Sangat Rindu.

Assalamualaikum.

Sebulan tinggalkan belog, kini kembali dengan wajah yang lebih gelap. Hahaha, ini semua kawad punya pasal. Tapi sungguh seronok. Pertama kali tinggal di kem, duduk sebilik 7 orang bersama kawan-kawan yang super best. Sekarang ini sibuk belajar undang-undang. Kalah budak universiti. Heeee.

Bolehlah singgah dan mula kembali komen belog kawan-kawan. Oh, I tak lupakan korang tahu! Tidak sama sekali.

Dan sebelum itu, I nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua kawan-kawan yang beragama islam. Semoga RAMADHAN kali ini lebih bermakna dari yang sebelumnya. Tak mahu ponteng-ponteng puasa okay. (;

Heeeee...


Gelap kan kan? Hahaha.

Gadis ini memohon maaf.

Assalamualaikum.



Malu nak mengaku diri seorang blogger kerana nak update belog pun jarang-jarang. Maaf ya kawan-kawan. Memang selalu macam ni kan? Bila lambat update belog, atau dibiarkan lama tidak berupdate, pasti hanya tahu meminta maaf. Tapi bila difikir-fikirkan, selain daripada itu, apa lagi yang boleh Nurul lakukan? HEHE. (:

Disebabkan dah lama tak letak gambar, maka teruplodlah gambar ini. HAHA. (: 


Tapi bila tengok folder gambar yang lama-lama ni, rasa macam tak ada apa yang berubah kecuali muka ditumbuhi jerawat yang agak banyak. Itulah yang paling dikesalkan sekali. Perkembangan yang tidak membanggakan sama sekali! Sama dua kali juga tidak! Huh..


Nurul dah mula lapor diri hari khamis yang lepas. Bersama dengan Nurul, ada lagi 88 orang yang datang. 19 perempuan dan yang selebihnya adalah lelaki. Memang kerja pembantu penguatkuasa ini tidak ramai perempuan agaknya.


Selain diceritakan dengan cerita-cerita yang tidak menarik langsung iaitu mengenai latihan yang akan diberikan selama satu bulan bermula 11hb Julai nanti, hati meronta-meronta untuk menarik diri. Tapi disebabkan akal yang waras ini, maka diteruskan juga. WARAS, PAK! Tidak mungkin lah Nurul tarik diri. Mahu mendapatkan kerja sikit punya susah. HEHE. (:


Nurul okay dengan semua pelatih perempuan. Dengan lelaki tidak lagi. Malu ah. Sudahlah banyak kali ditertawakan oleh satu kelas kerana tanpa sedar melakukan sesuatu yang tidak sangka akan dijadikan bahan jenaka oleh komander dan rakan-rakan yang lain. HAMPEH!


Apapun, harap-harap latihan selama satu bulan di kem akan ditempuhi dengan jayanya. Latihan yang berat, dengan waktu tidur yang tidak menentu pasti akan membuatkan mindaku terdera. Hmph. Banyak-banyakkan berdoa la ya, Nurul.


Dan selepas latihan di kem tamat, tiga bulan yang seterusnya pula diberikan untuk Nurul dan yang lain belajar tentang undang-undang DBKL. Jadi pelajar balik la nampaknya. Agaknya, masihkah otak ini berfungi dengan baik? Masih.. Masih..


Dan selepas itu, barulah secara rasminya, Nurul akan menyarungkan uniform kebadan. Huu.Huu.. Tak sabar nak tunggu saat tu tiba. Lambat lagi. Empat bulan lagi. Apa yang paling Nurul harapkan adalah, Nurul tidak akan hitam seperti bontot kuali apabila latihan tamat nanti. HAHA. (:


Last, terima kasih kepada mereka yang sering tanya khabar tentang Nurul dan ambil berat. Mula dari malam ini, Nurul akan start melawat belog kawan-kawan semula.


Till then,

Fizikal Test at Tasik Titiwangsa.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana masih bernafas hingga ke saat ini walaupun sakit-sakit badan ni. Tolong picitkan (pada yang wanita sahaja).


Pukul 6.30 pagi, Kakcik dah kejutkan I suruh bangun. Awal. Dah la semalam jalan sehari suntuk. Hekhek. Okay, salahkan diri sendiri kerana tahu esok ada perkara penting yang mesti dilakukan, masih juga menggatalkan diri keluar. ;p


Lepas dah siap-siap, berseluar hitam, berbaju putih, dan bercelak sedikit (harus itu), I pun gerak ke sana menaiki kereta. Ya. I pergi sana ditemani adik dan anak saudara. Oh, can't live without them. ;p My family is my everything. Plus, I ni penakut. Pergi tempat ramai-ramai ni harus ajak adik. Hehehe.


Ujian pertama, lari sejauh 2.4km. Pusing 1 Tasik Titiwangsa. Nasib stamina I okay, dan selalu juga I pergi joging di Titiwangsa dengan adik, jadi amatlah membantu. Itupun semput juga lah. Haha. Untuk 2.4km, masa larian I adalah 14minit (angkat-angkat kening). Terel tak?


Lepas larian, pergi buat ujian kesihatan pula. Ukur ketinggian - 168.5cm, berat 52.5kg. BMI = 18.5. Hahaha. Hampir2 fail. Tekanan darah, ujian mata, lepastu ujian air kencing. Lepas tu, kena ukur dada. Eh? Alhamdulillah, semuanya I lepas. Tahniah pada diri sendiri. Hekhek. ;p


Lepas settle bab ujian kesihatan, I kena buat tekan tubi. Haha. Bab ni kelakar. Sebab cara gadis buat tekan tubi kan lain dari lelaki. Ada sesetengah gadis buat, badan turut, montot pula terangkat. Tergelak-gelak I dibuatnya. Comel okay! ;p Wekk. Tapi I lepas. Tak banyak, 8 kali jer. Itupun semput. ;p


Bab seterusnya dan yang terakhir, adalah kawad. Hehehe. Tak sia-sia masuk KRS waktu sekolah dulu. Waktu nak memperkenalkan diri, kena cakap kuat-kuat dan laju-laju tanpa brek sampai tergagap-gagap I. Hahaha. It was fun. Bila ingat memang nak tergelak. Tapi yang paling I suka, bila Cik tu puji, dia cakap " bagus. kemas awak kawad, nanti tunggu surat ya. Terima kasih." Masa ni rasa penat lelah tunggu dari pukul 8 sampai ke pukul 4 hilang bila kena puji. Ahaa, I ni kalau penat, moody etc, kalau ada orang puji, memang secara automatik mood I akan okay. ;p Mengada.


Itu saja. Sekarang ni, kena banyakkan berdoa dan tawakal sahaja pada Allah. Kalau ada rezeki, ada lah. Kalau tak ada, I cuba lain kali. (; Thanks baca bebelan I ni. Hehehe. Take care semua, Assalamualaikum.