Apabila Gadis Diragut.
Assalamualaikum.
Mula-mula sekali, nak ucapkan syukur pada Allah kerana masih bernafas saat ini. Alhamdulillah.
Petang semalam, I dan adik bercadang untuk ke Tasik Titiwangsa. Disebabkan I dan adik sudah semakin gemuk, jadi kami berdua bercadang untuk mengeluarkan peluh dengan berjoging di Titiwangsa. Jadi dalam pukul 4.30, selepas solat Asar, I dan adik pun bersiap-siap untuk kesana.
Tapi sebelum tu, I ajak adik singgah di Giant Batu Caves, sebab I nak beli barang muka dulu. Ops, I dan adik pergi dengan menaiki motor. Kata rock kan? Jadi dalam perjalanan ke Giant tu, terjadilah satu kejadian yang tidak diduga.
Masa atas motor ni, I memang dah perasan, macam ada motor follow motor I dari belakang. Tapi masa ni tidak lah I fikir yang bukan-bukan. Baik punya I menyanyi atas motor. Tapi tiba-tiba, motor yang follow I dan adik dari belakang, lalu sebelah motor I dan merentap rantai leher yang I pakai.
Okay, terkejut beruk saat ini. Terkejut dan sedih. Tu rantai arwah mak. Ahhh tidakkkkk..
Masa dia rentap rantai leher I tu, I perasan yang peragut tu pandang I sambil tersenyum. DAMN. Memang tak guna. Tak guna! Lepastu terus dia pecut dan hilang entah kemana.
Masa tu I dan adik dah blur. Tapi dalam hati memang rasa bersyukur yang amat, sebab sekurang-kurangnya dia tak tendang motor atau buat sesuatu yang lebih teruk. Alhamdulillah. Syukur sangat.
Tapi I sedih la. Rantai tu..ish..Rantai tu.. );
Balik tu, cakap dengan kakak, kakak cakap ;
"Rantai tu boleh beli lain, nyawa tu yang paling penting."
Yes, I agreed. Tapi pasti tak sama dengan rantai yang itu. );
p/s : Takziah buat keluarga penyanyi kumpulan SPIN, Abdillah Murad Md Shari atau Achik yang meninggal kerana kemalangan maut semalam.