Kisah Hidup Seorang Gadis.

I ada kawan. Nama dia NurFazuraRadziahSarifuddin (bukan nama sebenar). Sikit punya panjang nama. Dia ada masalah. Dia selalu cerita masalah dia pada I. I kasihan sangat pada dia, tapi I tak tahu nak buat macamana untuk mengurangkan beban dia selain meminjamkan telinga dan bahu kalau dia rasa nak menangis.

Dia pernah buat salah besar dalam hidup dia. Tapi itu long long time ago punya cerita. Sekarang dia dah berubah. I pun boleh nampak perubahan dalam diri dia. Yang paling besar perubahan yang dilakukannya adalah, dia dah cukup solat 5 waktu. Alhamdulillah. I pun tumpang gembira dengan perubahan dia.

Betul lah orang cakap, kalau kita kawan dengan orang baik, kita pun akan turut menjadi baik, begitu juga sebaliknya. Dia pernah cakap, perubahan yang berlaku dalam hidup dia adalah semenjak dia berjumpa dengan AhmadDhaniBukanBandDewa (bukan nama sebenar). Syukur, dia berjumpa dengan orang baik dan keinginan untuk berubah semakin meluap-luap macam haha, macam air mendidih boleh? Ok serius.

Tapi sekarang dia ada masalah.Dia selalu cerita yang dia rasa
AhmadDhaniBukanBandDewa dah tak kisah lagi pasal dia. Dia tahu hubungannya dengan AhmadDhaniBukanBandDewa tak akan kemana sebab AhmadDhaniBukanBandDewa datang dari keluarga yang baik-baik. Yang mementingkan agama, bukanlah nak cakap yang NurFazuraRadziahSarifuddin tidak beragama, tapi NurFazuraRadziahSarifuddin seperti gadis remaja yang lain, yang, errr, okay I bagi contoh dari segi pakaian, NurFazuraRadziahSarifuddin bukanlah seorang gadis yang bertudung.

Ini NurFazuraRadziahSarifuddin (bukan gambar sebenar)

NurFazuraRadziahSarifuddin ni sedang bersedih sekarang, sebab tu I ada gambar dia sedang menangis saja. Huh. Okay, sambung..

NurFazuraRadziahSarifuddin ingin berubah, banyak kali dia terfikir untuk berubah, kadang-kadang sambil bercerita yang dia nak berubah pun, NurFazuraRadziahSarifuddin masih boleh menangis. I faham perasaan dia. Tapi I hanya mampu suruh dia bersabar.

Pernah sekali dia cakap dengan I. "Nurul, aku dah cuba berubah menjadi seorang yang lebih baik, tapi, kenapa aku tak pernah dapat peluang nak membuktikan yang aku sudah berubah? Tak ada siapa pun pernah bagi aku peluang. Aku dah berubah, Nurul. Aku dah tak macam dulu. Tapi kenapa Allah pun masih tak mahu membantu aku?" Sambil menangis dia bertanya.

I hanya mampu mengeluh, tak tahu nak jawab apa. Tapi seorang kawan I pernah cakap, "Tak baik menyalahkan Allah untuk sesuatu yang kita tak akan dapat, mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita, dan tak baik cakap macam tu, ia seumpama awak mencabar Allah". Okay, aku tertunduk diam dan berfikir.

NurFazuraRadziahSarifuddin mahu berubah, cuma dia belum bersedia untuk berubah seperti gadis ini.


Sekarang, NurFazuraRadziahSarifuddin selalu bercerita yang dia kerap selisih faham dengan AhmadDhaniBukanBandDewa. Dia bukan sengaja mahu mencari gaduh, tapi dia cuma mahukan sedikit perhatian. Tapi nampaknya seperti AhmadDhaniBukanBandDewa tidak kisah lagi dengan dia. Sehari tak tanya khabar, bagi AhmadDhaniBukanBandDewa, tidak ada masalah. Tapi pernahkah AhmadDhaniBukanBandDewa terfikir macamana keadaan NurFazuraRadziahSarifuddin sehari itu?

NurFazuraRadziahSarifuddin pernah cakap pada I, dia pernah terfikir yang AhmadDhaniBukanBandDewa ini seorang yang sangat pentingkan diri dan hipokrit. Kadang-kadang NurFazuraRadziahSarifuddin rasa dia seperti seorang perempuan simpanan pada AhmadDhaniBukanBandDewa.

I terkejut, lalu bertanya, "kenapa kau berkata seperti itu?"

NurFazuraRadziahSarifuddin terdiam dan memandang mata I. Dia cakap, "tentang itu, biar aku saja yang simpan. Aku ni, Nurul. Aku selalu keluar dengan dia, kau ada teman lelaki bukan? Kadang-kadang aku buat sesuatu yang aku tak sangka aku akan buat dengan dia. Tapi kenapa dia mahu merahsiakan hubungan ini dari keluarganya? Adakah dia merasakan yang aku ini merupakan perempuan simpanannya? Aku rasa dia sangat hipokrit. Dengan aku, dan dengan keluarga dia. Malang nasib aku kerana aku tidak mampu melepaskan dia pergi. Memikirkan bahawa dia akan bersama dengan wanita lain membuatkan aku rasa seperti ingin mencabut nyawaku saat itu. Tapi untuk apa? Sia-sia saja ibadatku kepada Allah selama ini. Tapi aku mahu kau tahu, Nurul. Aku lakukannya kerana aku sayangkannya."

Saat itu I menghulurkan tisu pada NurFazuraRadziahSarifuddin dan berkata "sabarlah. Aku yakin Allah akan membantu." Tapi sebenarnya aku sendiri tidak tahu..

p/s : Nak buat novel, apa macam dengan isi kandungan ini? Agak-agak boleh cari makan tak?

0 comment: