Selamat Tinggal UIA Gombak.
Assalamualaikum.
Hai semua. Sihat? Nurul okay saja. Cuma penat sikit, dan agak kelam kabut dengan kehidupan. Hehehe, agak poyo disitu. ;p
Nurul dah lepas temuduga hari khamis lepas. Alhamdulillah, semuanya okay, cuma ada satu soalan saja yang Nurul tak dapat jawab. Entah apa soalannya, lupa sudah. T__T
Oh ya! Hari rabu baru-baru ni, Nurul pergi temuduga di KLIA. Alhamdulillah. Dapat kerja tersebut. Gaji dia pun banyak. Tamak? Tidak lah. Cuma kalau dapat kerja yang lebih baik, kenapa perlu tolak bukan? Lagipun duit itu kan penting. Nak buat beli suami di pasar minggu nanti.
Akhirnya Nurul akan bekerja luar dari Kuala Lumpur. Pertama kali akan duduk berjauhan dengan adik beradik. Sedih juga. Agaknya macamana kehidupan Nurul nanti? Sedih juga bila fikir. Dah tak boleh nak makan asam pedas Nana masak. Dah tak boleh nak makan masak lemak ayam yang Kakcik masak. :( Okay, I memang tak berapa pandai sangat memasak. Yang mudah-mudah boleh lah, kalau yang berkuah, memang tak pandai! Adik yang bawah dari I pun pandai memasak, malu sungguh pada dia dan diri sendiri. Tak boleh kahwin lagi....tahu. :(
Nurul nak ucapkan selamat tinggal pada UIA Gombak dan seluruh isinya. Hahaha. Lepas ni, entah bila dapat jejak lagi kaki disini. Pasti akan rindu dengan lelaki-lelaki kacak dan tak berapa kacak disini. Eh, tergedik pula.
Harap-harap semuanya akan okay, dan semoga Nurul boleh sesuaikan diri ditempat kerja baru. Oh ya, Nurul akan mula bekerja di tempat baru pada 25hb. Wahhh, tak lama dah. Lagi 10 hari. Good bye, Gombak.. :(