Tiada Tajuk.

Salam semua.



Kakak yang kerja di Terengganu balik KL semalam. Cuti sampai hari jumaat. Jumaat pagi tu dia balik Terengganu semula. Balik pun kerana nak buka gigi besi yang dia pakai selama hampir 3 tahun, haha. :) Apapun, gigi dia dah cantik, tersusun rapi gitu.

Semalam dia ajak pergi Nilai, rumah Abang Ngah. Jadi tukang driver la, dan sebagai upahnya, dia belanja makan pizza. Yummy. Lama tak makan. Tapi bila dah makan, sikit je. Sepotong je, haiya. Perut kecil la katakan.

Semalam Abang Ngah ada cakap, ada kerja kosong dekat company kawan dia. Hmph. Kerja apa ya, dia ada cakap semalam, tapi lupa la pula. Basic boleh tahan. Harap-harap dapat la kerja sana. Amin.




Tak Nak Kawan Kau!

Thank you so much untuk Orang Terengganu kerana membantu.
Thank you so much untuk Kakcik kerana membantu juga.


Semalam, ada la seorang kawan ni telefon tanyakan hal kat tempat kerja. Jawab macam biasa la. Sembang-sembang kejap, pastu tiba-tiba dia tanya sesuatu yang membuatkan I macam tercengang.


Kawan : Esok apa projek?

I : Projek? Projek apa?

Kawan : G genting nak?

I : (tercengang)

Kawan : Nak tak?

I : Buat apa g sana?

Kawan : Tidur sana la. Nak tak?

I : (tercengang lagi)


Apa hal la mamat ni. Kalau I ni makwe dia, tak apa juga nak ajak macam tu. Pakwe I pun tak pernah ajak I pergi tidur sana, I je yang selalu ajak dia. Hahahahh, bengong punya Nurul.


Kalau dah tahu perangai macam ni, nak kawan pun rasa macam malas. Bila dia call ke mesej ke mula la rasa cam malas nak jawab dan malas nak reply mesej. Kalau lagi malas, delete terus mesej tanpa baca!


Mari berangan sebentar!


I : You sayang I tak? (sila muntah)

Sayang : Hanya Allah je yang tahu betapa I sayangkan you.

I : Lepas ni, walau apa pun yang terjadi, jangan tinggalkan I ya? Walau apa pun yang terjadi. Boleh?

Sayang : (diam)




I dedicate this song to ; ALIF, i'll never let you go. Never..

Sebab Awak kan KAKAK...Huh..

Semalam I memang rasa kecewa dan sedih sangat. Kadang-kadang I tak faham dengan manusia yang fikir hanya dia seorang saja yang punya hati dan perasaan yang perlu dijaga. I tak ada? Kalau ada pun, jaga sendiri tak perlu nak orang lain jagakan. What the F? Errr macam kasar sangat bunyinya ye tak? Okay tukar. What the FISH?! This is better, hehh.

Soalan : Saya sabar dengan awak, sebab apa?
Jawapan : Seperti tajuk diatas.

Soalan : Saya minta maaf dengan awak, sebab apa?
Jawapan : Seperti tajuk diatas.

Soalan : Saya sabar dengan perangai awak yang kejap naik kejap turun, sebab apa?
Jawapan : Seperti tajuk diatas.

Soalan : Saya dah malas nak ambil tahu tentang awak lagi, sebab apa?
Jawapan : Sebab saya malas nak buat hati saya sakit dengan sikap dan perangai awak yang tak pernah nak hargai kesabaran saya dengan sikap dan tingkah laku awak. (panjang pulak hehh)

Jujur saya cakap, SAYA KECEWA DENGAN AWAK. Awak ingat lagi kata-kata yang saya lafazkan ini sebelum awak pergi? Hati saya ni rasa macam dihiris awak tahu tak. Awak langsung tak pandang saya. Awak pergi macam tu je. Ya Allah. Kecewa la rasa hati ni. Kecewa yang teramat sangat. Saya adik yang KONONNYA paling awak sayang, awak sendiri yang cakap pada saya dan kawan-kawan awak, tapi awak layan saya macam ni?

Cukuplah wahai kakak. Awak tetap kakak saya sampai bila-bila sebab tak ada siapa yang boleh nafikan kita keluar dari perut wanita yang sama. Tapi 1 saya nak bagitahu awak, saya tak yakin lepas ni hubungan kita akan jadi macam dulu lagi. Sebab kali ni awak betul-betul tinggalkan luka yang dalam bila awak pergi pagi tu...

p/s : Khamis malam Jumaat nak gerak ke terengganu berjumpa dengan buah hati. Ahhh, hampir sebulan tak jumpa. Damn! I miss him so much. Huha..

Main Bowling.

Sebelah I tu, adik I. Nama dia Nana dan sikecil yang depan I tu, anak saudara I. nama Aisya Najiha.


Semalam I dengan family pergi main bowling. Mula-mula pergi Brem Mall tapi penuh sampai pukul 4am sebab ada game apa entah. Dorang book sampai pukul 4am. Lepastu plan cari tempat lain. Huha.

Main 1 set. Hadoi. I kalah dengan teruk. Jatuhan pin tak sampai 100. Hahaha, bikin malu saja. Yang kalah kena belanja. Tapi I dengan adik I seri. Jatuhan pin 67. Hahaha. Jadi bahagi 2. Kekekke. ;p

Hari ni, ikut perancangan nak pergi Genting join Gath dengan Lumut and the geng. Tapi kena kerja. Arghh. Okay memang tak puas hati. Apahal hari sabtu kena kerja kan? Huh. Tapi nak buat macamana. Dah kena kerja. :( Haihs. So Lumut, I am so sorry okay. Tak ada rezeki nak jumpa. Nak buat mcmana kan..


Esok, Ahad, barulah dapat cuti. Tak tahu nak pergi mana. Mungkin keluar jalan-jalan, cuci-cuci mata, dan menonton wayang. Mungkin lah. Mungkin.

So, untuk semua, enjoy your weekend ya. Have a great weekend. :) Till then..

Lepak-Lepak jer.

Semalam pergi Jaya Jusco Wangsa Maju. Shopping sikit, beli baju. Cantikkk sangat itu baju. Harga pun boleh tahan!

Lepas tu, lepak kejap dekat Starbuck sambil makan donut yang dibeli kat Big Apple. Perut kecik je, makan dua pun dh penuh, haha. ;p

Oh yeahh, I pergi dengan adik.

Yummmyyy!!~ ;)



Road Tour.

Huh? Kenapa tajuk mcm tu ya? Tak tahu!

Dia ada kat luar, I ada kat dalam. Macam pelik. Tadi terlena kot. Kejap je, dalam 5 minit. Tengok2, dia dah tak ada. Hmph. Sebenarnya I pun tak tahu/faham.

Esok gerak ke Terengganu. 1st time pergi sana. Macam excited dan tak sabar nak jumpa kaka I. Tak sabar nak tengok laut. Wawaaa. I tumpang Dia je. Maklumlah, tak mampu lagi nak beli kereta sendiri. Sekarang ni pun menumpang juga. Menumpang kasih. Selagi Dia ada rasa sayang lah. Kalau dah tak ada nanti, I kena faham sendiri la kot. Hey, kenapa cakap macam ni? Hmph. Tak tahu! Sorry.

Esok mungkin bertolak awal. Lepas Subuh kot. Hmph. Doakan I selamat pergi dan balik ya! Oh ya. Balik dari sana, I naik bas je. Sebab Dia memang dah tak balik sini lagi. Lupa ke?!

Walau apa pun jadi, I tahu I dah cuba sedaya upaya ( sedaya upaya la sangat ) untuk bersama dengan dia. Walau apa pun yang jadi lepas ni, I akan cuba terima dan anggap ini ketentuan takdir. Walaupun I tahu, I memang tak kuat untuk menghadapi kehilangan lagi.

Till then.

Bukankah Kasih Sayang Sepatutnya Indah ?



Hari ahad lepas, ada buat makan-makan dengan ahli keluarga sebelum kaka I pergi Terengganu. Haihs, rasa susah hati, terkilan dan sebagainya kot. Iya la, dia kaka yang paling rapat dengan I. Bukan nak cakap yang lain tak rapat, rapat juga, tapi dengan kaka I yang kerja polis ni la paling rapat. Boleh kongsi dengan dia tentang macam-macam, tiada malu antara kita la kononnya, adeh. Tapi 2 minggu lepas, dia dapat tahu yang dia akan ditukarkan bekerja di Terengganu. Aduhai. Jauh sungguh okay. Sangat jauh okay. Melampau jauh okay. Ahhh. Dah la jauh... Sedih la, entah kenapa.

Kaka i akan bertolak esok tengahari kot. Weh, i mean, jauh sangat okay. Memang la kadang-kadang dia menyakitkan hati. Memanglah kadang terfikir, lebih baik dia tiada dari menyakitkan hati, tapi bukan betul-betul minta pun. Bila betul-betul jauh macam ni, baru rasa menyesal kerana pernah berfikir sedemikian rupa dan wajah.Maafkan aku, Kiah.



Kalau ikutkan hati, nak saja ikut kaka I pergi sana. Lagipun, dia tak ada sapa-sapa kat sana. Saudara mara jauh sekali. Kawan ? Lagi la tak payah cerita. Tapi itulah, mula-mula memang la payah kan. Harapnya, hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih baik untuknya. Akan kuselitkan doa untukmu , kakaku. <--Tawa dalam tangisan.

Sensitif la pula, airmata pun dh bertakung. Sedih tahu tak? Sedihh! Jauh okay. Jauh!! Lepas ni mungkin sebulan sekali jumpa. Gaduh pun mungkin setahun sekali. Ahh, dah la tiap-tiap malam dia yang teman tidur kat sebelah. Walaupun dia tidur ganas, walaupun sebelum tidur, masing-masing elok letak kepala atas bantal, dan keesokkan harinya, kepala kat kaki la, kaki kat perut la. Hahaha, belum apa-apa I dh rindu. Derita, airmata sudah menitis.

Nak kata apa lagi, kena rela la. Nak buat macamana. Pergi sana pun kerana tugas untuk negara. Uhh, negara la sangat (kesat-kesat airmata). Haihh, tak tahan nak menangis la....

Shopping Hujung Bulan..?

Adik I.

I I.

Kaka I.


Hehehhe, menyampah I.
Errkkkk, kenapa tiba-tiba menyampah pula, mental ke apa minah ni. Huhuhuk.
Bukan, hari apa eh, hari isnin kot, kaka ajak teman dia pergi shopping. Wahh, excited sangat okay, tp ke-excited-an tu makin lama makin kurang apabila mendapati yang, hehehe, malu sahaja nak cerita yang duit belanja untuk bulan ini sudah tiada . Jadi mana boleh shopping !! Teman sahaja bolehlah. Sob sob sob..

Jealous saja tengok kaka shopping. Telan air liur je la..Huhuh, dah la, malas nak cerita ! Tengok gambar sudeyy.

Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket

Banyak gila pic kan, kebanyakkannya I yang tangkap. Nak lagi..?

Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket
Photobucket Photobucket Photobucket

note : Fuh, berpeluh upload gambar, haha.