12 kot, sbb panas yang melampau. Bangun n sambung tido plak kat ruang tamu, apedaaa, masa bangun tu tgk rumah dah macam taska, hakhak. Anak-anak saudara yang dr Nilai dh sampai. Meriah betul ;p heeee. Dorang buat ar makan2 ann sbb dh lama tak berkumpul 1 kuarga cm ni. Tapi Long x join skali sbb, entah mungkin kejer kot ann, so kurang seorang la, eh dengan Iwan skali tade. Adik bongsu saya tak balik skali dengan Ngah.
Menu utk tghari ; Sambal petai, Udang goreng, ikan bakar, ikan goreng agi apa eh, itu je ah kot. Memang mantap ahhh kan. Tp saya x join dorang makan, sbb dh janji nak berkelah dengan Pa. Pa ni customer saya. Kitorang skang dh jd kawan hehhh. Macam cumel je ayat, hakhak. Lepas makan, dorang cadang nak g mandi sungai ah kan, haaa kebetulan plak kat rumah tade air, aduh entah kenapa.
Pukul bape entah, 4 kot kitorang gerak g Alang Sedayu, tmpt berkelah tu. Ramai org. Mungkin sbb cuaca panas kot ann. Pastu msg Pa ckp dh bolh gerak ah, jumpa kat sana je. Pastu dia reply ok. Then tak lama lepastu dia pun sampai. Aaa sebaik dia jenis yg x memalu. Ye ah kan, ada sesetenga laki ni, bila keluarga join skali, dorang cm malu2 n x selesa, nasib baik Pa ok, tu yg rs cm suka kawan dgn dia, sbb dia ikhlas dlm berkawan. Makan2 pastu mandii. Ohhh air sejuk best sgt ah ann sbb mcm dh ar cuaca panas, pastu berendam plak mmg mantap ahh kann. Huhuhuh. Lama gak mandi sampai kecut2 tangan hehhh. Pa ni kelakar arr dh ar kurus kerempeng, bila mandi cm nak kena hanyut je hahaha. Lama gak lepak mandi2 kat situ sampai pukul 6 kot. Huhuh gila ahh. Tp serius sangat bestttt!!!
Masa balik, balik dgn dia naik motor sbb kaka dh bawak motor saya balik. Motor dia ni old school gile, hahah cm cumel je, dh ar 2, 2 kaki panjang. Hekhek. Pastu moto dia, bila nak brek je bunyi dia cm honn je, hahaha kelakar sgt, hakhak. Aaaaaa papepun best sangat berkelah dengan family n dia. ;p
Pastu malam plak, kawan sekelas masa skola dulu msg ajak g makan. Makan nasi ayam dekat Mancongkam. Dia belanja. Ye la, org ckp rezeki jangan ditolak ann, saya pn mintak kebenaran kakcik ckp nak keluar makan dengan kawan sekolah. Selepas selesai disoal siasat dan mendapat kebenaran dr kakcik, barulah saya keluar hehhh. Tak sedar sangat, masa cepat je berjalan. Ye la, bila dh mula topik zaman2 sekolah dulu, macam2 benda yang dibualkan smpai x sedar masa berjalan.
Kiah, aku minta maaf sbb balik lambat n membuatkan kau kebulur x dpt makan burgur. Sorry sgt, nanti aku belanja burgur ye, lob u bebeh.
Ape2 pun, saya bukan seorang playgirl (eh ape lari topik plak ni...)
Sembang tak hengat dunia, heheh
Semalam, keluar dengan adik, saja jenjalan. Lama tak kuar jalan malam2. Dengan gaya seorang rempit yang sejatih, eh eh, silap, minah skuter laaaaa, huhuhu, kitorang pun bergerak dengan menaiki Yankumi yang tersayang, hak2. ;p Sian la kat makwe yang sorang ni, lama dah tak hantar masuk klinik, hukhuk, dh jd cm berat. Aaaaa tidakkk.
Destinasi pertama yang dituju ialah, Giant batu Cave, aaaa, tingin mahu makan kuey teow sup. Huhuhu, lazat okeh, hooo. Licin Nurul makan, tak meninggalkan apa-apa isi didalamnya, heheheh. Pastu saja boring, jalan2 pergi masuk dalam pasaraya Giant. Saja nak cuci2 mata, pastu nampak baju cantik, belikan la utk anak saudaraku, Alisya Najiyaa. Aaa, kemeja kaler pink yang sangat cumel, mest bertmbah cumel bila Alisya pakai, huhuhu. ((;
Oh tidak! Tanpa disangka2, Nurul terjumpa lelaki yang Nurul sangat gilakan masa sekolah sampai sanggup melakukan perkara yang bodoh2. Huuuu, sungguh tak sangka. Dia masih seperti dulu, tetap kacak, tapi masih tak tinggi2, hoho, takat tu je lah, hahak, jahat betol. Aaaa, adik tegur yang muka Nurul dh merah, mahu tak merah? Jumpa lelaki yang pernah melukakan diri ini satu ketika dulu? Huhh, betol, sampai sekarang masih lagi terkejut. Aaaa, ok stop. Lupakan, bukan nak jumpa dia lagi pun, huuuu.
Lepas g Giant, adik msg kawan kitorang ajak pergi lepak kat titiwangsa sambil sembang2, minum2, n makan2. Heeheh, makan kuaci je pun. Lepak dengan dia, pastu Nurul teringat kat Acap, kawan Nurul. Kalau ajak dia datang sembang2 pun layan gak, then msg tanya dia, if free, dtg la titiwangsa, Nurul ada kat sini lepak2. Then tak lama tu dia balas, oke. Dekat pukul 11 baru batang hidung nampak, aaaaa. Dia datang dengan kwan dia, yang bernama Akmal. Cute je, kecik je, rendah je, tp cumel, japannese look. Huhuh. Cuma kalau tinggi sikit, mesti ramai peminat!!
Aaaaa, sembang2, gelak2, minum2, hahaha, macam2 yang disembangkan sampai jam dah nak masuk pukul 12.30, fuh. Terus bersurai. Hehehehe. Pastu masa nak balik, aaaa ada roadblock, nasib baik lesen sume ada, huuu. Kalau tak sia2 je kan?!
Play Ice Skate.
Hehehehe.
Semalam (Ahad, 12-4-09) Nurul g Sunway main ice skate. Huhuhuh. Besh. 1st time main, so excited lain mcm. Main sampai sakit2 kaki. Kekekke. Semalam g dengan kawan, lain kali ingat nak pergi dengan family plak tak pun dgn org kesayangan, hahaha. Mesti seronok dia jadi berganda2. ;p
Sekali je Nurul jatuh masa main benda alah tu. Itupun sbb nak selamatkan sorang budak ni. Hahahha, baik sungguh hatiku! :D
Jumpa Artis. Hehe.
Malam semalam Nurul pergi makan kat Burgur King Highway, dekat Gombak la kan, dengan kawan. Masa makan2 tu Nurul ternampak dengan sorang artis ni. Vokalis kumpulan Sofaz.
Ok, dia sangat la cute, kecik je orgnya. Hahaha. Sempat la kitorang berbalas pandangan. Lama Nurul pandang dia sbb rasa mcm kenal, rupanya artis.
Hahahaha.
Dia kecik je, lagi rendah dr Nurul taw, rendah sgt la. Kekekeke. Tp kulit dia cerah, handsome. Hehehehe.
Yg tak boleh lupa tu, dia senyum kat Nurul la, waaaaa.
Jatuh cinta sekejap.
Kekekekeke. ;p
Aaaaa. Nurul jumpa dia laaa. ;p
Akmal Feat Aneja - Ku Menanti
Lama Nurul tak update blog. Banyak sangat benda yang jadi kebelakangan ni sampai mengganggu fikiran.
Ahhhhh. ):
Layan lagu ni dari pagi. Kawan baik masa sekolah bagi by email. Mula2 macam kurang, tapi dah dengar banyak kali, macam best pula. :) Thanks Neena, sayang kau.
Lirik lagu dia pun macam best.
Dulu dikau pernah berkata
Akulah yg pertama dan jua akhirnya
Namun itu semua sementara
Untuk membuatku semakin sayang padamu
Sayang mengapa ini terjadi
Aku tak sanggup lagi menghadapi
Kini kau pergi tanpa pesan
Aku yg merindui akan dirimu
Apa salah dan dosa ku
Hingga kau sanggup untuk meninggalkan ku
Sayang hatimu dihatiku
Ku Menanti (feat Aneja) lyric found on www.lirik.tv
Sayang dua jiwa jadi satu
Sayang dirimu dan diriku
Telah menempuhi liku hidup ini
Ku menanti dan juga terus menanti
Hingga kini dengan ketabahan hati
Ku mencari akan kesilapan diri
Slama ini dan tidak ku temui
Ku menanti bilakah kau kan kembali
Hingga kini tiada berita darimu
Ku harungi perjalanan hidup ini
Sampai nanti bertemu di syugawi
p/s : AKU BENCI PEKIDA. BENCI! BENCI!








