Tulisan dari HATI.

Assalamualaikum.

Dah lama rasanya I tak menulis/luahkan apa yang I rasa. I keep it to myself and only. Sememangnya melalui hari-hari yang mendatang amat payah. Tapi I yakinkan hati bahawa, esok pasti ada sinar untuk I. I can't give up. Everything will be okay. But seriously, I don't know.

I sayangkan dia. I memang mudah sukakan seseorang, tapi untuk seseorang itu mendapat tempat dalam hati, amat payah. But this guy, I don't know. I sayangkan dia, terlalu sayang.

Setiap malam, sebelum tidur, I pasti akan teringatkan dia. Bukan sebelum tidur saja. Nampak Old Town, I teringatkan dia, pergi Times Square I teringatkan dia, nampak kereta colour hitam I teringatkan dia dan yang paling parah, tengok iklan ada budak kecil, I akan teringatkan dia dan cakap "aku akan ada keluarga dengan dia ke? Aku akan ada anak dengan dia ke?" What the fish kan?. Pandang itu ingat dia, pandang ini ingat dia. Serius, memang tak seronok langsung. Sebab apa? Sebab I sorang je yang rasa macam tu.

Alif. Alif. Alif. Menyayangi you memang payah. Bila kita betul-betul sayangkan seseorang, dan orang yang kita sayang tu tidak rasa seperti yang kita rasa memang menyedihkan. I bersabar dengan kesibukkan kerja dia, I bersabar dengan cara layanan dia pada I tanpa sedar yang sebenarnya I melukakan hati sendiri. Rasa macam dah lama I tak ambil kisah tentang hati sendiri. Semuanya I fikir tentang dia, dia dan dia.

Sedih. Hanya hati yang tahu betapa I sedih dengan dia. I cuba memahami dia, dan akhirnya dia buat tak kisah dengan I. Dia anggap I mudah. I tak tahan. Hati rasa kecewa sangat. Nak meraung kuat-kuat rasa, nak luahkan apa yang I rasa. Rasa nak lepaskan dia pergi, nak buang dia jauh-jauh dari hati, tapi I tak boleh, dan sudahnya I keep hurting myself. DAMN!

I tahu dia baca blog ni. I nak dia tahu apa I rasa. Sebab kadang-kadang, nak sampaikan apa yang I rasa, pendam dan tahan selama ni tak dapat. Bila I diam, senyap, dia pun senyap, tak kisah. Bagus..Baguss...

DAMN, I HATE MYSELF.....