Apalah nasib diri ini...

Kadang-kadang rasa kasihan pada diri sendiri. Tapi rasa kasihan pada dia melebihi rasa kasihan pada diri sendiri. Kalau ikut hati, mahu saja kahwin lari. Eh, citer macam senang kan. Pergi je Thailand, kahwin. Tapi sebenarnya susah sangat. Dia pernah jadi majistret, jadi dia bagitahu, susah sebenarnya kalau nak kahwin lari. Apsal tengok dalam tv macam senang je?! Huh tak puas hati betul. I terpedaya! Kasihan I bukan?

Pahit rasa nak telan. Nak buang pun pahit. Tapi kena pilih juga salah satu. Kena berani kan. Jadi I ada suarakan untuk memutuskan hubungan dengan dia. I tahu dia rasa bersalah pada I. I tahu dan I boleh rasa. Tapi nak buat macamana kan? Keluarga dia tetap tak mahu setuju. Malah lagi mahu jodohkan dia dengan pilihan ayahnya. Jadi, I nak buat apa? Mungkin patut mengundurkan diri saja. Cukuplah pergaduhan/salah faham yang terjadi dalam keluarga dia berlaku kerana I. Kasihan I bukan?


Sebenarnya, I baru 22 tahun. 22 TAHUN okay. Dalam usia 22 tahun ni I kena lalui perkara macam ni. Selalu dengar dalam radio, tengok dalam tv, baca dalam surat khabar, tapi kali ni jadi pada diri sendiri. Tak tahu nak hadapi macamana? Kadang-kadang rasa sempit je dada ni. Tak tahu nak luahkan macamana selain dari menangis. Kasihan I bukan?

Kehadiran orang lain yang luahkan rasa hati pada I, sikitpun tak membuatkan hati I tertarik. Sikit pun tak ada! Kadang-kadang ada juga terfikir, baik terima je siapa yang hendakkan I, tapi..serius I tak boleh buat/cipta hubungan tanpa rasa kasih sayang. Cukuplah sekali I buat silap dalam hidup. Habiskan masa lebih kurang 2 tahun menjalinkan hubungan dengan lelaki yang I tak sayang. Huhh. Kasihan lelaki itu bukan?

Kadang-kadang terfikir, mungkin inilah balasan atas apa yang I buat. I lukakan hati orang lain, sudahnya hati I yang terluka, tapi kali ini lebih makan dalam lagi.


Kasihan I bukan?

,

2 comment:

nurul said...

salam anne..
i tahu and paham sgt2 situasi u skrg..
honestly, i have been in ur shoes ,once.....

pedih kan nak tinggalkan org yg kite syg hanya kerana org lain...i paham tu anne....

byk benda i nak share dgn u kalu boleh..hehe..cume satu je yg penting skrg ni anne....u berdoa dan bersabar byk2....pastu u kne terima je ape pon yg akan berlaku satu hari nanti dlm relationship u ni.....

bile bace skit2 psl ur story, even ur bf pon mcm x confident kan for both of u to be together? u and ur bf as well kne kuat, sama2 berdoa ..paling penting,percaya...percaya qada dan qadar Allah..


kalau die jodoh u, insyaAllah,tak de ape pon yg dpt halang u anne....


take care dear ;)

Ibu Ammar said...

kita sebaya,,eherm, bab cinta tak bper pakar nak bg advice..tapi I try ok..=p

kita tak nampak masa depan, so kita tak berhak nak 'menguasai' nya. kita boleh bercinta tapi belum tentu akan berjodoh.

walaupun kita ikhlas, tak semua org akan faham keikhlasan kita. bila kita syg seseorang, dia tetap bukan hak kita, dan ada yg lebih berhak atas dia iaitu parents dia..

yang kita mampu lakukan, hanyalah keep praying.. Allah ada jawapan atas setiap persoalan..dun give up..=)