Kisah Gadis dan Encik JPJ - Bhgn Terakhir
Assalamualaikum.
Sudah baca kisah Gadis dan Encik JPJ bahagia pertama dan kedua? Kalau sudah, baru boleh baca bahagian ke-3 dan terakhir ini. (;
Ya, mesti ada yang meneka bahawa Gadis akan memberikan nombor telefonnya kepada Encik JPJ tersebut, dan tekaan itu adalah betul. Dan habuannya ialah belanja diri sendiri makan dikedai yang berhampiran dengan rumah. Hehe. Jangan marah. ;p
Encik JPJ tersenyum. Wah, suka nampaknya ya. Agaknya Gadis ini orang keberapa yang berjaya Encik JPJ itu dapatkan nombor? Percayakah jika hanya Gadis seorang sahaja yang Encik JPJ itu minta nombor telefon? Okay, hanya Allah dan Encik JPJ itu sahaja yang tahu.
Encik JPJ tersebut terus berjalan kearah kereta yang diparkirkan tidak jauh, untuk mengambil telefon bimbitnya. Dan kemudian Encik JPJ itu menyerahkannya pada Gadis. Sewaktu Gadis memasukkan nombor telefonnya, Encik JPJ bertanyakan satu soalan yang membuatkan Gadis tersentap.
" Boyfriend tak marah ke bagi nombor ni?"
Masa ni baru nak kisahkan samaada Gadis sudah berboyfriend atau tidak? Sebelum minta nombor telefon tadi tidak kisah pula. Entah apa-apa saja Encik JPJ ini.
"Boyfriend saya nak bertunang bulan 5 nanti. Jemput la hadirkan diri." Gadis menjawab sambil berpura-pura memandang kearah lain. Ya, Gadis memang sentap habis. Sentap kerana boyfriend Gadis bukan mahu bertunang dengan Gadis, tapi orang lain.
Encik JPJ dan kawannya terdiam. Pasti mereka berdua ingat bahawa Gadis akan bertunang, tetapi sebenarnya tidak.
"Dia bertunang dengan orang lain."
Jelas berubah raut wajah Encik JPJ tersebut. "Sorry, awak jangan la nangis."
Nangis? Gadis tak kisah pun. Gadis memang sudah lama terima kenyataan. "Saya tak kisah la, Encik. So, ada apa-apa lagi? Kalau tak ada, boleh pulangkan lesen saya semula?"
Encik JPJ itu kemudian menghulurkan lesen milik Gadis. Akhirnya? Ya..akhirnya. Kemudian Gadis menghidupkan semula enjin motor ego Gadis. Tetapi Gadis sempat mendengar kata-kata Encik JPJ itu sebelum berlalu.
"Malam nanti saya call awak."
Gadis hanya mengangguk. Dan seperti yang dikatakan, malam itu, Encik JPJ tersebut telah menelefon Gadis..