Fizikal Test at Tasik Titiwangsa.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Illahi kerana masih bernafas hingga ke saat ini walaupun sakit-sakit badan ni. Tolong picitkan (pada yang wanita sahaja).
Pukul 6.30 pagi, Kakcik dah kejutkan I suruh bangun. Awal. Dah la semalam jalan sehari suntuk. Hekhek. Okay, salahkan diri sendiri kerana tahu esok ada perkara penting yang mesti dilakukan, masih juga menggatalkan diri keluar. ;p
Lepas dah siap-siap, berseluar hitam, berbaju putih, dan bercelak sedikit (harus itu), I pun gerak ke sana menaiki kereta. Ya. I pergi sana ditemani adik dan anak saudara. Oh, can't live without them. ;p My family is my everything. Plus, I ni penakut. Pergi tempat ramai-ramai ni harus ajak adik. Hehehe.
Ujian pertama, lari sejauh 2.4km. Pusing 1 Tasik Titiwangsa. Nasib stamina I okay, dan selalu juga I pergi joging di Titiwangsa dengan adik, jadi amatlah membantu. Itupun semput juga lah. Haha. Untuk 2.4km, masa larian I adalah 14minit (angkat-angkat kening). Terel tak?
Lepas larian, pergi buat ujian kesihatan pula. Ukur ketinggian - 168.5cm, berat 52.5kg. BMI = 18.5. Hahaha. Hampir2 fail. Tekanan darah, ujian mata, lepastu ujian air kencing. Lepas tu, kena ukur dada. Eh? Alhamdulillah, semuanya I lepas. Tahniah pada diri sendiri. Hekhek. ;p
Lepas settle bab ujian kesihatan, I kena buat tekan tubi. Haha. Bab ni kelakar. Sebab cara gadis buat tekan tubi kan lain dari lelaki. Ada sesetengah gadis buat, badan turut, montot pula terangkat. Tergelak-gelak I dibuatnya. Comel okay! ;p Wekk. Tapi I lepas. Tak banyak, 8 kali jer. Itupun semput. ;p
Bab seterusnya dan yang terakhir, adalah kawad. Hehehe. Tak sia-sia masuk KRS waktu sekolah dulu. Waktu nak memperkenalkan diri, kena cakap kuat-kuat dan laju-laju tanpa brek sampai tergagap-gagap I. Hahaha. It was fun. Bila ingat memang nak tergelak. Tapi yang paling I suka, bila Cik tu puji, dia cakap " bagus. kemas awak kawad, nanti tunggu surat ya. Terima kasih." Masa ni rasa penat lelah tunggu dari pukul 8 sampai ke pukul 4 hilang bila kena puji. Ahaa, I ni kalau penat, moody etc, kalau ada orang puji, memang secara automatik mood I akan okay. ;p Mengada.
Itu saja. Sekarang ni, kena banyakkan berdoa dan tawakal sahaja pada Allah. Kalau ada rezeki, ada lah. Kalau tak ada, I cuba lain kali. (; Thanks baca bebelan I ni. Hehehe. Take care semua, Assalamualaikum.