Gadis ini memohon maaf.

Assalamualaikum.



Malu nak mengaku diri seorang blogger kerana nak update belog pun jarang-jarang. Maaf ya kawan-kawan. Memang selalu macam ni kan? Bila lambat update belog, atau dibiarkan lama tidak berupdate, pasti hanya tahu meminta maaf. Tapi bila difikir-fikirkan, selain daripada itu, apa lagi yang boleh Nurul lakukan? HEHE. (:

Disebabkan dah lama tak letak gambar, maka teruplodlah gambar ini. HAHA. (: 


Tapi bila tengok folder gambar yang lama-lama ni, rasa macam tak ada apa yang berubah kecuali muka ditumbuhi jerawat yang agak banyak. Itulah yang paling dikesalkan sekali. Perkembangan yang tidak membanggakan sama sekali! Sama dua kali juga tidak! Huh..


Nurul dah mula lapor diri hari khamis yang lepas. Bersama dengan Nurul, ada lagi 88 orang yang datang. 19 perempuan dan yang selebihnya adalah lelaki. Memang kerja pembantu penguatkuasa ini tidak ramai perempuan agaknya.


Selain diceritakan dengan cerita-cerita yang tidak menarik langsung iaitu mengenai latihan yang akan diberikan selama satu bulan bermula 11hb Julai nanti, hati meronta-meronta untuk menarik diri. Tapi disebabkan akal yang waras ini, maka diteruskan juga. WARAS, PAK! Tidak mungkin lah Nurul tarik diri. Mahu mendapatkan kerja sikit punya susah. HEHE. (:


Nurul okay dengan semua pelatih perempuan. Dengan lelaki tidak lagi. Malu ah. Sudahlah banyak kali ditertawakan oleh satu kelas kerana tanpa sedar melakukan sesuatu yang tidak sangka akan dijadikan bahan jenaka oleh komander dan rakan-rakan yang lain. HAMPEH!


Apapun, harap-harap latihan selama satu bulan di kem akan ditempuhi dengan jayanya. Latihan yang berat, dengan waktu tidur yang tidak menentu pasti akan membuatkan mindaku terdera. Hmph. Banyak-banyakkan berdoa la ya, Nurul.


Dan selepas latihan di kem tamat, tiga bulan yang seterusnya pula diberikan untuk Nurul dan yang lain belajar tentang undang-undang DBKL. Jadi pelajar balik la nampaknya. Agaknya, masihkah otak ini berfungi dengan baik? Masih.. Masih..


Dan selepas itu, barulah secara rasminya, Nurul akan menyarungkan uniform kebadan. Huu.Huu.. Tak sabar nak tunggu saat tu tiba. Lambat lagi. Empat bulan lagi. Apa yang paling Nurul harapkan adalah, Nurul tidak akan hitam seperti bontot kuali apabila latihan tamat nanti. HAHA. (:


Last, terima kasih kepada mereka yang sering tanya khabar tentang Nurul dan ambil berat. Mula dari malam ini, Nurul akan start melawat belog kawan-kawan semula.


Till then,

8 comment:

ZACK ENTRY said...

brblog ni optional jer..uruskan hal yg lebih penting dulu k..=)

Muhammad Adam Rayyan said...

gudlak nurul!!

nanti tangkap mamak restoren yang bubuh meja kat atas jalan raya tu. adam tak suka! tak cukup parking huhhh!!!

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

maaf mu diterima...

Nurul Harun said...

ZACK ENTRY ;

zack, thanks. (:

Lan Bingka said...

selamat bertugas!

Kaseh NazLieza said...

semoga pembaharuan ini akn lebih mbuatkan hdupmu bmakna...chaiyok2..

Amir Syahir said...

mahu nangis rindu dkt sini,,waaaa..sob2,

Mariella Liyana said...

hellloooooOooOoOooOo...helloo...heloooo...hellooo....ooo..oo

(bunyi macam dalam gua. kekeke)