Huhh?

Kalau ikutkan hati, nak saja tamatkan semua masalah dengan memutuskan segala jenis ikatan dengannya. Tapi, hati tak kuat nak berpisah. Demmm, tension gila kot.


Asal nak blogging je , citer pasal masalah cinta, asal ada masalah cinta je, nak blogging. Why huh??

Hari ni rasa macam okay sikit. Air mata tak mengalir lagi harini. Bagus ! Teruskan Zuraida. Kau tahu kau kuat! Hahh, tidak, memang tak kuat langsung. Luaran je nampak okay, tapi dalaman memang OUT! Diulangi, OUT!

Sejak dua menjak ni, jiwa memang sensitif. Silap sikit nak menangis. Silap sikit nak melenting. Silap sikit nak mengamuk. Gila! Bukan kau sorang je yang ada masalah kan? Semua orang ada masalah. Cuma yang membezakan adalah masalah tu kecil atau besar. Wuwuuw !!~

I belum kehilangan dia. Belum lagi. Mungkin setahun dua lagi, atau paling teruk, sebulan dua! Demm. Macamana nak teruskan hidup ni. Dia di Terengganu, I di KL. Demm Demm. Wehh, kenapa perlu mencarut. Masalah tak akan selesai! Mari mengucap. Berzikir dan sebagainya.

Susah bila dah melibatkan family. Susah sangat. Susah macam nak panjat gunung Everest kot. Haihs. Sekarang ni memang kuat mengeluh. Sikit-sikit mengeluh. Mengeluh sikit-sikit. Mernder lu?!

Kalau betul ada jodoh tak kemana kan? I selalu pujuk diri sendiri dengan cakap macam tu pada diri sendiri. Okay, dah lama kot tak buat perangai cakap dengan diri sendiri. I memang suka cakap diri sendiri. Paling tak boleh blah, speaking dengan diri sendiri. Memang tunggang langgang lah kan dan hanya diri sendiri yang faham. Hahah, tapi ia satu treatment yang bagus. Lepas tu rasa okay sikit kot..

Alif, adakah semuanya akan okay? Adakah you tak akan melupakan I? Setiap hari I fikir benda yang sama. Adakah kita akan bersama satu hari nanti kalau I betul-betul ikhlas dengan you? Kalau tak bersama tu maknanya I tak ikhlas kot? TIDAK!! I DO LOVE YOU, BABY.!

Malam ni jumpa Alif. Tiap kali jumpa cerita/cakap benda yang sama je. Tapi dua-dua, masing-masing tak punya jawapan. Nak berpisah memang tak kuat lah kan. Apa yang mampu sekarang hanya berdoa, berdoa dan berdoa. Tolonggg lah Alif, tolongggg lahh berusaha supaya kita dapat bersama. Nampak macam terdesak kan, tapi tidak! I cuma tak mahu kehilangan you. :( Please don't leave me. I love you so very much !~

0 comment: