Pergi Tengok Matahari Terbenam.


Semalam (16/8/09) saya cuti. Pagi breakfast diluar, makan roti sardin dengan teh tarik. Memang lazaxx! Hehehe. Untuk tengahari, I buat masak lemak pucuk ubi. Memang best! I masak tahu, itupun selepas dibantu oleh Kakcik. Haha, satu-satu benda kena ajar sebab ni my 1st time buat masak lemak pucuk ubi ni. Senang je sebenarnya, tak la susah sgt pun. Hehehe, cuma kena ada sedikit kemahiran matematik lah. Ye la, nak masukkan kuantiti garam, santan, nak kisar cili, kunyit dan yang sewaktu. Hehehe, tapi serius la, I rasa sangat best! Seronokk sangat. Kira tak ada la teruk sangat I dalam bidang masakkan ni. Haaa, i dh boleh kahwin. Hahah, tiba-tiba je.

Masa tengah lunch, dalam pukul 2.30 kot, Sayang I telefon. Dia tanya, I ada program ke hari ni, dan I jawab tak. Dengar dia punya ketawa dihujung sana. Gembira agaknya sebab I free. Then dia ajak keluar jalan-jalan. Agak terkejut, sebab I dengan dia, kalau hari minggu, keluar petang je dalam pukul 5-6.. Sebab..yelah, dia sibuk kan. Buat itu ini :) Tapi untuk semalam, dia ajak keluar awal. Aisey, I baru nak menikmati masakkan sendiri, hahaha. ;p Tapi I iyekan juga lah, I cakap bagi I masa dalam sejam untuk makan, mandi dan bersiap. Dan I tahu dia gembira sangat sebab I boleh dengar suara excited dia dihujung sana, heee.

Lepas mandi, i mengalami sedikit masalah. Sebab I tak tahu nak pakai baju apa. Hahah, kecil punya masalah. Tapi sebab dia tak bagitahu nak pergi mana. Takut tak kena dengan tempat pula. So I pun main pakai je. Seluar pendek dengan t-shirt. Berdandan sikit-sikit je sebab dia call, dia cakap dia dah sampai dekat rumah dah. Okay then..

I masuk je dalam kereta, I salam dan tanya khabar dia untuk hari ni. Itu memang perkara wajib yang akan I buat bila jumpa dia. (I tahu I romantik, haha. ;p ) Lepas dah sembang sikit-sikit. Dia cakap, best tempat tinggal I. Sebab sejuk je, ye lah, kawasan kampung kan. :) Heeee.

Pastu I tanya dia, kita nak pergi mana. Pastu dia senyum dan jawab. "Kita pergi Port Dickson ye". Whatt?! I terkejut. Pergi PD? Tapi I tak bawak baju untuk mandi. Pastu dia senyum dan cakap. "Kan U cakap nak tengok matahari terbenam." Hukhuk. Terharu. Terharu. Dia masih ingat lagi. Ini yang buat I makin sayang pada dia..

Masa on the way (otw) pergi PD, asyik hujan je. Lebat pula tu. I risau je, sebab macam tak nampak jalan je. Asyik pesan dengan dia supaya bawa kereta dengan berhati-hati..Pastu lagi satu I risau kalau tak dapat nak tengok mahatari terbenam sebab hujan. Huwaaa. :(( Tapi tak apa lah, hujan kan satu rahmat yang turun dari langit.

Tapi entah macamana, kitorang boleh sampai ke Melaka. Hahaha, tu lah, tak fokus pada pemanduan. ;p Tiba-tiba je sampai Melaka. Hehehe. Kitorang lalu jalan kampung untuk patah balik ke Port Dickson. Sesat juga la sekejap. Hehehhee..

Betul-betul sampai Port Dickson pukul 6.30. Baru nak jalan-jalan tepi pantai, sekali hujan balik. Hahaha, frust betul lah. So duduk je la bawah pondok sambil sembang-sembang tentang kehidupan.. Lepak situ kejap, then pergi makan dekat restauran dekat2 situ. Dia tanya I nak makan apa, tapi I pandang je sotong. Dan dia cakap, "haa, tak boleh. U gatal-gatak kan. Kita makan ikan ye?" So I dengan dia makan ikan bakarr..Best sangat. Sedap. Suka tengok dia makan. Berselera! I bagi setengah dari nasi I pada dia, hehehe. ;p

Lepas dah kenyang, kitorang pun pulang ke KL. Seronok. Dia buat hidup I ceria. Penuh dengan kejutan. I sukakan kejutannn. Hehehe. ;p

I lupa nak tangkap gambar, aduss.

,

1 comment:

MOMMY CGG said...

salam kenal nurul:)
nape u lupa nak snap pic dear??
i nak tgk:)
huhu..datang jengah blog u:)
and i follow u