I Miss Him.

Dia busy, tapi I rindu dia.
Nak mesej / call tak boleh kerana line dah kena block. Hehehe.
So, kepada Encik Blog, tolong sampaikan salam rindu I pada dia ya!
Katakan padanya, I miss him damn much.
Wahh, gitu.
Pesan lagi padanya, jangan lupa makan ubat okay.
Jangan makan yang manis-manis kerana usianya tidak membenarkan dia menikmati kemanisan lagi, haha. ;p
Lagi, nanti balik kerja, bawa kereta berhati-hati ya.
Dont drink and drive ya.
Itu sahaja.
Thank you very much Encik Blog.
Muahh2x.
Hahaha. ;]]

, ,

Tak Nak Kawan Kau!

Thank you so much untuk Orang Terengganu kerana membantu.
Thank you so much untuk Kakcik kerana membantu juga.


Semalam, ada la seorang kawan ni telefon tanyakan hal kat tempat kerja. Jawab macam biasa la. Sembang-sembang kejap, pastu tiba-tiba dia tanya sesuatu yang membuatkan I macam tercengang.


Kawan : Esok apa projek?

I : Projek? Projek apa?

Kawan : G genting nak?

I : (tercengang)

Kawan : Nak tak?

I : Buat apa g sana?

Kawan : Tidur sana la. Nak tak?

I : (tercengang lagi)


Apa hal la mamat ni. Kalau I ni makwe dia, tak apa juga nak ajak macam tu. Pakwe I pun tak pernah ajak I pergi tidur sana, I je yang selalu ajak dia. Hahahahh, bengong punya Nurul.


Kalau dah tahu perangai macam ni, nak kawan pun rasa macam malas. Bila dia call ke mesej ke mula la rasa cam malas nak jawab dan malas nak reply mesej. Kalau lagi malas, delete terus mesej tanpa baca!


Mari berangan sebentar!


I : You sayang I tak? (sila muntah)

Sayang : Hanya Allah je yang tahu betapa I sayangkan you.

I : Lepas ni, walau apa pun yang terjadi, jangan tinggalkan I ya? Walau apa pun yang terjadi. Boleh?

Sayang : (diam)




I dedicate this song to ; ALIF, i'll never let you go. Never..

Te Amo..Alif..


Stay di Terengganu, 2 hari 1 malam. Memang best. Tempat menarik. Buahati bawa ke Besut. Apa entah nama tempat tu , lupa. Tapi memang cantik. Tapi sayang, 2 hari pergi tu asyik hujan je. Tak la lebat sangat, tapi basah la kan. So tak berapa nak boleh berjalan sangat, errr ye ke? Hahaha. Bestnya. Rasa macam nak ulang semula je. Haih. Tak puas jumpa. 2 hari rasa macam kejap je. Entah bila dapat pergi lagi tak tahu la. Hmph! Takpe, nanti ada rezeki boleh pergi lagi. Hoooyeahh. ;]]

Sekarang dah masuk tahun 2010. Umur pun dah bertambah setahun. Hehehe, rasa macam dah tua je, ngee. Tunggu lagi 2,3 tahun, pastu hehehe pastu nak kahwin. Hehehe. Rasa macam tak sabar je nak bersama dengan orang yang paling I sayang. Memang tak akan jumpa lagi dengan lelaki yang melayan I macam err...tak la macam menatang minyak yang penuh kan, cuma, ye lah lelaki yang ambil berat diri I lebih dari I sendiri. Memang tak akan jumpa, dan tak nak jumpa pun selain dari dia.

Tak tahu nak cakap macamana, tapi sayang betul lah dengan dia. Jujurnya, ciri-ciri lelaki idaman I tak ada pun pada dia. Kecuali 1, dia kelakar, boleh buat I ketawa sampai keluar-keluar airmata, dan susah nak jumpa dengan lelaki yang boleh terima diri I yang serba kekurangan ni. I don't care, lambat ke cepat ke, I tetap nak dia. Dia je! Dan dialah lelaki pertama yang membuatkan I betul-betul tak sabar nak melangkah ke alam heheheh..kahwin! Hooyeahh.

Tapi masalah masih tak selesai lagi. I tak tahu nak buat apa selain dari berdoa dan berharap semoga Allah memakbulkan doa hambanya ini. Hmphh. Okay, tamahu mengeluh-mengeluh, tamahu tamahu.. Hidup perlu diteruskan. Hoooyeahh.

, ,

Apalah nasib diri ini...

Kadang-kadang rasa kasihan pada diri sendiri. Tapi rasa kasihan pada dia melebihi rasa kasihan pada diri sendiri. Kalau ikut hati, mahu saja kahwin lari. Eh, citer macam senang kan. Pergi je Thailand, kahwin. Tapi sebenarnya susah sangat. Dia pernah jadi majistret, jadi dia bagitahu, susah sebenarnya kalau nak kahwin lari. Apsal tengok dalam tv macam senang je?! Huh tak puas hati betul. I terpedaya! Kasihan I bukan?

Pahit rasa nak telan. Nak buang pun pahit. Tapi kena pilih juga salah satu. Kena berani kan. Jadi I ada suarakan untuk memutuskan hubungan dengan dia. I tahu dia rasa bersalah pada I. I tahu dan I boleh rasa. Tapi nak buat macamana kan? Keluarga dia tetap tak mahu setuju. Malah lagi mahu jodohkan dia dengan pilihan ayahnya. Jadi, I nak buat apa? Mungkin patut mengundurkan diri saja. Cukuplah pergaduhan/salah faham yang terjadi dalam keluarga dia berlaku kerana I. Kasihan I bukan?


Sebenarnya, I baru 22 tahun. 22 TAHUN okay. Dalam usia 22 tahun ni I kena lalui perkara macam ni. Selalu dengar dalam radio, tengok dalam tv, baca dalam surat khabar, tapi kali ni jadi pada diri sendiri. Tak tahu nak hadapi macamana? Kadang-kadang rasa sempit je dada ni. Tak tahu nak luahkan macamana selain dari menangis. Kasihan I bukan?

Kehadiran orang lain yang luahkan rasa hati pada I, sikitpun tak membuatkan hati I tertarik. Sikit pun tak ada! Kadang-kadang ada juga terfikir, baik terima je siapa yang hendakkan I, tapi..serius I tak boleh buat/cipta hubungan tanpa rasa kasih sayang. Cukuplah sekali I buat silap dalam hidup. Habiskan masa lebih kurang 2 tahun menjalinkan hubungan dengan lelaki yang I tak sayang. Huhh. Kasihan lelaki itu bukan?

Kadang-kadang terfikir, mungkin inilah balasan atas apa yang I buat. I lukakan hati orang lain, sudahnya hati I yang terluka, tapi kali ini lebih makan dalam lagi.


Kasihan I bukan?

,

KU Pergi Jua.

Aku pergi kerana mencari harga diri yang bagai dipijak-pijak.

Percayalah, walau apa pun yang terjadi, tiada siapa yang dapat gantikan tempat kau dalam hatiku.
Dan aku redha jika kau ditakdirkan bukan untukku, walaupun setiap hari aku berdoa agar Allah memanjangkan jodoh kita.
Aku akan selalu mendoakan kebahagian kau.

Lagu ni aku tujukan untuk kau.





Aku sayangkan kau.

Yang ikhlas tapi jauh ;
Zuraida Harun

,

Tangis.


Malam semalam, entah kenapa, langsung tak boleh nak lelapkan mata. Mungkin terlalu fikirkan tentang masalah I dan Dia. Hmph. Menangis sampai bengkak-bengkak mata. Dah pujuk hati sendiri, tapi airmata masih nak mengalir juga.

Dah tahu susah, dah tahu ada masalah, dah tahu tak pasti masa depan dengan dia, kenapa masih mahu teruskan hubungan ini walaupun hati/jiwa merana?

Ini kerana I terlalu sayangkan I. I taknak lupakan dia. I tak nak putuskan hubungan dengan dia.

Bagi I, nak mencari orang yang dapat menerima kekurangan diri kita memang sukar. Sebab I tahu I banyak sangat kekurangan. Atau boleh cakap, terlalu banyak. Nak kenal hati budi seseorang itu bukan sekejap. Tapi mengambil masa. Nak memupuk rasa kasih dan sayang juga bukan sekejap, mungkin lama. Hmph. Rasa macam give up pun ada. GIVE UP. :(

Tak tahu nak buat apa. Nak teruskan merana, nak tinggalkan juga merana. Kepala boleh pecah kalau fikirkan sangat! Tak boleh nak serahkan pada Allah je, kena usaha juga. Lepas usaha, tawakal. Tapi kalau tak dapat juga, kena redha. Bestnya la hai kalau ianya senang seperti menaip. Tekan je keyboard..

Road Tour.

Huh? Kenapa tajuk mcm tu ya? Tak tahu!

Dia ada kat luar, I ada kat dalam. Macam pelik. Tadi terlena kot. Kejap je, dalam 5 minit. Tengok2, dia dah tak ada. Hmph. Sebenarnya I pun tak tahu/faham.

Esok gerak ke Terengganu. 1st time pergi sana. Macam excited dan tak sabar nak jumpa kaka I. Tak sabar nak tengok laut. Wawaaa. I tumpang Dia je. Maklumlah, tak mampu lagi nak beli kereta sendiri. Sekarang ni pun menumpang juga. Menumpang kasih. Selagi Dia ada rasa sayang lah. Kalau dah tak ada nanti, I kena faham sendiri la kot. Hey, kenapa cakap macam ni? Hmph. Tak tahu! Sorry.

Esok mungkin bertolak awal. Lepas Subuh kot. Hmph. Doakan I selamat pergi dan balik ya! Oh ya. Balik dari sana, I naik bas je. Sebab Dia memang dah tak balik sini lagi. Lupa ke?!

Walau apa pun jadi, I tahu I dah cuba sedaya upaya ( sedaya upaya la sangat ) untuk bersama dengan dia. Walau apa pun yang jadi lepas ni, I akan cuba terima dan anggap ini ketentuan takdir. Walaupun I tahu, I memang tak kuat untuk menghadapi kehilangan lagi.

Till then.

Mengapa?

Semalam jumpa dengan dia. Ya, Dia! Dia yang amat I sayangi. Always and forever!


Semalam gaduh/bertengkar/salah faham tak tahu la I nak pilih yang mana satu. Tak. Bukan salah dia pun. Salah I. Sebab terlalu cepat melenting, terlalu emo, terlalu mengikutkan perasaan dan sebagainya. Sekarang ni mood memang cepat berubah! Emosi memang tidak menentu. Kehidupan pula tidak seperti dulu lagi.

Bila I cakap "Tak payah cakap dengan I, sebab I taknak cakap dengan you." Dia diam, I menyesal, tapi malu nak mulakan perbualan balik. Sudahnya masing-masing diam dari Kg Bharu sampai ke Gombak.

Dalam kereta, I minta maaf, minta dia halalkan makan minum sepanjang I kenal dengan dia. Dia tanya I kenapa I cakap macam tu. I pun tak tahu. Sebab esok (mean harini) merupakan hari last I bersama dengan dia sebelum dia bertolak balik ke Terengganu dan takkan datang lagi ke KL untuk berjumpa dengan I seperti sebelum-sebelum ini. :( Kalau sebelum ni, setiap minggu jumpa walaupun hanya pada hujung minggu. :( Ahh, hati masih tidak mampu untuk menerima kenyataan yang lepas ni I dengan dia akan berjauhan. Betul-betul jauh. Jumpa pun mungkin 3 bulan sekali. Demm. Mencarut lagi. Macamana nak hidup macam ni?! :(

Malam semalam balik awal kerana kejadian tersebut. Balik tu, lepas solat Isyak, terus tidur. Pukul 2.30am terjaga, check msg, ada msg dari dia. (Okay, sekarang ni, memang setiap kali bangun tidur, benda pertama yang akan I buat adalah check telefon.) Dia bagi msg, dia cakap dia tahu kita berdua saling menyayangi, tapi sayang saja tak cukup kalau tak ada keserasian. Orang yang kahwin cinta pun tetap berpisah, sebab apa, sebab tiada keserasian. Dalam hati I masa ni terus berkata-kata, "adakah kita akan sampai ketahap itu (perkahwinan)?" Hati menangis. I termenung jauh. Langsung tak boleh tidur dah lepas tu.

Pagi ni, I msg dia, 2 kali. Dia tak balas. I call pula, dia jawab, tapi macam nak taknak jawab. I menangis, tapi dalam hati je la. Termenung lagi. Benci termenung!! Benci! Lama kot termenung atas katil, sudahnya datang kerja lambat..

p/s : I memang sayangkan you. Sayang sangat. Tapi kenapa tiba-tiba rasa putus asa ni semakin lama semakin menguasai diri?

Excited Giler Lah..!

Excited sangat ni. Esok nak jumpa dengan Alif. Selepas hampir 10 hari tak jumpa..! Waaa, excited rasanya..!



,

Pergi Tengok Matahari Terbenam.


Semalam (16/8/09) saya cuti. Pagi breakfast diluar, makan roti sardin dengan teh tarik. Memang lazaxx! Hehehe. Untuk tengahari, I buat masak lemak pucuk ubi. Memang best! I masak tahu, itupun selepas dibantu oleh Kakcik. Haha, satu-satu benda kena ajar sebab ni my 1st time buat masak lemak pucuk ubi ni. Senang je sebenarnya, tak la susah sgt pun. Hehehe, cuma kena ada sedikit kemahiran matematik lah. Ye la, nak masukkan kuantiti garam, santan, nak kisar cili, kunyit dan yang sewaktu. Hehehe, tapi serius la, I rasa sangat best! Seronokk sangat. Kira tak ada la teruk sangat I dalam bidang masakkan ni. Haaa, i dh boleh kahwin. Hahah, tiba-tiba je.

Masa tengah lunch, dalam pukul 2.30 kot, Sayang I telefon. Dia tanya, I ada program ke hari ni, dan I jawab tak. Dengar dia punya ketawa dihujung sana. Gembira agaknya sebab I free. Then dia ajak keluar jalan-jalan. Agak terkejut, sebab I dengan dia, kalau hari minggu, keluar petang je dalam pukul 5-6.. Sebab..yelah, dia sibuk kan. Buat itu ini :) Tapi untuk semalam, dia ajak keluar awal. Aisey, I baru nak menikmati masakkan sendiri, hahaha. ;p Tapi I iyekan juga lah, I cakap bagi I masa dalam sejam untuk makan, mandi dan bersiap. Dan I tahu dia gembira sangat sebab I boleh dengar suara excited dia dihujung sana, heee.

Lepas mandi, i mengalami sedikit masalah. Sebab I tak tahu nak pakai baju apa. Hahah, kecil punya masalah. Tapi sebab dia tak bagitahu nak pergi mana. Takut tak kena dengan tempat pula. So I pun main pakai je. Seluar pendek dengan t-shirt. Berdandan sikit-sikit je sebab dia call, dia cakap dia dah sampai dekat rumah dah. Okay then..

I masuk je dalam kereta, I salam dan tanya khabar dia untuk hari ni. Itu memang perkara wajib yang akan I buat bila jumpa dia. (I tahu I romantik, haha. ;p ) Lepas dah sembang sikit-sikit. Dia cakap, best tempat tinggal I. Sebab sejuk je, ye lah, kawasan kampung kan. :) Heeee.

Pastu I tanya dia, kita nak pergi mana. Pastu dia senyum dan jawab. "Kita pergi Port Dickson ye". Whatt?! I terkejut. Pergi PD? Tapi I tak bawak baju untuk mandi. Pastu dia senyum dan cakap. "Kan U cakap nak tengok matahari terbenam." Hukhuk. Terharu. Terharu. Dia masih ingat lagi. Ini yang buat I makin sayang pada dia..

Masa on the way (otw) pergi PD, asyik hujan je. Lebat pula tu. I risau je, sebab macam tak nampak jalan je. Asyik pesan dengan dia supaya bawa kereta dengan berhati-hati..Pastu lagi satu I risau kalau tak dapat nak tengok mahatari terbenam sebab hujan. Huwaaa. :(( Tapi tak apa lah, hujan kan satu rahmat yang turun dari langit.

Tapi entah macamana, kitorang boleh sampai ke Melaka. Hahaha, tu lah, tak fokus pada pemanduan. ;p Tiba-tiba je sampai Melaka. Hehehe. Kitorang lalu jalan kampung untuk patah balik ke Port Dickson. Sesat juga la sekejap. Hehehhee..

Betul-betul sampai Port Dickson pukul 6.30. Baru nak jalan-jalan tepi pantai, sekali hujan balik. Hahaha, frust betul lah. So duduk je la bawah pondok sambil sembang-sembang tentang kehidupan.. Lepak situ kejap, then pergi makan dekat restauran dekat2 situ. Dia tanya I nak makan apa, tapi I pandang je sotong. Dan dia cakap, "haa, tak boleh. U gatal-gatak kan. Kita makan ikan ye?" So I dengan dia makan ikan bakarr..Best sangat. Sedap. Suka tengok dia makan. Berselera! I bagi setengah dari nasi I pada dia, hehehe. ;p

Lepas dah kenyang, kitorang pun pulang ke KL. Seronok. Dia buat hidup I ceria. Penuh dengan kejutan. I sukakan kejutannn. Hehehe. ;p

I lupa nak tangkap gambar, aduss.

,

Dinner Dengan DIA.

Malam ni dah janji dengan siDIA untuk makan malam bersama. Heee, rasa macam tak sabar nak jumpa. Dah 4 hari tak jumpa ni, mana boleh tahan...haaa, tahan apa? Tahan rindu ye. Jangan fikir bukan-bukan. Hehehe. ;p

Ish, tak sabar nak jumpa dia, nak tengok dia, nak dengar dia ketawa, nak pegang tangan dia, hehehe. Rindu nak dengar dia buat lawak. Rindu nak tengok dia berjalan. Rindu semuanya tentang dia !

Dah..dahh..nak balik and bersiap..oh yeahh.

Ops!! I love him so much lah.

Ever thine.
Ever mine.
Ever ours.
:)

,

Kini Semuanya Sempurna.

Saya sudah bertemu dengan DIA.
DIA insan yang sempurna, mungkin bukan pada orang lain, tapi pada saya, DIA cukup sempurna.
Tiap kali perasaan itu datang dengan begitu segar sekali.
:)
Betul, kali ini, saya sudah jumpa insan yang saya sayangi, dan turut menyayangi saya.
Itu yang saya mahukan!

Buat keluarga, terima kasih kerana menyokong kehidupan saya selama ini.
Nanti saya kenalkan DIA dengan anda semua ya !
:)
Bila semua masalah selesai.
Awal tahun depan, saya berjanji !
Tolong jangan jatuh cinta pada DIA.
Hehehe, saya bergurau saja.
:)
I love You all..Family, dan DIA.
:)

, ,