Part 6

"Anne, hari ni birthday orang, awak tak wish pun kan?" Iriani menepuk bahu Putri Anne yang sedang khusyuk membaca.

Putri Anne yang terkejut terus mengurut dadanya. Nasib baik dia tiada lemah jantung, kalau tidak sudah lama arwah. Dia memandang Iriani yang sudah ketawa. Tidak lama kemudian, senyuman terukir dibibirnya.Sikap Iriani yang ceria dan mudah mesra membuatkan dia senang dengan gadis itu.

"Harini birthday awak ye? Orang tak tahu pun." Usik Putri Anne. Dia pura-pura tidak mengambil kisah kerana mahu menyakat Iriani.

Wajah Iriani berubah muram. Senyuman dibibirnya hilang. Dia memandang Putri Anne yang sudah kembali mengadap buku yang dibacanya tadi. Iriani mengeluh. Dia kemudian bangun dari duduknya dan ingin berlalu. Tapi belumpun sempat dia berbuat demikian, Putri Anne sudahpun mengucup pipinya.




"Selamat hari jadi. Ini untuk awak. Ikhlas dari orang dan ibu." Putri Anne senyum sambil menghulurkan hadiah yang dibungkus kemas olehnya.

"Anne..." Ada air bertakung dikelopak mata Iriani. Dia terharu dengan sikap Putri Anne. Dia betul-betul tidak sangka Putri Anne akan mengingati tarikh kelahirannya. Dia mengambil hadiah yang diberikan Putri Anne lalu diletakkan diatas meja Putri Anne.

Putri Anne menggenggam erat tangan Iriani. "Awak ni emosi la. Hari ni kan birthday awak, mana boleh sedih."

"Awak la jahat mengusik orang."

Putri Anne ketawa. Geli hati dengan tingkah Iriani. Iriani memang baik dengannya walaupun gadis itu muda setahun darinya.

"So, apa plan awak hari ni?"

"Hari ni ya. Buah hati orang ajak orang keluar. Dia nak celebrate birthday orang dengan kawan-kawan dia. Awak ikut nak?"

Putri Anne cepat-cepat menggelengkan kepala. "Tak mahu la. Awak pergi la sorang. Lain kali je orang ikut. Okay."

"Awak tahu, ni dah kali ke lima awak bagi alasan yang sama. Mari lah. Orang boleh kenalkan awak dengan Ikhram. Please, Anne. Kali ni je. Sempena birthday orang. Please.."

"Tapi.."

"Tak ada tapi-tapi. Kali ni awak kena ikut juga. No excuse. Pukul 8 nanti orang datang jemput awak. Okay."

"Tapi awak.."

Belumpun sempat Putri Anne memberi apa-apa alasan, Iriani sudahpun lari meninggalkannya. Sekarang ini, mahu atau tidak, dia terpaksa juga pergi. Dia menggeleng-gelengkan kepalanya apabila kelibat Iriani hilang dari pandangan.


Bersambung...

0 comment: