Kisah Gadis dan Encik JPJ - Bhgn 2

Assalamualaikum.

Ini adalah sambungan kisah Gadis dan Encik JPJ ya. (;

Gadis tidak mengikut kata hatinya. Gadis tidak pergi kemana-mana pun. Masih setia disitu. Sesekali Gadis mencuri pandang pada Encik JPJ tersebut, dan setiap kali itulah Gadis kantoi apabila Encik JPJ itu turut memandang kearah Gadis. Bertentang mata? Ya, mungkin itulah perkataan yang sesuai.

"Aneyy, u punya lesen mana?" Suara Encik JPJ menembusi gegendang telinga Gadis. Encik JPJ itu bertanya kepada pemandu lori yang berbangsa india itu.

Gadis memandang kearah seorang lagi anggota JPJ yang berjalan kearah Gadis sambil memegang aiskrim. Aiskrim? Lawak apakah yang anggota JPJ ini mahu lakukan?

"Nak pergi mana ni?" Anggota JPJ yang seorang lagi itu bertanya.

"Soalan Encik ni sama saja dengan soalan Encik yang sorang lagi tu. Lesen saya mana Encik?" Gadis sudah semakin resah. Seperti ada sesuatu yang tidak kena.

"Nak tanya pun tak boleh? Kalau tak boleh tak apa la."

Sentap? Touching? Gadis berfikir sendiri.Ahhh, lebih baik Gadis abaikan saja.

Kemudian Encik JPJ yang seperti Shahid Kapoor datang menghampiri. Pandang kearah Gadis dengan wajah yang serius.

"Encik, lesen saya. Saya nak balik ni, tak sihat." Dengan berani Gadis meminta.

"Nak balik, balik la. Lesen ni saya simpan."

Gadis buat muka. Tidak tahu apa yang bermain difikiran Encik JPJ itu. Sebenarnya Gadis sedikit pelik, kerana motor-motor yang lalu selepas Gadis ditahan tidak pula berhenti seperti Gadis. Sepertinya ada udang disebalik mee.

"Encik nak apa ni?"

"Saya nak berkenalan."

Berkenalan? Gadis berdebar-debar. Dengan muka semeh, dengan muka yang masam macam cuka ini pun Encik JPJ ini mahu berkenalan? Sungguh tiada taste. Eh, eh, terkutuk Gadis. Sorry Gadis!

"Kalau nak berkenalan cakap la dari tadi, kan senang. Okay, kita kenal la ini Encik. Lesen saya mana? Saya tak sihat ini."

"Awak perempuan pertama yang berani jawab macam ini. " Kata anggota JPJ yang seorang lagi.

"Nak ayat lah tu. Tidak akan Gadis terpedaya!" Gadis berkata-kata didalam hati.

"Nombor telefon awak?" Minta Encik JPJ yang seperti Shahid Kapoor sambil memandang tepat kemata Gadis.

Berdebar-debar Gadis dibuatnya. Gadis hanya mendiamkan diri. Nombor telefon? Nampaknya Gadis terpaksa memberi nombor telefon Gadis kepada Encik JPJ tersebut jika mahu mendapatkan lesen milik Gadis semula. Agaknya Gadis akan berikan nombor telefonnya pada Encik JPJ tersebut atau tidak?


Bersambung...

30 comment:

syera said...

best wok cite nie . gatal betol abg jpj . HAHA

Nurul Harun said...

SYAHIRAH ;

haha, itulah kan. kalau report kegatalan encik jpj tu boleh tak?

Thanks krn komen. (;

syera said...

boleh . report je kat polis ke or boss jpj tu je. HIKHIK . welcome :D

Nurul Harun said...

SYAHIRAH ;

hehehee. akan dipertimbangkan. ;p

Fika Rozaidi said...

sounds interesting ;)
rase2 dia bg kot. hehe

Nurul Harun said...

Fika ;

hehehe. kita tunggu dan lihat. ;p

Thanks krn komen. (;

bulatkocik said...

uit..nie JPJ tak amanah..mn boleh mgorat tyme btugas..ag2 dekat awex scoot..kena report..hek3.

nnt msukkan watak mat rempit..kiter boleh bawak watak 2..hoho

Nurul Harun said...

Mr Rulez ;

hehehehe, ni kejadian yang betul2 terjadi la mr rulez. okay2, nnt nurul selitkan mana2 watak mat rempit..kekeke. ;p

nk report kt mana eh? Gadis selalu kena tahan dgn JPJ.

Thanks krn komen. (;

enyheartsdiamond said...

tehehehe..best la cita ni :)
takde dalam drama2 melayu yg lain :)

i loike sis!!! :D

ASZ said...

ahaha . gatal gilee . takyah bagi lah ! ngeee

cik.pija said...

kisah benar nurul ke ni. wahahaha :D

waa gADIS tu bagi ekk no tepon. hahahah :D alahhhhh bersambung lak . sok nak datang lagi.


tapi JPJ tu gatai dengan gadis tu, kalau cik ejaa, dah gunakan kegatalan jpj tu, boleh lulus test jpj nanti. awakakaka statement berani betui. mau datang sprm.huhuhu.

miss lolly a.k.a luvfareda said...

owh aii tpikat kal0 muka JPJ cam shahid kapur :P

laGenDA KodOk HijAU said...

cepatlah sambungggggggggggg

laGenDA KodOk HijAU said...

cepat sambunggg!!!

Nurul Harun said...

enyheartsdiamond ;

errr, eny perli sis ya? haha.

Thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

Aqila Sarah ;

tapi kalau nak dapatkan lesen kena bg la qyla. so mcmana ni?

Thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

ejaa ;

tiada yang tidak benar melainkan yang benar2 belaka, cik ejaa. hahaha. ;p

woopp, anggota jpj ms test jpj lain mcm sikit la cik ejaa. poyo lebih! muka serius etc.

Thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

miss lolly a.k.a luvfareda ;

apa ni cik lolly, mana boleh potong line..!!

Thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

kodok hijau the ghost writer ;

sabar la. asyik nak marah nurul saja.

Thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

kodok hijau the ghost writer ;

eeeeiii, tak reti sabar keeee...

ardinihumaira said...

kalo dni... dni ambik gambo dia.. pastu kasi kat polis.. hu.. ambik curi2.. takpon dni blah gtu je.. pastu gi wat report polis..

ah lagi2 polis ;p

Nurul Harun said...

ardinihumaira ;

wahhh seriusnya dini. hehehe... tp kalau dh buat mcm tu, x bersambung l agaknya cerita ni haha. ;p

Thanks krn komen. (;

Unknown said...

ini kes bese takper janji lepas hehe

Nurul Harun said...

POSH76 ;

hehe, tp tidak habis disitu, sis. ;p

Thanks krn komen. (;

Anna Boleyn said...

best best., rasanya gadis bagi kot no. fon untuk lepaskan diri. hehe

Mariella Liyana said...

Abang JPJ memang suke minta no. tepon kan? tp abang JPJ ni mcm shahid kapoor??? makaih...:D

Love the story line. Didn't know you like story-writing. Boleh bikin buku ni. keep up the good work sis :)

Kaseh NazLieza said...

alamak..bsambung lg kah...xsbrnyer...

Nurul Harun said...

Anne Boleyn ;

hehehe, perkara itu mungkin terjadi, Anne. ;p

Thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

Mariella ;

Encik JPJ ni special sikit, sbb tu rupa ada mcm Shahid Kapoor sikit, sis! ;p

hehehe. act, i suka tulis novel, sis. tp untuk bacaan sendiri je. hahah. ;p maluu..

Thanks krn komen. (;

Nurul Harun said...

Kaseh NazLieza ;

last part, sis. hehehe. tp ending dia cm tak best jer, haha.

Thanks krn komen. (;