Bukankah Kasih Sayang Sepatutnya Indah ?



Hari ahad lepas, ada buat makan-makan dengan ahli keluarga sebelum kaka I pergi Terengganu. Haihs, rasa susah hati, terkilan dan sebagainya kot. Iya la, dia kaka yang paling rapat dengan I. Bukan nak cakap yang lain tak rapat, rapat juga, tapi dengan kaka I yang kerja polis ni la paling rapat. Boleh kongsi dengan dia tentang macam-macam, tiada malu antara kita la kononnya, adeh. Tapi 2 minggu lepas, dia dapat tahu yang dia akan ditukarkan bekerja di Terengganu. Aduhai. Jauh sungguh okay. Sangat jauh okay. Melampau jauh okay. Ahhh. Dah la jauh... Sedih la, entah kenapa.

Kaka i akan bertolak esok tengahari kot. Weh, i mean, jauh sangat okay. Memang la kadang-kadang dia menyakitkan hati. Memanglah kadang terfikir, lebih baik dia tiada dari menyakitkan hati, tapi bukan betul-betul minta pun. Bila betul-betul jauh macam ni, baru rasa menyesal kerana pernah berfikir sedemikian rupa dan wajah.Maafkan aku, Kiah.



Kalau ikutkan hati, nak saja ikut kaka I pergi sana. Lagipun, dia tak ada sapa-sapa kat sana. Saudara mara jauh sekali. Kawan ? Lagi la tak payah cerita. Tapi itulah, mula-mula memang la payah kan. Harapnya, hari-hari yang mendatang akan menjadi lebih baik untuknya. Akan kuselitkan doa untukmu , kakaku. <--Tawa dalam tangisan.

Sensitif la pula, airmata pun dh bertakung. Sedih tahu tak? Sedihh! Jauh okay. Jauh!! Lepas ni mungkin sebulan sekali jumpa. Gaduh pun mungkin setahun sekali. Ahh, dah la tiap-tiap malam dia yang teman tidur kat sebelah. Walaupun dia tidur ganas, walaupun sebelum tidur, masing-masing elok letak kepala atas bantal, dan keesokkan harinya, kepala kat kaki la, kaki kat perut la. Hahaha, belum apa-apa I dh rindu. Derita, airmata sudah menitis.

Nak kata apa lagi, kena rela la. Nak buat macamana. Pergi sana pun kerana tugas untuk negara. Uhh, negara la sangat (kesat-kesat airmata). Haihh, tak tahan nak menangis la....

0 comment: