Maafkanlah budak itu.
Assalamualaikum..
Terbaru, kita dikejutkan dengan berita tentang seorang budak...err, dah macam baca berita la pula. Tidak..Tidakk.. Ini bukan berita perdana ya kawan-kawan. Hari ini, sepanjang masa I ber-blogwalking, ramai yang bercerita tentang seorang budak yang bernama Rafiqin Darwisy ini. Nama sedap kan? Tapi..hmmm.. Bila baca apa yang dia tulis tentang arwah pada facebook miliknya, rasa macam terkejut sangat, terus mengucap panjang. Tapi I tak mahu bercerita/komen tentang budak ini, tapi apa yang nyata, salah tetap salah. Jika sudah mengaku salah, kemudian meminta maaflah, correct?
Sebenarnya entri kali ini, I nak bercerita tentang serangan atau lawatan dari Anon-Anon yang membuat onar ke belog-belog yang ada di sini. Selama I berblog ini, Alhamdulillah, I tak pernah lagi kena dengan mana-mana Anon yang tak suka dengan belog atau tuah punya belog ini, iaitu I. Bila baca luahan perasaan oleh mereka-mereka yang pernah terkena serangan macam ini, rasa macam kasihan, lalu berkata sendiri, apa faedahnya mereka-mereka yang mengutuk ini melakukan perkara yang sedemikian. Dimana faedahnya?
Bagi I, kalau kita tak sukakan seseorang itu, abaikan dia, jangan masuk belog/facebook/myspace/etc miliknya, sebab bila kita dah tak suka, walau baik/sopan/menarik macamana orang itu pun, tetap buruk pada pandangan kita. Jadi langkah terbaik, jangan masuk, dan kalau termasuk. Ter.. ya kawan-kawan, jangan tinggalkan komen yang menyakitkan tuan punya belog. Baca saja sudahlah, kalau tak suka, kalau menyampah, simpan saja dalam hati. Dan kalau bengang sangat, haa, pergi main farmville, hehehe.. ;p
Belog-belog yang I suka singgah, kebanyakkan yang popular di arena belogsepot (haha!) ini, ramai yang pernah terkena serangan Anon ini. Kasihan. Kalau yang boleh handle tu okay la, kalau yang jiwa rapuh, kan dah rugi air mata. Kasihan-kasihan. Tabah ya kawan-kawan.
Akhir kata, jaga diri, hiasi peribadi, dan untuk mereka yang marah sangat dengan Rafiqin Darwisy ini, maafkanlah dia, dan doakanlah dia cepat sedar akan kesilapan yang dia dah lakukan. Okay, kawan-kawan ? (;
p/s : Memaafkan itu lebih baik dari dimaafkan.