Kisah Seorang Ayub.

AYUB..

Saya kenal dia dah lama. Dalam 4 tahun macam tu. Tapi baru sekali je saya dengan dia berjumpa. Sebab ape? Sebab masa tu dia belajar dekat Yaman, macamana nak jumpa kan? :) Dia macam Ustaz sekolah saya dulu(haha!). Sangat kontra dengan saya. Saya tahu kadang-kadang, perbezaan tu yang mendekatkan kita kan? Tapi, entahlah, rasanya kitorang berdua terlalu kontra, macam langit dengan bumi. Tapi bukankah langit dan bumi memerlukan satu sama lain?

Saya kenal dia dalam mIRC. Tatahu apa itu mIRC? Sila tanya Encek Google, beliau tahu segala-galanya. Saya tak ingat macamana kitorang boleh kenal, tapi kitorang sama-sama OP(@) dekat channel #kampung. Kitorang tak pernah rapat sehingga pada suatu hari dia menegur saya dan kitorang bersembang dan perkenalkan diri masing-masing. Sejak itulah, persahabatan kitorang terjalin (oh yeahh, skema gila ayat saya. haha!).

Setelah agak lama kenal, dalam setahun setengah kot, dia luahkan isi hati dia. Masa tu budak-budak kan. Walaupun tak pernah jumpa, kitorang tetap nak declare. Masa tu bagi saya, mIRC ni hidup kedua saya, walaupun ia hanya dalam dunia maya kan. Tapi jujur, saya sukakan hidup tu. Kita boleh bersembang apa saja, punya ramai kawan walaupun tak pernah jumpa. :) Wait! Apsal macam lari topik ni? Huh.

Makin lama, makin bosan, sebab hubungan kitorang tak macam orang lain. Saya perlukan hubungan macam orang lain. Berjumpa, dating(haha!), dan macam-macam lah. Macam pasangan lain buat. Mungkin sebab tak dapat buat semua tu dengan dia membuatkan perasaan saya pada dia makin lama makin pudar. Last-last langsung dah takde apa-apa perasaan pada dia. Kesian dia. Ya! Saya tahu saya jahat.

Setelah melalui macam-macam dugaan disebabkan hubungan jarak jauh, akhirnya kitorang bertemu gak secara empat mata @ berdepan @ berdua. OMG. Dia memang macam USTAZ!! Macamana? Saya ni plak jenis yang...i don't know. Macam remaja lain. Saya bukanlah baik sangat. Keluar pun tak pakai tudung, pakai baju pun kadang-kadang ketat, adus. Macamana? Masa jumpa tu, dia bagitahu, perasaan dia pada saya tetap sama macam 3 tahun dulu. Langsung tak berubah. Saya tak tahulah. Masa dia cakap tu, dalam kepala otak saya ni bermain macam-macam benda dan perkara. Boleh ke saya hidup dengan cara dia? Boleh ke saya sesuaikan diri dengan cara dia? Boleh ke keluarga dia yang alim tu terima saya yang macam ni? Saya tahu, terlalu awal nak fikir tentang semua tu, tapi kepala otak saya ni tetap nak fikir... :(

Dan setelah berfikir semasak-masaknya, akhirnya saya buat keputusan untuk menolak dia untuk kali yang kedua. Saya tahu dia marah, sedih, kecewa dan mungkin benci pada saya. Tapi saya taknak berubah kerana orang lain... Itu bukan saya, dan akhirnya dia membawa diri. Langsung tak hubungi saya lagi..Adalah dalam 7 bulan kot?!

Tapi semalam..masa saya keluar pergi MidValley dengan kakak, and anak saudara, ada satu no yang tak saya kenali, telefon saya. Orang yang telefon saya tu memperkenalkan diri dia. OMG! Terkejut beruk. Tak sangka. Surprise, dan sewaktu dengannya. Tak sangka dia akan contact saya kembali selepas saya melukakan hati dia. Kitorang sembang macam tak pernah ada apa-apa berlaku. Mungkin juga berpura-pura tak ada apa-apa berlaku. Kitorang bertanya khabar, sembang-sembang kosong dalam sepuluh minit macam tu sebelum dia mengakhiri perbualan. Tapi dia sempat tanya, boleh tak dia nak telefon lagi malam nanti, saya diam berfikir, dan jawab, 'boleh, apa salahnya, call la.' Adakah ia kedengaran seperti sebuah harapan? Huh?

Seperti yang dikatakan, lepas balik dari MidValley, dia telefon. Sembang macam-macam. Dalam sejam macam tu. Dia tak berubah pun. Sama macam perasaan dia. Ingatkan dah berputus asa, tapi tetap macam tu. Haihh. Tak tahulah nak fikir apa. Tapi, rasanya dia hadir pada masa yang sesuai. Masa saya tak ada sapa-sapa, i mean, bukan langsung tak ada sapa-sapa kan, maksud saya macam, pakwe la(haha!). Dia hadir tepat pada masanya, masa yang saya rasa sunyi sebab tak berteman. Tapi masa dia luahkan perasaan dia tu, saya langsung tak ada rasa apa-apa. Saya nak sangat jumpa dengan lelaki yang mampu menggetarkan perasaan saya. OMG. Dah macam apa entah. Tapi betull.Saya nak rasa perasaan tu. :(

Kakcik cakap, terimalah orang yang lebih menyayangi kita, bukan kita yang menyayangi orang tu. Tapi...saya selalu rasa apa yang Kakcik cakap tu salah. Ok, mungkin betul, tapi saya tak boleh terima kata-kata tu. Saya perlu juga untuk menyayangi orang tu sama macam orang tu menyayangi saya. Saya habiskan masa 2 tahun saya terima lelaki yang saya tak sepenuh hati sayangkan dia. Last-last, 2 tahun tu habis macam tu je. Nothing! Susah nak berpura-pura kan...

p/s : Tatahu kenapa saya citer, cuma terasa nak bercerita...Sorry pada yang rasa citer ni membosankan..Cuma perlukan sebuah tempat atau benda yang boleh saya luahkan semua yang terbuku dihati..

1.28pm
6-7-2009

7 comment:

zamdotcom said...

agak terkedu seketika selepas membaca.. ^_^!

bukannya apa..kita masing-masing ada sejarah lalu..

ermm awak nk lelaki yang menggetarkan camana?

p/s: terketar-ketar kalo sembang ngan pompuan...huhu

Nurul Harun said...

ntah la zam. sy x pernah rs perasaan mcm tu. x pernah.
sy nk rs perasaan mcm org jatuh cinta, haa mcm itu.
lelaki yang mampu bwat sy x senang duduk, tersenyum2 bila ingat kt dia, n mest la yg terima sy seadanya.
tp susah sgt nk jumpa lelaki mcm tu..
susah nak jumpa lelaki yg nk berkawan dgn kita ikhlas.
semuanya ada 'agenda' yg tersendiri.
atau mungkin nasib x menyebelahi saya! ):

applesakura said...

mak aih! leh wat novel niH~ hee

Poem said...

Sebuah kisah yang bagus awalnya saya mengira kisah nabi Ayub eh ternyata bukan dan kisahnya sangat menarik tapi kayaknya aku lebih tertarik pada penulisnya, salam sukses from Heryrhey @->->--- Just 4 U :D

IGetMp3 said...

hek eleh...sampai hati ko menolak lelaki yg setia tue..
x hensem ke mamat tu?
ataupun mamat tu x hensem?
aikh?..sama la tue kan..hahaha.

aku ada kawan nama Ayub, nak kenal?hehe.

Firol said...

Takpe daripada simpan biar ceritakan

Pencubit said...

huhu.
betul.nak amek orang yang sayang kite je pun taleh diterima pakai gak in certain situation.
takkan nak pikir hati die je.hati kite?haha.

=)
mane eh nak carik yang kasi getar jiwa tu awak?? (^^)