Cuti-Cuti Nurul Adriana.

Semalam, banyak benda yang terjadi tak seperti yg dirancangkan.
Huhuhuh. 
Sedikit kecewa, tapi nak buat macamana kan?
Papepun, cuti yang tetap besh.

Bangun tido lambat. ;p
Tolong kakak masak (tumbuk sambal je sbnrnye. haha.)
Pastu pergi mandi sungai. Semalam cuaca baik. Panas2 pergi berendam, fuh. Nikmat!!
Yup, pergi bersama kawan. ;p

Balik dr mandi, dh pukul 5. Kakak ajak keluar teman dia tengok wayang.
Ya, niat nak tengok citer Benjamin Button masih tak kesampaian. ); Sob sob sob. 
Tskkkkkkkk.
Tapi sebelum keluar tu sempat mandikan Cik Nuyui yang dh lama tak mandi. 
Hahahah. ;p
Motor saya leww.

Pastu baru melawa. Ye, saya paling last sekali siap.
Huhuhuh. 
Baik kena perli. 
Weh, org kemas rumah ngan basuh motor ah, sebab tu lambat.
Wekkk. ;p

Sebelum pergi ke MidValley, kitorang kena hantar adik bongsu sy ke STAR LRT di belakang Sogo. Dia mahu balik ke Nilai.
Tapi kitorang sempat makan dekat kedai mamak berdekatan dengan Sogo.
Masa tu plak hujan.
Perut pun lapar.
Saya dengan kakak yang kerja polis tu makan Maggie sup.
Adik perempuan makan mee goreng mamak.
Dan yang bongsu makan nasi goreng ayam.
Lapar kebulur katanya. Hahahah. ;p

Penuh2 tu habis beliau makan. Lapar la tu.
Nana dh nk habis makan pun...
Ni la Si bongsu. Iwan. Thn ni dh form 5. Suka berfesyen adik Nurul nih, mengalahkan perempuan!! Rambut dia tu baru dipotong pendek sbb kena sound dengan kakak. ;p
Ini Maggie Nurul sblm dimakan.
Selepas makan. Hahah. Tak habis. Serius tak reti makan maggie sup. Try pun sbb kakak Nurul ckp maggie sup dia sedap. Tapi, sedapppppp lagi Nurul masak.. >:P
Khusyuknyaaa makan. ;p
Wehh, jangan arrr kacauu.. >:P
Kacau dia makannn.. Hahahah.. >:P

Selepas sesi memenuhkan perut, kitorang terus bergerak untuk hantar si bongsu ke STAR LRT. 
Hujan masih lagi x berhenti.
Haaaaa. Sebelum Nurul terlupa.
Masa hujan kan, Nurul terbawa kereta laju taw, pastu kan, Nurul brek mengejut sbb kereta kat depan tu duk main brek brek. 
Fuhh, tayar kereta licin menyebabkan kereta macam menggelongsor.
Cuakkkk beb!!!
Rasa macam, 'oh, sampai sinikah hayatku?'
Kereta yang jalan kat sebelah kitorang pun duk pandang pelik.
Hahahha.
Bodo betul la.
Sumpah, lepas tu terus macam takut2 nak bawak kereta.
Hahahaha. 
=))
Saya baru je dapat lesen, kalau excident, tak ke sia-sia?
Fuhh.
Ok, jangan seronok sangat ye, Nurul.
Sepatutnya anda bersyukur!!
>:P

Akhirnya sampai juga ke tmpt yg dituju.
MidValley.
Sampai sana dekat pukul 8.30.
Sampai je, terus cari toilet.
Sakit perut.
Thehehehee.
Sengal je, tapayah ar cite pasal toilet2 ni.
Busuk punya olang!!!

Selepas selesai menyudahkan hajat.
Terus g beratur untuk membeli tiket wayang.
Wuwuwuw.
Tapi sayang, seat semua dh depan2.
Tak mo ah beli.
So, hajat untuk menonton Benjamin Button masih tidak berkesempatan.
Huwaa.
Sadis sadis sekali (sempat lagi kau menyanyi ye Nurul..).
Tskkkkkk. 

Last2 tak jadi pun tengokkk. 
Pastu apa lagi.
Nak balik la. 
Perut pun dh kembali berbunyi.
Kuat makan betul!!
Tapi sebelum tu sempat snap pic.
Hehehehe..
;p

Suka la tengok pic ni, cumel je dorang. (;

Yang ni pun cumel gak, hahah, hampehs. >:P
(x dpt tgk, tangkap gambar bersama poster pun dh cukup.. )

Lepas tu, terus balik.
Sempat g makan dekat Ong Tai Kim. 


p/s : Oh ye, org yg Nurul nk ajak teman Nurul g tgk wayang haritu, tak dtg. 
Tu yg mood x bape nak baik tu.
Tp td dia ada dtg, Nurul tanya dia, dia x datang ke sini hari jumaat & sabtu haritu.
Dia ckp x.
Nurul ckp la, Nurul tunggu dia.
Pastu dia jwb, kenapa tak bgtahu.
Nurul balas balik, macamana nak bgtahu?
Pastu masing2 senyum n ketawa.
Dia cakap, dia bz.
Nanti dia free, selalu lah dia dtg sini.
Sbnrnye, Nurul nak ajak dia tengok wayang jee..
Wuwuwuuww~~~

1 comment:

ceri masam said...

benjamin button...

best tak? nanti dah tengok bagitau :)