Tangis.


Malam semalam, entah kenapa, langsung tak boleh nak lelapkan mata. Mungkin terlalu fikirkan tentang masalah I dan Dia. Hmph. Menangis sampai bengkak-bengkak mata. Dah pujuk hati sendiri, tapi airmata masih nak mengalir juga.

Dah tahu susah, dah tahu ada masalah, dah tahu tak pasti masa depan dengan dia, kenapa masih mahu teruskan hubungan ini walaupun hati/jiwa merana?

Ini kerana I terlalu sayangkan I. I taknak lupakan dia. I tak nak putuskan hubungan dengan dia.

Bagi I, nak mencari orang yang dapat menerima kekurangan diri kita memang sukar. Sebab I tahu I banyak sangat kekurangan. Atau boleh cakap, terlalu banyak. Nak kenal hati budi seseorang itu bukan sekejap. Tapi mengambil masa. Nak memupuk rasa kasih dan sayang juga bukan sekejap, mungkin lama. Hmph. Rasa macam give up pun ada. GIVE UP. :(

Tak tahu nak buat apa. Nak teruskan merana, nak tinggalkan juga merana. Kepala boleh pecah kalau fikirkan sangat! Tak boleh nak serahkan pada Allah je, kena usaha juga. Lepas usaha, tawakal. Tapi kalau tak dapat juga, kena redha. Bestnya la hai kalau ianya senang seperti menaip. Tekan je keyboard..

0 comment: