Berita Tergempar!

Assalamualaikum.


Baru sudah tengok cerita My Name Is Khan. Menitik-nitik air mata. Letih menangis. Sedih sungguh cerita tersebut. Hadoi. Ya, sungguh emosi penulis belog ini. ;p

Sungguh tak sedar masa cepat berlalu. Hari ni dah hari Sabtu. Esok Ahad, lusa Isnin, tulat Selasa. Haha. (; Apa yang cuba disampaikan penulis belog disitu? Entah apa-apa. Oh ya, hari Isnin nanti ada fizikal test di Tasik Titiwangsa. I dapat surat dari DBKL. Oh, agak teruja disitu. Syukur alhamdulillah, akhirnya dapat juga peluang itu. Kalau lulus fizikal test, baru dia panggil temuduga. Harap-harap semuanya akan okay. Please pray for me ;p Thanks bebeh.

Okay, tu saja update terkini. Haha. Tak tahu nak tulis apa. Ahaa, ada satu gambar yang I nak share dengan kalian semua. Rasa-rasa la kan, apa yang tak kena dengan gambar tersebut ya?





Hahaha. Have a great weekend to all of you. Take care (;

Typical HUMAN Thinking.

Assalamualaikum.





Well, manusia tak pernah puas dengan apa yang dia ada kan?

Kenapa Babi Digunakan Sebagai Perkataan untuk Mencarut?




Assalamualaikum.

Okay, firstly nak bagitahu, rasanya kisah Gadis dan Encik JPJ-nya akan bersambung untuk musim yang ke-2. Hahaha. (; Ingat drama bersiri ke apa? Ala bukan apa, sebab ada yang baca dan memberi komen yang ending dia macam tak best. Macam ke atau memang tak best? T_T

Okay, I nak minta maaf dulu kepada babi(?) kerana menggunakan nama beliau di entri I ini, dan minta maaf kepada anda semua yang merasakan penggunaan nama babi itu agak melampau. Ampun ya kawan-kawan. (; 

Again, okay, sepanjang I hidup, memang selalu sangat I dengar orang-orang yang berada disekeliling I mencarut menggunakan nama 'babi' apabila mereka marah. Kadang-kadang I pun sama, tersebut juga nama babi ni apabila marah, dan mungkin kalian juga? Hahaha. Sila mengaku. ;p

Dan mesti kalian tertanya-tanya kenapa babi digunakan sebagai perkataan untuk mencarut? Dari mana asal dan usulnya. Jadi, mari sama-sama kita baca kisah benar ini ;


Haha. (; Tiada lagi keraguan kenapa ada sesetengah orang yang menggunakan babi sebagai perkataan untuk mencarut. Mungkin mereka turut merasakan apa yang Robert The Caveman rasa. Haha. (;

Kelakar : Macamana Setiap Negara Berdebat Di Parlimen.

Assalamualaikum.

Okay, hello semua. Sihat? Harap semuanya baik-baik saja kan? Tak ada seorang pun yang mendoakan tidak baik pada dirinya sendiri kan? Tapi pada orang lain tak tahu la. Tutt. Tak mahu lebih-lebih. :)

Tadi, seperti biasa, jalan-jalan intai belog kawan-kawan. Hari ni jumpa 2-3 blog yang best untuk dibaca dan terus add letak kat blog list kat sebelah kanan belog I ini. :D

Hari ni saja nak share sesuatu yang menarik untuk yo'alls semua. Hahaha, gedik sungguh guna yo'alls. Ala tak apa la kan, sesekali gedik-gedik apa salahnya. Betul tak? Betul betul betul.. Okay, mari teruskan.

Sebenarnya, kejadian macam ini pun ada juga jadi dekat Malaysia, dan disebabkan I sayang Malaysia, jadi I tak mahu tunjuk. I tunjuk yang luar negara punya saja. Jum gelak sama-sama. :D

 
 Turkey
 Mexico