Part 5

Darwish Dawani sudahpun bersiap untuk bertemu dengan Ikhram. Dia sempat meninggalkan pesanan pada uminya supaya tidak menunggunya untuk makan malam, kerana dia akan pulang lewat. Kebetulan, dia sudah berjanji dengan Ikhram untuk makan malam bersama selepas sudah berjoging. Boleh dikatakan, hampir setiap minggu, dia bersama dengan tiga orang rakan baiknya akan menghabiskan masa di taman tasik titiwangsa untuk berjoging. Cuma hari ini sahaja, Din dan Aiman tidak dapat menyertai mereka. Jadi hanya dia dam Ikhram sahaja berjoging pada petang itu.

Selepas menukar kepada kasut sukannya, Darwish Dawani mula memanaskan badan sementara menunggu Ikhram sampai. Tidak lama kemudian, Ikhram pun muncul dengan lengkap berpakaian sukan. Selepas memanaskan badan, mereka berdua pun memulakan larian.

"Bro, teman aku pergi cari barang lepas makan nanti." Ikhram meneguk air mineral yang dibelinya tadi. Mereka berdua sudah menghabiskan larian. Jam juga sudah menunjukkan hampir ke pukul 7.30 malam.

"Tiada masalah tapi malam ni belanja aku makan." Darwish Dawani menyambut air mineral yang diberikan Ikhram.

Ikhram ketawa. "Setakat belanja, tak ada masalah, bro. Pilih je tempat."

"Set."





Selepas membersihkan diri, dan menunaikan solat Maghrib, mereka berdua gerak menuju ke Kampung Bharu untuk makan malam. Darwish Dawani mengajak Ikhram untuk makan di House Steak yang boleh dikatakan agak popular dikalangan warga Kuala Lumpur. Lagipun sudah lama dia dan Ikhram tidak makan disitu.

"Kau nak beli apa, bro?" Tanya Darwish Dawani sambil menyuap makanan kedalam mulutnya. Dia memesan Fish and Chips manakala Ikhram memesan Chicken Chop.

Ikhram ketawa sambil menggarukan kepalanya. Dia memandang sekumpulan gadis yang berada tidak jauh dari mejanya. Dia sempat menghadiahkan senyuman kepada salah seorang daripada gadis itu.


"Aku nak beli hadiah untuk Iriani. Birthday dia besok la, bro. Tapi aku tak tahu nak bagi dia apa. Sebab tu la kau kena tolong aku. Kau kan pandai bab-bab ni."

Darwish Dawani hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. "Kau ni kelakar la. Nak beli hadiah untuk awek sendiri pun tak tahu. Biar aku je la yang jadi pakwe dia."

"Wei, orang lain boleh, Iriani jangan. Kau nampak ni?" Ikhram menggenggam penumbuk dan menunjukkan pada Darwish Dawani yang sudahpun ketawa.

"Sayang juga kau pada dia ya?"

"Kau gila ke, bro? Siapa tak sayang awek oi?" Giliran Ikhram pula menghamburkan tawanya. Geli hati dengan jawapannya sendiri.

Selepas membayar harga makanan di kaunter, mereka berdua kemudian menaiki kereta milik Darwish Dawani untuk ke Sogo. Mereka berdua akan membeli hadiah untuk harijadi Iriani disana. Pasti ada sesuatu yang sesuai untuk diberikan kepada gadis kesayangan Ikhram itu.


Bersambung...

0 comment: