Lost





Saya buntu, bantulah.

Semalam dia mesej. Panjang kandungan mesej tersebut. Tapi apa yang saya faham, mesej itu berbunyi seperti ' u tak boleh pergi rumah i.' Ahh. Apa saya patut buat? Lupakan saja hasrat untuk kerumahnya? Apa patut saya buat? Kakcik, Alang, Kakak kat rumah macam suruh juga pergi walau apa pun terjadi. Untuk kali yang terakhir. Buat saja. Tapi hati saya sudah rasa berbelah bagi. Sudah tidak tetap seperti kelmarin sewaktu bersama kakak.

Saya buntu.

Malam ini naik bas di Greenwood. Ahh. Buntunya. Hati melonjak-lonjak kegembiraan kerana tidak sabar mahu berjumpa dengan dia. Tapi dalam masa yang sama rasa sedih dan tidak tahu apa yang patut dilakukan. Macamana ini? Saya buntu. Kadang-kadang dalam hati rasa risau memikirkan apa yang akan berlaku.

"Macamana kalau Kiah gesa, paksa suruh pergi, dan marah saya kalau hati berubah tak mahu lagi pergi rumah dia?"

Saya cuma harap mereka faham apa yang saya rasa. Apa yang saya mahu. Jangan paksa saya buat sesuatu yang saya tak ikhlas mahu buat. Saya tak mahu menipu diri sendiri dan orang lain. Tak mahu.


Saya berdoa semuga semuanya akan berjalan dengan lancar. Ya Allah, permudahkanlah urusanku disana.


p/s : Semalam keluar sorang-sorang. Ditempat yang ramai pun saya masih lagi rasa sunyi.




0 comment: