Kisah Gadis dan Encik JPJ.

Assalamualaikum..

Hari ; Isnin
Jam ; Dah nak dekat Maghrib
Lokasi ; Di suatu tempat sekitar Gombak

Hari ini cuaca baik, selepas hujan ditengahari, petang datang dengan rasa yang nyaman. Sebenarnya tak berapa nyaman kerana hujan sudah turun semula. Tetapi hanya rintik-rintik sahaja. Gadis Melayu (GM? Masih kenal?) yang sedang menikmati keindahan petang sewaktu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dengan menaiki ego kesayangannya. Lagi 5 minit hendak sampai ke rumah, Gadis Melayu telah ditahan oleh dua orang anggota JPJ.

Muka Gadis bertukar masam. Potong stim betul kedua-dua anggota JPJ tersebut. Sudahlah perut pun sakit kerana tidak makan lagi. Dari jauh (tak berapa nak jauh), JPJ itu sudah menunjukkan isyarat meminta Gadis ketepi, dan Gadis dengan rasa tensionnya berhenti juga.

"Minta lesen." JPJ yang berbadan seperti Shahid Kapoor itu bersuara.

"Ya Allah, jangan la dia minta tengok roadtax motor. Roadtax motor Gadis dah mati ni." Gadis berkata-kata didalam hati sambil menghulurkan lesen miliknya pada JPJ tersebut.

Sepanjang masa itu Gadis hanya mampu berdoa sahaja. Sakit diperut sudah hilang, peluh-peluh kecil pula sudah mula kelihatan. Nasib baik Gadis pandai berlakon.  Muka masih masam, konon-konon tension la.

"Nak pergi mana ni?" Tanya JPJ itu lagi.

"Balik rumah, Encik." Jawab Gadis dengan malasnya.

Gadis masih memandang lesen miliknya yang berada ditangan JPJ tersebut. Hati mula memberontak untuk mendapatkan semula lesen miliknya. Tiba-tiba ada lori berhenti ditempat yang sama Gadis ditahan. Anggota JPJ yang seperti Shahid Kapoor itu berjalan kearah lori tersebut. Sebenarnya Gadis tak kisah JPJ tu nak tahan lori itu ke, nak berkenalan dengan pemandu lori itu ke, Gadis tidak kisah, Gadis cuma kisahkan lesen milik Gadis yang berada dalam genggaman Encik JPJ tersebut.

"Encik, lesen saya.." Gadis bersuara dengan takut-takut.

Anggota JPJ itu menoleh memandang Gadis. "Awak tunggu sekejap boleh?"

Gadis hanya mampu mengeluh. Gadis sangat takut jika Encik JPJ itu mahu meminta untuk melihat roadtax motor milik Gadis. Macamana ni? Apa yang patut Gadis lakukan? Lari? Tapi lesen milik Gadis masih berada didalam tangan Encik JPJ tersebut...


Bersambung..

14 comment:

Anna Boleyn said...

Tak sabar nak tahu sambungannya.. :)


Jalan2 sini. Salam kenal. Da follow btw. Hit me back kayh

Nurul Harun said...

Anne Boleyn ;

Sama la, I pun tak sabar nak tahu sambungannya.

okay Anne. I'll follow u back. (; Salam kenal.

Thanks krn komen. (;

cik.pija said...

hahaha suspenderrrrr betui.
cpat sambung.ingtkan nak test jpj tadi sebab cik ejaa lagi sebulan nk test jpj. tuh teruja nak baca, hahah :D

Anonymous said...

Spesis diorang ni kalo tak buat orang hangin memang tak sah. Aku pernah berpengalaman kena tahan dengan polis time road block. Kena je aku tak kisah sebab aku clear ditambah pula dengan raut wajah aku yang penuh skema. Motor pulak ada side-mirror kiri kanan macam dalam drama-drama kisah mat rempit melayu dalam RTM.
Yang aku hangin, kalau iye pun nak pegi check motor lain, kasi pulang balik IC dengan lesen aku tu dulu boleh tak. Bawak IC dengan roadtax aku merata. Buatnya tercicir, naya je aku kena buat baru.

Kaseh NazLieza said...

mmg xsbr nk tunngu sambungan...

inginkan pakej katering serendah rm6.90 per pax...lawati :

http://nazliezacanopycateringweddingplanner.blogspot.com/

bulatkocik said...

ini mesti tak belajar teknik mgorat jpj..len kli kena pndai men mata ckit..kelip2 mnja..hek3
ag 1 suka tgk pmpn nek ego..i loike awex scoot..awex scoot kiyut lOrh..;)

Nurul Harun said...

ejaa ;

hahaha, sabar cik ejaa.
wooop, nak test jpj ya? sebulan? lama lagi tu. sempat lagik cerita nak habis. hehehe. ;p

Thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

tukangkomputersekolah ;

wahhh, marah nampaknya? hehehe. rileks laaaa. senyummm.

Thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

Kaseh NazLieza ;

nanti kalau dah sambung, cepat2 nurul bgtahu cik lieza ;p

Thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

Mr Rulez ;

ala Mr Rulez, saya tak sempat nak belajar la. pleasee Mr Rulez tolong ajarkan. ;p

Adah ini bermaksud saya juga seorg yg kiut? hehehe. terperasaannn sudaa..

Thanks krn komen. (;

syera said...

sambung la cepat . buat suspen ouh . HEE

zamdotcom said...

sambungan bila lak ni?? suspen..

p/s: sy suka JPJ

Nurul Harun said...

SYAHIRAH ;

hehehe, ya ya, nurul tgh buat sambungan la ni. (;

Thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

zamdotcom ;

tgh buat zam. wahh. suka JPJ? hahaha. kenapa?

Thanks krn komen. (;