Part 4




Sudah hampir seminggu Putri Anne mengelak dari bertembung dengan Fitri Aqil. Fitri Aqil juga seperti tidak mahu langsung menjelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku pada Putri Anne. Masing-masing mengambil sikap berdiam diri. Begitu juga dengan Sara, setiap kali terserempak dengannya, Sara hanya menundukkan wajah. Mungkin kerana perasaan bersalah membuatkan dia tidak berani untuk bertentang mata dengan Putri Anne.

"Aqil dah jumpa Anne?" Tanya Sara sewaktu Fitri Aqil menghantarnya pulang dari sekolah.

Fitri Aqil hanya menggelengkan kepalanya.

Sara mengeluh. Hampir setiap hari dia mengingatkan Fitri Aqil supaya bertemu dengan Putri Anne. Mereka berdua perlu menjelaskan apa yang berlaku, sekaligus meminta maaf pada Putri Anne. Dia tidak sanggup menanggung rasa bersalah kerana melukakan hati gadis itu.

Fitri Aqil memandang Sara. Jelas kelihatan wajah muram gadis kesayangannya itu. "Aqil jumpa Anne esok."



Selepas meminta Sara pulang terlebih dahulu, Fitri Aqil berjalan menuju ke kelas Putri Anne. Dia tahu, Putri Anne sanggup menjadi orang terakhir yang keluar dari kawasan sekolah semata-mata untuk mengelak dari bertembung dengannya.

Sewaktu Fitri Aqil melangkah masuk kedalam kelas 6 bawah murni, Putri Anne sedang  menulis sesuatu. Putri Anne mendongak apabila terasa ada seseorang sedang berdiri dihadapannya. Pandangan mereka bersatu.

"Anne."

"Aqil."

Masing-masing mendiamkan diri, tidak tahu apa yang patut dikatakan. Sesekali Fitri Aqil menjeling pandang kearah Putri Anne yang berada disebelahnya. Wajah itu kelihatan muram.

"Anne sihat?"

Putri Anne tersenyum. Dia menganggukkan kepalanya. "Aqil?"

"Sihat." Fitri Aqil menarik nafas dalam-dalam. "Aqil nak minta maaf."

"Untuk apa?"

"Sebab kecewakan Anne. Aqil tipu Anne. Aqil lukakan hati Anne. Anne boleh marah Aqil. Boleh pukul Aqil. Asalkan Anne boleh maafkan Aqil."

Putri Anne ketawa. Kemudian dia memandang Fitri Aqil. Sungguh dia amat menyayangi lelaki itu. Cuma dia tidak bernasib baik kerana kasih sayang Fitri Aqil padanya tidak kukuh seperti kasih sayangnya pada lelaki itu.

"Aqil tak perlu minta maaf sebab tak ada apa yang perlu dimaafkan." Putri Anne menggenggam tangannya sendiri. Dia perlu kuat. Dia tidak mahu Fitri Aqil tahu apa sebenarnya yang dia rasakan. "Aqil sepatutnya beritahu Anne perkara sebenarnya. Aqil patut beritahu Anne yang Aqil sebenarnya sayangkan Sara. Kita kenal dah lama , Aqil. Kita kawan dah lama. Aqil tak kenal lagi Anne macamana?"

Fitri Aqil hanya mendiamkan diri. Dia tidak mampu berkata apa.

"Anne tak marahkan Aqil. Mungkin kita lebih sesuai berkawan sahaja. Lagipun kita kenal dah lama kan? Mungkin perasaan Aqil pada Anne hanya sayang seorang kawan saja."

"Betul Anne tak marahkan Aqil?"

Putri Anne menganggukkan kepalanya. "Aqil sayangkan Sara?"

"Sayang. Sayang sangat."

Putri Anne terasa matanya berkaca. Cepat-cepat dia melarikan pandangannya. Setitik airmatanya jatuh. "Bagus. Aqil kena sayangkan dia sampai bila-bila okay. Anne doakan Aqil bahagia." Putri Anne mengambil beg yang berada diatas meja. "Anne nak balik dulu. Ibu suruh balik awal, kena tolong dekat kedai."

"Oh. Ya, okay. Kirim salam ibu ya?" Fitri Aqil bangun dari duduknya. Dia memandang Putri Anne yang sudahpun membelakanginya.

"Okay." Putri Anne berlalu tanpa memandang Fitri Aqil. Dia sudah tidak dapat menahan airmata yang semakin laju mengalir. Cuba ditahan esakkannya dari didengari Fitri Aqil. Biarlah sehingga dia jauh dari Fitri Aqil.

Fitri Aqil tersenyum. Dia berasa sangat lega. Putri Anne langsung tidak marah padanya., malah sanggup lagi bersembang dengannya. Putri Anne memang seorang kawan yang baik. Dia bersyukur dikurniakan seorang kawan seperti Putri Anne.

Fitri Aqil melirik jam yang berada dipergelangan tangan. Sudah hampir ke pukul 2. Dia mahu segera memberitahu Sara tentang perkara baik ini. Sebelum dia keluar dari kelas, dia terpandang beberapa titik air diatas meja Putri Anne. Dia tercengang. Putri Anne menangis?

"Anne..."


Bersambung...

3 comment:

enyheartsdiamond said...

i heart da picture!i heart gossip girl..

sis..dtg tau main baling tin :))

AbgFeroZ said...

ngeee.. novel jiwank kah..
adush.. ayat dia besh jerk :) sedap membace..

Nurul Harun said...

enyheartsdiamond : orite dear. InsyaAllah sis pergi sana. ;)

AbgFeroZ : **Nurul duduk bersimpuh tunduk malu** hahaha.. tq bro. :)