Land Of the Lost - Kelakar Gila Lah !


Semalam (Rabu-12/8/09), saya pergi tengok wayang di MidValley. Niat dihati ingin menonton G.I Joe, tapi macam biasa, cerita aksi kalau dh best, awal-awal tayangan ni mesti penuh. Kalau ada pun seat depan je, huh..tak mahu! Hehehe.

Saya pergi tengok dengan Alif. Kawan yang saya kenal di mIrc. Masuk ni, dah kali ke-4 kitorang berjumpa. Persahabatan berjalan dengan lancar. Sesekali merajuk tu biasa lah. Haha, selalunya saya je yang merajuk, dan tugas si Alif dah tentulah memujuk, thehehe. ;p Tapi semalam, semuanya okay ! Tade merajuk2, tade buat2 muka, tade yang negatif la senang cerita. Semuanya happy, oh yeahh! Heee. ;p

Akhirnya, selepas tak berapa frust sebab tak dapat nak tengok cerita G.I Joe, saya pun main belasah je beli tiket untuk cerita Land of The Lost. Itu pun sebab cerita tu start pukul 7.40pm, kalau tak, memang balik rumah terus! Huhu.

Mula-mula cerita memang agak bosan, aduh, dalam hati, 'entah cerita apa la yang saya tengok ni'. Tapi bila aksi sebenar sudah bermula, wahhh, memang boleh tahan juga. Cerita komedi. Saya gelak, sampai dah tak boleh nak bernafas, sebab kelakar sangat. Hahaha, walaupun kadang-kadang lawak dia agak bodoh, tp tetap kelakar. Hehehe, dalam hati, 'ish, saya kena ajak kaka and adik saya tengok cerita ni. Mesti ! Kalau dorang ada masalah, mesti lupa sekejap.' thehehe.

Cerita ni memang betul-betul kelakar. Tak rugi kot tengok...Ehh! Kenapa mesti ada kot?! ;p Okay la okay lah, tak rugi tengok ! Hehehe. Cerita kelakar tahap errr tahap babun kot. Wahhh. Tapi yang paling kelakar gila, masa ada seekor nyamuk ni hisap darah dia. Hahaha, sampai pucat muka dia, aduh, memang sengal! Yang scene nyamuk tu, ada dalam trailer ni. Hehehe, go and watch yourself la!


0 comment: