Kisah Gadis dan Encik JPJ.
Assalamualaikum..
Hari ; Isnin
Jam ; Dah nak dekat Maghrib
Lokasi ; Di suatu tempat sekitar Gombak
Muka Gadis bertukar masam. Potong stim betul kedua-dua anggota JPJ tersebut. Sudahlah perut pun sakit kerana tidak makan lagi. Dari jauh (tak berapa nak jauh), JPJ itu sudah menunjukkan isyarat meminta Gadis ketepi, dan Gadis dengan rasa tensionnya berhenti juga.
"Minta lesen." JPJ yang berbadan seperti Shahid Kapoor itu bersuara.
"Ya Allah, jangan la dia minta tengok roadtax motor. Roadtax motor Gadis dah mati ni." Gadis berkata-kata didalam hati sambil menghulurkan lesen miliknya pada JPJ tersebut.
Sepanjang masa itu Gadis hanya mampu berdoa sahaja. Sakit diperut sudah hilang, peluh-peluh kecil pula sudah mula kelihatan. Nasib baik Gadis pandai berlakon. Muka masih masam, konon-konon tension la.
"Nak pergi mana ni?" Tanya JPJ itu lagi.
"Balik rumah, Encik." Jawab Gadis dengan malasnya.
Gadis masih memandang lesen miliknya yang berada ditangan JPJ tersebut. Hati mula memberontak untuk mendapatkan semula lesen miliknya. Tiba-tiba ada lori berhenti ditempat yang sama Gadis ditahan. Anggota JPJ yang seperti Shahid Kapoor itu berjalan kearah lori tersebut. Sebenarnya Gadis tak kisah JPJ tu nak tahan lori itu ke, nak berkenalan dengan pemandu lori itu ke, Gadis tidak kisah, Gadis cuma kisahkan lesen milik Gadis yang berada dalam genggaman Encik JPJ tersebut.
"Encik, lesen saya.." Gadis bersuara dengan takut-takut.
Anggota JPJ itu menoleh memandang Gadis. "Awak tunggu sekejap boleh?"
Gadis hanya mampu mengeluh. Gadis sangat takut jika Encik JPJ itu mahu meminta untuk melihat roadtax motor milik Gadis. Macamana ni? Apa yang patut Gadis lakukan? Lari? Tapi lesen milik Gadis masih berada didalam tangan Encik JPJ tersebut...