A Great Weekend.

Great ke?
Entah lah. Tak tahu nak cakap.

Hari Sabtu hari tu pergi KLCC untuk menonton cerita Adnan Sempit. Tapi tiket pula habis. Jadi ambil keputusan untuk menonton cerita The Spy Next Door lakonan Jackie Chan.


Cerita tu best juga, kelakar. Dah tua dah Jackie Chan tu eh. Hahah, tapi still handsome. Lawak dia tak pernah pudar. Oh yeahh, i loiikee him very much. ;]]


"Jangan lupa tengok movie lakonan I ya?" Pesan Jackie Chan pada I sewaktu kami bertemu.

Semalam (17-1-10) pula, disebabkan tidak keruan kerana benar-benar ingin menonton cerita Adnan Sempit, pada petang semalam, I sekali lagi pergi ke KLCC untuk menonton cerita ini. Pergi sorang-sorang je. Sekarang ni semuanya sorang-sorang. Pergi makan pun sorang-sorang. Dating pun sorang-sorang. Memang sadis sekali!

Okay sambung. Waktu tayangan pukul 7.30. Itupun seat dah bawah-bawah. Huhuhu, ingatkan kalau tengok sorang, dapat la seat atas-atas, tapi kat atas semua dah penuh. Hahaha. Semuanya kerana Adnan sempit.


Salah satu babak dalam Adnan Sempit.

Cerita Adnan Sempit ni kelakar sangat. Kira tak rugi la tengok. Hehehe, yang paling kelakar masa dia speaking london masa cerita tu dah nak habis. Hahahah. Macam sengal. "To all pakcik-pakcik" Hahah. "Jangan kerana nila setitik, rosak rempit sebelanga" Hahahaha.. Bengong sungguh!


Apa2pun, I bagi 4 dari 5 bintang pada cerita ni. ;]

1 comment:

denie said...

What really works as a blogger? that essentially what the hell?