Kisah Gadis dan Encik JPJ - Bhgn 2
Assalamualaikum.
Ini adalah sambungan kisah Gadis dan Encik JPJ ya. (;
"Aneyy, u punya lesen mana?" Suara Encik JPJ menembusi gegendang telinga Gadis. Encik JPJ itu bertanya kepada pemandu lori yang berbangsa india itu.
Gadis memandang kearah seorang lagi anggota JPJ yang berjalan kearah Gadis sambil memegang aiskrim. Aiskrim? Lawak apakah yang anggota JPJ ini mahu lakukan?
"Nak pergi mana ni?" Anggota JPJ yang seorang lagi itu bertanya.
"Soalan Encik ni sama saja dengan soalan Encik yang sorang lagi tu. Lesen saya mana Encik?" Gadis sudah semakin resah. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.
"Nak tanya pun tak boleh? Kalau tak boleh tak apa la."
Sentap? Touching? Gadis berfikir sendiri.Ahhh, lebih baik Gadis abaikan saja.
Kemudian Encik JPJ yang seperti Shahid Kapoor datang menghampiri. Pandang kearah Gadis dengan wajah yang serius.
"Encik, lesen saya. Saya nak balik ni, tak sihat." Dengan berani Gadis meminta.
"Nak balik, balik la. Lesen ni saya simpan."
Gadis buat muka. Tidak tahu apa yang bermain difikiran Encik JPJ itu. Sebenarnya Gadis sedikit pelik, kerana motor-motor yang lalu selepas Gadis ditahan tidak pula berhenti seperti Gadis. Sepertinya ada udang disebalik mee.
"Encik nak apa ni?"
"Saya nak berkenalan."
Berkenalan? Gadis berdebar-debar. Dengan muka semeh, dengan muka yang masam macam cuka ini pun Encik JPJ ini mahu berkenalan? Sungguh tiada taste. Eh, eh, terkutuk Gadis. Sorry Gadis!
"Kalau nak berkenalan cakap la dari tadi, kan senang. Okay, kita kenal la ini Encik. Lesen saya mana? Saya tak sihat ini."
"Awak perempuan pertama yang berani jawab macam ini. " Kata anggota JPJ yang seorang lagi.
"Nak ayat lah tu. Tidak akan Gadis terpedaya!" Gadis berkata-kata didalam hati.
"Nombor telefon awak?" Minta Encik JPJ yang seperti Shahid Kapoor sambil memandang tepat kemata Gadis.
Berdebar-debar Gadis dibuatnya. Gadis hanya mendiamkan diri. Nombor telefon? Nampaknya Gadis terpaksa memberi nombor telefon Gadis kepada Encik JPJ tersebut jika mahu mendapatkan lesen milik Gadis semula. Agaknya Gadis akan berikan nombor telefonnya pada Encik JPJ tersebut atau tidak?