Maafkanlah budak itu.

Assalamualaikum..


Hai semua, sihat? Harap korang-korang semua sihat dan bahagia disamping keluarga dan kerja yang melambak-lambak. Rilekk, hadapi dengan senyuman okay? Hehehe. ;p

Terbaru, kita dikejutkan dengan berita tentang seorang budak...err, dah macam baca berita la pula. Tidak..Tidakk.. Ini bukan berita perdana ya kawan-kawan. Hari ini, sepanjang masa I ber-blogwalking, ramai yang bercerita tentang seorang budak yang bernama Rafiqin Darwisy ini. Nama sedap kan? Tapi..hmmm.. Bila baca apa yang dia tulis tentang arwah pada facebook miliknya, rasa macam terkejut sangat, terus mengucap panjang. Tapi I tak mahu bercerita/komen tentang budak ini, tapi apa yang nyata, salah tetap salah.  Jika sudah mengaku salah, kemudian meminta maaflah, correct?


Sebenarnya entri kali ini, I nak bercerita tentang serangan atau lawatan dari Anon-Anon yang membuat onar ke belog-belog yang ada di sini. Selama I berblog ini, Alhamdulillah, I tak pernah lagi kena dengan mana-mana Anon yang tak suka dengan belog atau tuah punya belog ini, iaitu I. Bila baca luahan perasaan oleh mereka-mereka yang pernah terkena serangan macam ini, rasa macam kasihan, lalu berkata sendiri, apa faedahnya mereka-mereka yang mengutuk ini melakukan perkara yang sedemikian. Dimana faedahnya?


Bagi I, kalau kita tak sukakan seseorang itu, abaikan dia, jangan masuk belog/facebook/myspace/etc miliknya, sebab bila kita dah tak suka, walau baik/sopan/menarik macamana orang itu pun, tetap buruk pada pandangan kita. Jadi langkah terbaik, jangan masuk, dan kalau termasuk. Ter.. ya kawan-kawan, jangan tinggalkan komen yang menyakitkan tuan punya belog. Baca saja sudahlah, kalau tak suka, kalau menyampah, simpan saja dalam hati. Dan kalau bengang sangat, haa, pergi main farmville, hehehe.. ;p


Belog-belog yang I suka singgah, kebanyakkan yang popular di arena belogsepot (haha!) ini, ramai yang pernah terkena serangan Anon ini. Kasihan. Kalau yang boleh handle tu okay la, kalau yang jiwa rapuh, kan dah rugi air mata. Kasihan-kasihan. Tabah ya kawan-kawan.


Akhir kata, jaga diri, hiasi peribadi, dan  untuk mereka yang marah sangat dengan Rafiqin Darwisy ini, maafkanlah dia, dan doakanlah dia cepat sedar akan kesilapan yang dia dah lakukan. Okay, kawan-kawan ? (;

p/s : Memaafkan itu lebih baik dari dimaafkan.

36 comment:

bulatkocik said...

betui 2..mnsia tak lari dari buat ksilapan..tp plak lupa dan mgulangi balik..mmg tak kenang dek untg..;0

Anonymous said...

dah besar nanti sure dia termalu dengan tindakan dia. tambah-tambah bila dia sambung study kat mana-mana nanti, awal-awal lagi dah kena mark dengan senior.

Unknown said...

nasib baik tak pernah kena serang dengan anon sebab blog tak faymous :D

Nurul Harun said...

Mr Rulez ;

itulah. manusia kan kadang-kadang lupa. kita harapkan yang terbaik la untuk budak itu.

thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

tukangkomputersekolah ;

mungkin. jadi apa yang perlu dia buat adalah meminta maaf dan menyesali apa yang dah berlaku. kan kan.

thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

cik EPAL ;

elelelel dik epal, merendah diri la pulopppp. blog tu nak pemes macam mana lagi? hehehe.

thanks krn komen. (;

Zikri Husaini said...

entahla...salah satu keburukan fb ....silap statement memang kena la.... budak2 manala pikir panjang...

Nurul Harun said...

Mariella ;

hai sis!

yup2, betul apa sis ckp. tp nurul x pernah kena lagi. selalu baca luahan hati org lain saja.

thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

Zikr the Jalanan Sepi Perantau ;

itulah, sama2 la kita harapkan dia berubah..

thanks krn komen. (;

Aina Rahman said...

so far aina pn x penah kena ngan anon..hopefully, xdela nk wat pangai cenggitu kat my blog. sbb kte x kacau idup mereka pun.

saljuhumairah said...

kesian budak tu, dan mungkin lepas ni dia akan menjadi lebih terbaik dari kita. Sebab hati dia tidak mendapat bimbingan yang betul..bantuk dan bawak dia ke jalan yang betul....bimbinglah dia..org2 muda kalau belajar mudah dapat berbanding kita yang dah tua...slow sikit...

Nurul Harun said...

Cik aiNa ;

alhamdulillah. bagus la kan! (;

thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

LUKISAN PENA ;

betul tu. insyaAllah. kita doakan yang terbaik untuk dia.

thanks krn komen. (;

qamarguyz said...

salam ziarah..
huhu..
agreed with u..
kalu ada perkara yG kita tak setuju sekalipun, tegur la secara berhikmah..jaga hati & perasaan orang..tak payah la lancarkan perang dunia ketiga sebelum tiba masanya..
Insan yG tak menyayanGi tak akan disayanGi.. =)

suri said...

silap tu mgg ada semua org pernah lakukannya..tapi jika dah tersilap kata..langkah kembalilh kpd kdaan asal semulan..

dan sesungguhnya kemaafan itu perlu ada..

Nurul Harun said...

Azrai Ahmad Zamri ;

ya betul sgt. nurul setuju. tegur secara berhemah. kasihan pada ibu bapa budak tu sbnrnya..

thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

suri ;

ya betul. cuba betulkannya dengan meminta maaf. kita doa la moga budak itu berubah.

thanks krn komen. (;

ASZ said...

yeah . baru je bace psl budak ni tadi .
hm , dy ni still budak budak la .
otak mentah lagi kud .
mf kn lh dy .
jgn brdendam sudaa

enyheartsdiamond said...

sis- hurm.. x best tao kena serang dgn anon.. PADAN MUKA anon da tak bole komen2 kt blog eny da :))

suka entri nasihat ini :D

husna nabila said...

budak tu budk n tk ley pkir straight ag..wat bodo je..da besar nti mesti die malu gilerrr

Nurul Harun said...

Aqila Sarah ;

ya, kalau nak tegur pun secara berhemah la kan.. harap budak tu berubah.

thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

enyheartsdiamond ;

ye ke eny? eny tapis komen eh? hehe.
thanks eny.

thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

nabila ;

malu dan menyesal dengan perbuatannya.

enyheartsdiamond

hans said...

biasalah tu
tapi bukan semua anon jahat

Nurul Harun said...

hans ;

betul2. ada Anon pernah komen kat Nurul dia komen yg baik la. ehehe.

thanks krn komen. (;

Lan Bingka said...

mari kita ikut nasihat nurul..:)

Nurul Harun said...

Lan Bingka ;

thanks Lan. (;

thanks krn komen. (;

Unknown said...

bgus2 :) ada gak yg suwuh maafkan :) kalu x pnuh dngan tomahan jerk.. naa..
baru jerk jmpa 1 blog :)

Nurul Harun said...

AbgFeroZ ;

hmm. iya lah bro. siapalah kita utk berkata yg bukan. lebih baik menegur dgn cara yg baik. kesian keluarga budak itu.

thanks krn komen. (;

bundleaddict said...

biasanya 'serangan' dari anon mempunyai motif tersendiri. dengki merupakan salah satu motif yang kebiasaannya berlaku dan merupakan pandemik di dalam dunia blogging ni... "my two cents - bundleaddict"

http://bundleaddict.blogspot.com/

Nurul Harun said...

bundleaddict ;

yup2. selalunya begitulah.. selalunya sbb dengki kan.

thanks krn komen. (;

Faizul said...

susah woo nak mahapkan.
sebab dia jenis melawan.
kena sedas dua belum tentu insap lg.huhu

Nurul Harun said...

dude ;

dh tu apa lagi yang mampu kita buat?

s h a said...

huhuh...ade plak ek serangan dr anon...hurm...first time nih aishah denga...

Nurul Harun said...

s h e e ;

heheheheheh =p

Hami Asraff said...

Salam.

Inilah Nurul Harun yang selalu komen kat my blog ye. Thanks! Hargai sudi baca blog picisan saya.

Minta maaf jikalau jarang bertandang ke sini.

Memang dulu heboh diperkatakan perihal budak tu. Dah surut barangkali. Okeylah :)