Kisah Gadis dan Encik JPJ - Bhgn Terakhir

Assalamualaikum.

Sudah baca kisah Gadis dan  Encik JPJ bahagia pertama dan kedua? Kalau sudah, baru boleh baca bahagian ke-3 dan terakhir ini. (;

Ya, mesti ada yang meneka bahawa Gadis akan memberikan nombor telefonnya kepada Encik JPJ tersebut, dan tekaan itu adalah betul. Dan habuannya ialah belanja diri sendiri makan dikedai yang berhampiran dengan rumah. Hehe. Jangan marah. ;p


"Mana handphone Encik? Biar saya masukkan nombor saya." Setelah mendiamkan diri agak lama, Gadis akhirnya bersuara.

Encik JPJ tersenyum. Wah, suka nampaknya ya. Agaknya Gadis ini orang keberapa yang berjaya Encik JPJ itu dapatkan nombor? Percayakah jika hanya Gadis seorang sahaja yang Encik JPJ itu minta nombor telefon? Okay, hanya Allah dan Encik JPJ itu sahaja yang tahu.

Encik JPJ tersebut terus berjalan kearah kereta yang diparkirkan tidak jauh, untuk mengambil telefon bimbitnya. Dan kemudian Encik JPJ itu menyerahkannya pada Gadis. Sewaktu Gadis memasukkan nombor telefonnya, Encik JPJ bertanyakan satu soalan yang membuatkan Gadis tersentap.

" Boyfriend tak marah ke bagi nombor ni?"

Masa ni baru nak kisahkan samaada Gadis sudah berboyfriend atau tidak? Sebelum minta nombor telefon tadi tidak kisah pula. Entah apa-apa saja Encik JPJ ini.

"Boyfriend saya nak bertunang bulan 5 nanti. Jemput la hadirkan diri." Gadis menjawab sambil berpura-pura memandang kearah lain. Ya, Gadis memang sentap habis. Sentap kerana boyfriend Gadis bukan mahu bertunang dengan Gadis, tapi orang lain.

Encik JPJ dan kawannya terdiam. Pasti mereka berdua ingat bahawa Gadis akan bertunang, tetapi sebenarnya tidak.

"Dia bertunang dengan orang lain."

Jelas berubah raut wajah Encik JPJ tersebut. "Sorry, awak jangan la nangis."

Nangis? Gadis tak kisah pun. Gadis memang sudah lama terima kenyataan. "Saya tak kisah la, Encik. So, ada apa-apa lagi? Kalau tak ada, boleh pulangkan lesen saya semula?"

Encik JPJ itu kemudian menghulurkan lesen milik Gadis. Akhirnya? Ya..akhirnya. Kemudian Gadis menghidupkan semula enjin motor ego Gadis. Tetapi Gadis sempat mendengar kata-kata Encik JPJ itu sebelum berlalu.

"Malam nanti saya call awak."

Gadis hanya mengangguk. Dan seperti yang dikatakan, malam itu, Encik JPJ tersebut telah menelefon Gadis..


-Tamat-

p/s : Okay tak ending dia?

22 comment:

syera said...

ala , ending dia tak syok lah kak nurul :(

luvly mya said...

haha...okey..but sambung ah lagi..hesy..macam novel lah pulak en ;)

Fika Rozaidi said...

mcm tu je ke ending dia? ala... ape jadi? dorang bersama tak?

dayah said...

ending ke cam tu. .dia call kata apa

miss lolly a.k.a luvfareda said...

sambung lah lagi.

diorang kawen tak ?

hahahhaah~

Lan Bingka said...

mana bleh ending macam tu..ish ish..

kena ada musim ke-2 nih..;p

Aus MeLankoLik said...

oit , bagi ending die ala2 hindustan sket , hahahak

enyheartsdiamond said...

nak lagi..nak lagi..nak lagi!!!
ending taknak sampai situ je :p

Nurul Harun said...

SYAHIRAH ;

ye ke dik? adoi. dh tu nk ending mcmana lagik?

Nurul Harun said...

luvly mya ;

nk buat novel tak lepas2 lg..tu yg buat cerita mcm ni, haha. boleh la nak lepas gian. ;p

Nurul Harun said...

Fika ;

opss, nak tahu kesudahan dorang ke, fika? mungkin kahwin atau tidak? haha.

Nurul Harun said...

/Dayah//Nurul/ ;

ending la kot. sbb Gadis berjaya lepaskan diri. haha. ;p dia call kata apa ya? hmm, nnt tunggu musim ke-2! ;p

Nurul Harun said...

miss lolly a.k.a luvfareda ;

hahaha cik nakal ni. ada je idea buat org ketawa!

Nurul Harun said...

Lan Bingka ;

musim ke-2 ya? akan dipertimbangkan! ;p

Nurul Harun said...

Aus MeLankoLik ;

ala bro, ni citer melayu, bukan industan. nanti ending over plak karang. haha. ;p

Nurul Harun said...

enyheartsdiamond ;

hehehehe. ye la dikkk. sis cuba panjangkan cerita! ;p

Anna Boleyn said...

alaaaaa..tergantung lah ending dia!! btw, cite ni besttttt!

ASZ said...

Ending ke 2 kak ?
HAHA .
Lawak jehh .
Mcm bukan ending kud .
hehe .
sambong lagi lahh

Nurul Harun said...

Anne Boleyn ;

nanti nurul sambung ya, dear! (;

Nurul Harun said...

Aqila Sarah ;

ending la tu, sbb Gadis dh terlepas dr encik JPJ tu. hehehhh

Muhammad Adam Rayyan said...

adam sambung ending,

malam itu ketika sedang menelefon si gadis, en JPJ tiba-tiba habes kredit. Dia lantas pergi ke 7-11 untuk membeli topup namun kena langgar dgn moto mamat rempit. mamat rempit tu mmg tak puas hati dengan en JPJ sebab saman dia tgh hari tadi sambil potong line dia nak usha gadis. en JPJ pun meninggal dunia. innalillah.

ngarut btoi haha

Kaseh NazLieza said...

mahu sambungan plezz...