Nurul di Terengganu, Bercuti.

Assalamualaikum.


Mula-mula sekali Nurul nak kalian semua teka Nurul ada dimana sekarang. Kalau dapat jawab Nurul bagi flying kiss dari sini. HAHA. (:


Okay lah, tak mahu la main teka-teki. Nurul sekarang ada di Balai Polis Gong Badak, Kuala Terengganu. Haa? Apa kesalahan yang Nurul buat sampai masuk sini, jauh dari KL pula tu. Eh tak.. Nurul tak buat kesalahan apa-apa pun, Nurul datang sini saja nak bercuti plus Nurul nak teman kakak Nurul yang ditugaskan kesini. Ya, dia bekerja sebagai polis.


Nurul pernah cerita yang buah hati Nurul pun bekerja disini juga yang sebelum ni dia kerja di Ipoh, Perak. Disebabkan ayah dia minta dia untuk tukar kerja dan menetap disini, jadi dia mengikut kata ayah dia dan berhenti kerja lalu bekerja disini sebagai pensyarah. Tak mahu la bagitahu kat mana. Bukan kalian kenal pun kan? (:


Walaupun dia terpaksa berhenti kerja yang dia sayang tu, tapi demi ayahnya yang tak berapa sihat tu, dia turutkan saja, walaupun ada juga dia mengadu yang dia menyesal berhenti kerja dekat Ipoh tu, dan dia cakap, bila tengok muka ayah, rasa menyesal tu hilang. Tak apalah kan. Masa ni la dia nak balas budi ayah dia.


Hari ni, dah hari ke-3 Nurul duduk sini. Jumpa pakwe Nurul pun baru sekali. Hari ni, dekat Terengganu kan cuti. Hari Jumaat dan Sabtu. Mula-mula ingat, dapat la lepak dengan dia lama sikit memandangkan semalam jumpa dia kejap je, itupun dalam suasana yang tegang. Tapi dapat mesej dari dia dalam pukul 2 macam tu cakap dia sakit perut yang teramat, entah, mungkin salah makan kot. Jadi hari ni, mungkin juga tak dapat jumpa dia.


Pelik sikit rasanya. Sebab dulu kalau datang sini, mesti rasa teruja nak jumpa dia. Tapi masa turun je dari bas pagi tu, tak rasa macam tu pula. Kenapa ya? Kemungkinan yang Nurul dapat fikir, adalah seperti berikut. HAHA. (:


1- Sebab dia layan Nurul acuh tak acuh lepas dia datang KL haritu. Malam last nak jumpa tu, dia layan punya la romantik, tapi lepas sampai Terengganu, terus buat tak tahu. Sakit juga hati ni. Tapi sebab dah biasa, macam pepatah, alah bisa tegal biasa tu, membuatkan Nurul rasa macam 'tak apalah, aku dah biasa kena macam ni.'So teruskan juga hidup walaupun sakit hati. HAHA. (:


Nurul nak bagitahu yang, gambar bawah ni adalah gambar Nurul dengan pakwe Nurul. Hmph. Tahun depan entah masih sepasang kekasih atau tidak?


Okaylah, jaga diri semua. Senyum selalu. Muah. (:

19 comment:

Lan Bingka said...

Owh, jauh di sana eh. Jaga diri k..

enyheartsdiamond said...

lelaki selalu mcm tu kan sis? romantik2 kejap.. lepas tu.. dingin..

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ said...

xsemua laki mcm tue...
have a nice oliday...

Azrai Ahmad Zamri said...

salam ziarah..
huhu..sis kat Ganu ke?
mai la singgah cni..ley belanje makan k0pok, satar, otak2.. ;0

miss lolly a.k.a luvfareda said...

nape cakap gitu sygs ?

cube teruys bahagia k ?

hug*

Benrauf 2.0 said...

Enjoy percutian anda semoga berbahagia selalu dan selamat hari bapa (untuk semua bapa-bapa yang telah bekorban).

Nurul Harun said...

Lan Bingka ;

insyaAllah. thanks Lan. (:

Nurul Harun said...

enyheartsdiamond ;

pengalaman dgn bf eny ya? heee..heee

Nurul Harun said...

♫::: m[e]n!t! s[e]nja :::♫ ;

wakil dr seorg lelaki.. ya la awak.. betul la tu.. tak semua lelaki mcm tu kan..

Nurul Harun said...

Azrai Ahmad Zamri ;

eh, bro ada kat ganu ke?

nak...nak.... jum la bro..

nurul kat sini pun x buat apa sgt pun..

Nurul Harun said...

miss lolly a.k.a luvfareda ;

hmmm. insyaAllah. thanks darling!

Nurul Harun said...

Benrauf 2.0 ;

thanks. (:

jane said...

jg diri sayang

nak ole2 please???


>.<


sorry lama tak jengah ....busy syg

hahahah

tc

Kaseh NazLieza said...

bestnyer...g bcuti xajk akk pon...

fndrocka said...

wah..mula merasakan kerenggangan dengan kekasih..?ini dilemma ni.hoho...cinta2 sebelum kawin ni tak pandai sangat nak komen..

dah tajuk kat terengganu..lagi mau suh teka teka..

Terbaru : Dilemma Wanita Gorjes

eykameow :) said...

ehh, tak baik ckp cmtu.... :) sayangi lah dye sementara dye ada. hihi. btw, mana pic pakwe?? tu pic nurul jeee...

s h e e said...

nurul cumeyl bercuti kt terengganu ye...hehe...tiut miut...windula...

nanti bawak blk kopok leko...ekeke...

hurm...nape plak cmtu dear...memang dia selalu layan nurul acuh x acuh ke...hukhuk...cian nurul...

Anne Boleyn said...

waahh~cik abang nurul pensyarah yerr.. :)

take care yer nurul. miss U! :)

p/s:esok hana umumkan sape dapat iklan free. tengok eyh nanti? :)

Anne Boleyn said...

nurul bile nak update??! rindu lah!!

p/s : hye..esok hana akan autopublish 4 entry pada pukul 10 pagi, 2.30 ptg, 5.30 petang and 8.30 malam. Ada entry penghargaan sebab anda join contest tu. Hana wat review/promote blog anda sikit.

Review pasal blog anda pukul 2.30 petang tu. Tapi yang paling penting anda kena baca enty pukul 10 pagi and pukul 8.30 malam tu. Ingat tau!!! :) Kalau anda nak stay tuned and baca semua entry pon tak pe :p