Part 1

Disebabkan merasa bosan duduk dirumah, Putri Anne bercadang untuk keluar menghiburkan sedikit rasa hatinya. Sudah hampir seminggu Fitri Aqil mengelak dari bertembung dengannya. Dia tertanya-tanya apa salahnya pada lelaki itu sehingga Fitri Aqil melayannya seperti itu.

"Mama, Anne keluar sekejap." Putri Anne mengucup dahi Umairah yang sedang duduk sambil menonton televisyen.

Belumpun sempat Umairah menjawab, kelibat anak gadisnya itu sudah hilang. Dia baru terfikir untuk meminta Putri Anne singgah dikedai bunga untuk mengambil buku laporan yang tertinggal didalam meja. Tidak mengapalah. Mungkin lain kali saja, fikirnya.

Putri Anne menghidupkan enjin skuternya. Skuter pemberian mama sempena keputusan peperiksaannya yang cemerlang. Dia ingat lagi betapa gembiranya dia apabila dihadiahkan skuter itu.



Putri Anne berjalan seorang diri didalam MidValley. Dia terasa untuk menonton wayang. Lagipun ada cerita baru yang ditayangkan dipawagam. Dia teringat pernah mengajak Fitri Aqil untuk menonton cerita 'Adnan Sempit' tetapi Fitri Aqil menolak dengan alasan dia sibuk. Walaupun dia ada memujuk Fitri Aqil, tetapi Fitri Aqil menolak dan memintanya mengajak Sara pergi bersamanya. Waktu itu dia hanya tersenyum menyembunyikan rasa terkilannya dengan sikap Fitri Aqil yang kian berubah.

"Hai adik manis. Sorang saja ke?"

Putri Anne menoleh. Ada sekumpulan lelaki berada dibelakangnya. Dia tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia sudah masak dengan perangai budak-budak lelaki seperti ini. Bukan kali pertama dia diusik seperti ini.

"Sombongnya adik manis. Mari la sini abang teman. Jalan sorang-sorang ni tak takut ke?"

Putri Anne menghentikan langkahnya. Dia memandang tepat lelaki yang sedang ketawa dihadapannya.

"Awak menghalang laluan saya."

"Awak nak pergi mana ni?"

"Saya nak lalu."

"Oh. Pergi sorang saja ke? Boleh lah saya ikut."

"Awak nak apa sebenarnya ni?"

"Saya pun sorang saja."

Putri Anne terasa ingin ketawa. Dia memandang kearah 3 orang lelaki yang sedang ketawa memandangnya.

"Habis kawan-kawan awak tu?"

Darwish Dawani ketawa besar. Lucu rasanya dapat menyakat gadis manis yang berada dihadapannya ini. "Tak apa, dorang dah besar panjang, pandai la nak jaga diri."

"Nice try." Putri Anne senyum. "Bagi la saya lalu. Saya nak jumpa mak saya ni."

Darwish Dawani menghabiskan sisa-sisa tawanya. "Okay."

"Thank you."

Darwish Dawani hanya memerhatikan gadis itu berlalu pergi. Dia kemudian menghampiri kawan-kawannya yang masih lagi sedang ketawa.

"Apa nama dia?" Tanya Din.

"Dapat no phone tak?" Potong Aiman sebelum Darwish Dawani menjawab.

"Ya Allah." Darwish Dawani menepuk dahinya. Dia terlupa itu semua.

Din, Aiman dan Ikhram ketawa melihatkan reaksi Darwish. Mereka tahu pasti Darwish terlupa untuk bertanya semua itu pada gadis tersebut.

"Korang tunggu kejap. Aku nak pergi cari gadis tadi."

Belumpun sempat kawan-kawannya menjawab, Darwish Dawani sudahpun lari meninggalkan mereka bertiga semata-mata untuk mencari gadis tersebut.


Bersambung...

0 comment: