Mengapa?

Semalam jumpa dengan dia. Ya, Dia! Dia yang amat I sayangi. Always and forever!


Semalam gaduh/bertengkar/salah faham tak tahu la I nak pilih yang mana satu. Tak. Bukan salah dia pun. Salah I. Sebab terlalu cepat melenting, terlalu emo, terlalu mengikutkan perasaan dan sebagainya. Sekarang ni mood memang cepat berubah! Emosi memang tidak menentu. Kehidupan pula tidak seperti dulu lagi.

Bila I cakap "Tak payah cakap dengan I, sebab I taknak cakap dengan you." Dia diam, I menyesal, tapi malu nak mulakan perbualan balik. Sudahnya masing-masing diam dari Kg Bharu sampai ke Gombak.

Dalam kereta, I minta maaf, minta dia halalkan makan minum sepanjang I kenal dengan dia. Dia tanya I kenapa I cakap macam tu. I pun tak tahu. Sebab esok (mean harini) merupakan hari last I bersama dengan dia sebelum dia bertolak balik ke Terengganu dan takkan datang lagi ke KL untuk berjumpa dengan I seperti sebelum-sebelum ini. :( Kalau sebelum ni, setiap minggu jumpa walaupun hanya pada hujung minggu. :( Ahh, hati masih tidak mampu untuk menerima kenyataan yang lepas ni I dengan dia akan berjauhan. Betul-betul jauh. Jumpa pun mungkin 3 bulan sekali. Demm. Mencarut lagi. Macamana nak hidup macam ni?! :(

Malam semalam balik awal kerana kejadian tersebut. Balik tu, lepas solat Isyak, terus tidur. Pukul 2.30am terjaga, check msg, ada msg dari dia. (Okay, sekarang ni, memang setiap kali bangun tidur, benda pertama yang akan I buat adalah check telefon.) Dia bagi msg, dia cakap dia tahu kita berdua saling menyayangi, tapi sayang saja tak cukup kalau tak ada keserasian. Orang yang kahwin cinta pun tetap berpisah, sebab apa, sebab tiada keserasian. Dalam hati I masa ni terus berkata-kata, "adakah kita akan sampai ketahap itu (perkahwinan)?" Hati menangis. I termenung jauh. Langsung tak boleh tidur dah lepas tu.

Pagi ni, I msg dia, 2 kali. Dia tak balas. I call pula, dia jawab, tapi macam nak taknak jawab. I menangis, tapi dalam hati je la. Termenung lagi. Benci termenung!! Benci! Lama kot termenung atas katil, sudahnya datang kerja lambat..

p/s : I memang sayangkan you. Sayang sangat. Tapi kenapa tiba-tiba rasa putus asa ni semakin lama semakin menguasai diri?

1 comment:

Faizul said...

kalau boleh, elakkan cakap yang kasar2 dengan pasangan ;)