Tak ada entri terbaru ke? Inilah entrinya. Hehe.
Assalamualaikum and hai.
Itu soalan yang agak tak berapa kerap ditanyakan kepada Nurul. Hehe. Tak la. Bukan nak cakap diri popular. Tak la. Mana ada. Malu aii. Hekhek. ;p
Nak cerita fasal apa ya? Fasal kerja yang Nurul dapat dekat KLIA tu ke? Hmph. Nak cerita pun malu. Hehe, malu kerana Nurul dh berhenti pun kerja kat sana. Hekhek. Bukan saja-saja berhenti okay. Sebabnya adalah Nurul dah dapat kerja di DBKL. Hoyeahh. Ops. Syukur kepada Allah. Akhirnya dapat juga kerja itu. Gembira rasa hati kecilku ini. Yang kerja di KLIA tu Nurul tinggalkan dengan rasa..err, tak rasa apa-apa kot. Bukan apa, sebab kerja dia susah la. Berlambak-lambak. Tak sama macam joget lambak yang menggembirakan hati itu. Eh, jangan lah cakap Nurul tak bersyukur pula, cuma Nurul rasa kerja itu tidak sesuai dengan Nurul lalu Nurul meninggalkan ia dengan senang hati. Lagi bertambah senang sebab dapat kerja di DBKL. Syukur syukur.. ;p
Jadi, sekarang ini Nurul hanya membesarkan diri dirumah. Kita tengok dalam masa seminggu dua ini, besar atau tidak atau tiada sebarang perubahan. Heee. ;p
Dan juga Nurul nak bagitahu yang Nurul dah boleh online dirumah. Yiehaaa. Tidak la bosan hari-hariku. Boleh juga intai belog kawan-kawan. Yes! Tapi cuma satulah, internet perlahan, ada la macam kura-kura. Tapi nak buat macamana kan, tak akan nak salahkan kura-kura, dah ditakdirkan dia hidup dengan berjalan perlahan nak buat macamana? Dan apa yang Nurul nak sampaikan disini ialah, nak buat macamana kalau dah Nurul duduk dipendalaman yang menyebabkan line internet perlahan? Hahahhaa.
Nanti ada cerita, nurul story lagi ya. Flying kiss untuk semua. Muahhx. ;p