Part 2

Belumpun sempat kawan-kawannya menjawab, Darwish Dawani sudahpun lari meninggalkan mereka bertiga semata-mata untuk mencari gadis tersebut.


"Kau tengok lah kawan baik kau tu, jumpa gadis, lupa terus pada kita."

Aiman dan Ikhram hanya ketawa mendengar kata-kata Din itu.

Lebih kurang sepuluh minit Darwish Dawani mencari-cari kelibat gadis yang ditemuinya tadi. Tapi tidak berjumpa. Entah kemana gadis itu pergi? Tidak mengapa. Dia masih ada masa. Dia yakin, dia pasti akan bertemu dengan gadis itu nanti.

Entah macamana, sewaktu dia melintas dihadapan McDonald's, dia ternampak kelibat gadis tadi. Dia mencari-cari jika ibu gadis tersebut ada bersama, tapi tiada. Gadis itu masih keseorangan seperti tadi. Dia tersenyum. Gadis itu pasti menipunya semata-mata mahu melepaskan diri.



Darwish Dawani tidak segera menegur gadis itu. Dia hanya memerhatikan tingkah laku gadis tersebut dari jauh. Dia ingin menunggu waktu yang sesuai untuk menegur gadis itu, dan dia berharap, gadis itu tidak akan melarikan diri darinya lagi.

Putri Anne tidak sedar yang dirinya diperhatikan. Dia masih lagi beratur untuk membeli makanan, dan entah kenapa matanya tertarik untuk melihat ke suatu sudut tempat yang sering dia dan Fitri Aqil duduk apabila makan di situ. Keningnya berkerut. Dia bermimpikah? Seperti Fitri Aqil berada disitu, sedang duduk dan makan bersama dengan seorang perempuan lain. Matanya membesar. Sara? Sara dan Fitri Aqil? Beg dompet yang dipegangnya terjatuh tiba-tiba apabila melihat kemesraan diantara lelaki dan perempuan yang cukup dikenalinya itu.

Sara yang sedang ketawa mula perasan akan kehadiran Putri Anne. Senyuman dibibirnya mati. Dia memandang Putri Anne dan Fitri Aqil silih berganti. Seperti sukar untuknya bernafas saat ini. Fitri Aqil yang mula perasan akan perubahan Sara, menoleh kebelakang untuk melihat apa punca yang menyebabkan Sara tiba-tiba berubah. Giliran dia pula terkejut apabila pandangannya dan Putri Anne bertemu.

Fitri Aqil berdiri. Dia terasa seperti ingin menghampiri Putri Anne, tetapi kakinya kaku tidak dapat melangkah. Hanya bibirnya saja menyebutkan nama Putri Anne.

Putri Anne sudah tidak dapat menahan diri. Dia kemudian berlari keluar meninggalkan restauran Mcdonald’s itu. Dia terlupa akan beg dompetnya yang terjatuh tadi. Laju dia berlari. Dapat dirasakan air mata yang ditahannya sebentar tadi akan jatuh. Dia tidak pedulikan lagi mata-mata yang memandang pelik kearahnya. Hatinya sangat sakit ketika ini. Rupanya ini yang membuatkan sikap Fitri Aqil padanya berubah.

Darwish Dawani berjalan masuk kedalan McDonald's untuk mengambil beg dompet bewarna coklat yang menjadi kepunyaan gadis tadi. Perbuatannya itu menarik perhatian Fitri Aqil dan Sara. Mereka berdua kelihatan resah. Tanpa mengendahkan pandangan mereka berdua, Darwish Dawani Darwish Dawani pun berlalu.

Darwish Dawani berhenti melangkah dan memandang beg domplet yang berada ditangannya. Dia terasa ingin membuka beg duit tersebut. Dia yakin, dia akan mengetahui sesuatu tentang gadis itu. Mungkin nama serta tempat tinggal gadis itu. Tapi terasa berat hati pula dia untuk membukanya.

"Patut ke aku membukanya?" Dia bertanya sendiri.
Bersambung...

1 comment:

cik EPAL said...

cehh sambung pulak :D