Berita Tergempar!
Assalamualaikum.
Baru sudah tengok cerita My Name Is Khan. Menitik-nitik air mata. Letih menangis. Sedih sungguh cerita tersebut. Hadoi. Ya, sungguh emosi penulis belog ini. ;p
Sungguh tak sedar masa cepat berlalu. Hari ni dah hari Sabtu. Esok Ahad, lusa Isnin, tulat Selasa. Haha. (; Apa yang cuba disampaikan penulis belog disitu? Entah apa-apa. Oh ya, hari Isnin nanti ada fizikal test di Tasik Titiwangsa. I dapat surat dari DBKL. Oh, agak teruja disitu. Syukur alhamdulillah, akhirnya dapat juga peluang itu. Kalau lulus fizikal test, baru dia panggil temuduga. Harap-harap semuanya akan okay. Please pray for me ;p Thanks bebeh.
Okay, tu saja update terkini. Haha. Tak tahu nak tulis apa. Ahaa, ada satu gambar yang I nak share dengan kalian semua. Rasa-rasa la kan, apa yang tak kena dengan gambar tersebut ya?