Sudah selesaikah?


Gembira bukan?


Dua hari berada di Terengganu. Sampai sana lebih kurang pukul 5.30 pagi. Kakak jemput di station bus. Tunggu lebih kurang setengah jam sebelum kakak sampai. Lepas tu dia bawa pergi breakfast. Oh ya, dia datang dengan pakwe dia. Itu kejutan yang pertama sesampainya saya disana. Apa-apapun harapnya dia bahagia dengan pilihan dia.

Saya jumpa dia dekat pukul 12 rasanya. Haih. Serius berdebar sebelum nak jumpa dia macam baru 1st time jumpa. Mungkin sebab terlalu rindu. Pfft.

"Kenapa muka pucat?"

Dia tanya bila saya masuk dalam kereta. Tak perasan. Pucat ke muka? Mungkin sebab risau tentang banyak perkara. Banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Banyak. Sigh.

Dia bawa saya ke Pulau Kapas. Naik bot. Seronok. 1st time sampai sana. Dia pun tak tahu nak bawa saya kemana lagi. Iya lah kan, di Terengganu ada apa saja kan kecuali pantai? Senyum.

Tapi tak mandi pantai pun. Sebab cuaca tersangatlah panas. Macam nak terbakar kulit. Nasib baik tak hitam muka. Fuh. Saya dengan dia hanya duduk berbaring bawah pokok saja dan bersembang. Sebenarnya dari mula masuk kereta lagi saya nak ajak dia berbincang tentang masalah kami berdua, tapi entah lah. Mungkin kerana saya tak mahu merosakkan mood dia, jadi saya simpan dulu sehinggalah masa yang sesuai.




Sewaktu sedang berehat dibawah pohon, telefon dia berbunyi. Ayah dia telefon dan memberitahu bahawa beliau akan ke KL kerana melawat sepupu yang sedang sakit. Lebih kurang macam itu lah. See? Adakah petanda bahawa saya memang tidak akan dapat berjumpa dengan ayah dia sampai bila-bila? Sigh.

Masa ini kakak mesej tanya samaada saya jadi atau tidak kerumah dia. Tension. stress saya dibuatnya. Saya balas mesej dia dengan mengatakan bahawa ayah dia ke KL jadi tidak dapat berjumpa. Kedengarannya seperti dia tidak mempercayainya. Mungkin menganggap saya memberi alasan. Entahlah.


p/s : Saya sambung nanti. Letih.

0 comment: