Tiada Tajuk.

Salam semua.



Kakak yang kerja di Terengganu balik KL semalam. Cuti sampai hari jumaat. Jumaat pagi tu dia balik Terengganu semula. Balik pun kerana nak buka gigi besi yang dia pakai selama hampir 3 tahun, haha. :) Apapun, gigi dia dah cantik, tersusun rapi gitu.

Semalam dia ajak pergi Nilai, rumah Abang Ngah. Jadi tukang driver la, dan sebagai upahnya, dia belanja makan pizza. Yummy. Lama tak makan. Tapi bila dah makan, sikit je. Sepotong je, haiya. Perut kecil la katakan.

Semalam Abang Ngah ada cakap, ada kerja kosong dekat company kawan dia. Hmph. Kerja apa ya, dia ada cakap semalam, tapi lupa la pula. Basic boleh tahan. Harap-harap dapat la kerja sana. Amin.




0 comment: