Akhirnya, Transformer ! :)

Oh yeahhh ! :)

Ahad lepas saya keluar pergi MidValley dengan kaka and anak saudara. Niat sebenar nak bawak anak saudara tu menonton wayang. Shahril aka Taloi. Taloi tu nama manja kat rumah. Ouh manja la sangat! Haha! :)

Kitorang bergerak dari rumah pukul 3. Hantar abang dekat Karangkraf yang belakang Pavilion tu, kemudian barulah gerak ke MidValley. Macam biasa la, mula-mula sampai, mesti la nak kena beratur beli tiket. Boleh tahan panjang juga que masa tu. Tapi demi Transformer, saya sanggup! Heee. :)

Tapi, masa nak beli tu, hanya pukul 9.30 yang kosong. Itupun seat yang agak depan. Tak la depan sangat, tapi agak la. C ke D entah. Lupa. Saya pula terpaksa duduk berjauhan dengan kaka. Huhuh. E07. Tengah2. Hehehe, puas tengokkkk!! Sorang pun sorang la, tetap layan, tetap ketawa terbahak-bahak. Tetap enjoy ! :)

Untuk habiskan masa( jam masa tu pukul 4.30petang) , kitorang jalan-jalan. Saya sempat beli baju sehelai. Betul-betul berkenan kat baju tu. Sekali tengok je terus berkenan. Heee. :) Dengan takde duit tu beli jugak. Hahaha, tak sedau diri ! ;p Lepas tu, pergi makan. Tanya dekat Taloi dia nak makan apa. Macam biasa la jwapan budak-budak, McDonald's. Heee.

Dalam puku 7, kitorang bergerak untuk ambil Abang kat Karangkraf. Sebab dah janji dengan dia, nak jemput dia sebelum pukul 8. Bila sampai sana, tengok macam ada apa entah kita panggil benda tu. Lupa la plak. Ada macam promosi la. Haa macam tu. Promosi untuk orang yang nak berkahwin. Aaaa, ni yang jeles ni. :( Saya ajak kaka turun jalan-jalan..

Ouhhh, baju kahwin sangat-sangat cantik. Apsal la saya tak ada pakwe, kalau tak dah ajak kahwin (haha!). Untuk menghilangkan kejelesan yang melampau ni, saya dengan kaka apa lagi, bergambar dengan baju kahwin la. Aduss. Kelabu biji mata. Cantik2 baju kahwin kat sana, :( Sedih ouh..

Berkenan sgt baju yg ni, cantik sgt !

Kaka dan anak saudara.

Pelamin tu cantekkk! :)

Kaka! Love her sgt2.

Taloi.

Saya la ni. Excited bergambar sampai tak sedar patung tu nak jatuh, tapi last2 memang dia jatuh. Hahaha, gila kelam kabut masa ni!


Orite, lepas dh puas berjalan, barulah kitorang gerak hantar abang balik. Hehehe. Tapi memang sangat seronok pergi tengok baju-baju kahwin tu semua, heee. :)

Wayang start pukul 9.30 malam. Bertolak dari rumah pukul 9. Hahah, memang cumel. Nasib baik jalan tak sibuk sangat. Sampai sana pukul 9.40 macam tu. Fuhh. Apa lagi, bergegas lari-lari anak masuk ke panggung. Kekekek. Kecoh betul. Tiba-tiba teringat kat seseorang. ASHRAF namanya. Yang check tiket sebelum kita nak masuk tu kan. Hehehe, sempat lagi mengurat. Hahaha, buat2 bunyi, nakal siut. ;p Tapi lelaki itu sangat cumel and tinggi. Oh yeahh. Selalunya, yang tinggi2 ni la yang buat mata tertarik untuk melihat ni. Hehehe, saya senyum-senyum malu je. Hahaha, gedik betol.

Masa masuk dalam panggung, ouh sangat bernasib baik. Iklan baru je habis. Fuhh. Sebaik tak terlepas walau satu scene, kalau tak menangess. Hehhh. ;p Apa yang boleh saya cakap, cerita ni memang sangat-sangat-sangat menarik, mantap, power rangers dan sewaktu dengannya. Ouh tidak rugi beratur panjang-panjang beli tiket! Ouh yeahhh. Apa yang bermain kat dalam kepala otak sekarang, SAYA NAK TENGOK TRANSFORMER LAGI SEKALI! Begitu juga dengan kaka saya. Hehehe. Rasa macam tak puas la pulak bila tengok sekali je. Tapi tatahu bila. Weekend ni plak nak pergi Sunway Lagoon. Tengok la nanti macamana.

The Curious Case of Benjamin Button Movie Trailer

Esok Nurul cuti. Plan untuk esok ;

1)Tengok wayang
2)Shopping
3)Belanja family makan.

Tak sabar ah nak tengok cerita Benjamin Button tu. Tengok dia nye trailer cam best gile. Fuh.


 
Kan kan? Betul tak Nurul cakap? Menarik tertarik kan. Timbul rasa teruja nak menonton cerita ni. Tapi. nak pergi tengok dengan siapa eh? Emmm. Ingat nak ajak seorang kenalan ni. Tapi tengok la kalau sempat jumpa dia harini. Tapi segan ah. Ngeeeeeeee. Gedik!!

Betul Betul Betul...Hahaha.. ((:


Sedapnya kakak makan eskem. ;p

Huhuhu. Yiehaaaaa. Erk lupa nak bagi salam...

Assalamualaikum kawan-kawan..Thehehe.. ;p

Akhirnya, semalam Nurul pergi juga tengok Geng. Fuh.. Heppy bangat sebab impian untuk menonton akhirnya tercapai. Thehehee. ;p

6.30pm
Tepat2 sampai rumah. Intai2 motor kakak yang kerja polis tu ada kt rumah atau tak. Cantik. Motor dia ada, maknanya dia pun dah sampai rumah. Jalan masuk rumah, tengok2 dia pun baru je sampai. Hahahha. Hampehss.

6.45pm
Mandi dan mula melawa(bersiap-siap) untuk ke MidValley. Pakai dress je sebab Nurul suka sesuatu yang simple. Kakak Nurul mengambil masa hampir  jam untuk bersiap. Yee, begitu beruntungnya kalau dapat makwe seperti saya yang hanya mengambil masa 15minit untuk bersiap. Hahah. *Sigh*

7.50pm
Semua sudah sedia untuk memulakan perjalanan. Semua pakai dress. Thehehee. Macam boria lak Nurul tengok. Haha.

7.55pm
Kereta mula bergerak. Thehehee. Sepanjang perjalanan hanya diisi dengan borak kosong. Ada sekali tu, berhenti dekat traffic light, pastu si kecil Alisya boleh main-main mata dengan abang yang bawak kereta savvy dekat sebelah kereta kitorang. Hahaha. Bertuah punya budak. Abang yang naik kereta savvy tu pandang senyum-senyum dekat kitorang. Hahahahaa!! Natal(Nakal & Gatal) ikut sapa la agaknya tu? ;p

8.20pm
Jalan sedikit jem. Fuh. Nasib baik kakak pandai bawak kereta, main celah2 je. Thehehe. Alisya dah mula merengek, bila nak sampai, bila nak sampai..

8.35pm
Sudah memasuki bangunan MidValley. Banyakkkk gilesss kereta u noeee. Fuh. Pening dah duk fikir samaada ada tak parking kosong, dan memang nasib kitorang baik, ada satu biji kereta keluar dari tempat parkingnya betul-betul depan kitorang. Okee, jangan marah kereta dibelakang. Cuba lagi dilain masa. Hahahaha. ;))

8.42pm
Mula beratur untuk membeli tiket. Nasib tak ramai sangat yang beratur, kalau tak berpeluh juga tunggu. Huhuhuh.. ;p Tapi sayanggg, seat atas dah penuh, tinggal yang bawah je. Tskkkk... Sob sob sob. Nasib baik bukannya selalu bersama... ):

8.50pm
Pergi beli aiskrim dimekdi sebab Alisya merengek mahu aiskrim. Beli 4 untuk 4 org. Hahah. Yang besar pun merengek nak aiskrim. Selepas beli, lepak ditangga sambil tunggu-tunggu untuk dihabiskan aiskrim. Sempat berposing untuk bergambar. Theheheee. ;p

Budget cun semua. Hahahhh. Aku plak yang kena tangkap gambar.

Sempat main suap-suap. Alisyaaa, makcik cane??

Okk, masa yang ditunggu2. Giliran Makcik Nurul plak bergambarr....Ready??


Alisyaaa!! Duduk diam-diam bole tak??

"Makkciikk, kakak nak makan eskem laa. Jangan la kacau." Kata si Alisya. Makcik2nya ttp maintain vouge. Hahhah!

"Makdee, kakak tanak eskem dahh." Sambil menghulurkan eskemnye pada Makdee. Makcik say peaseee. ;p Aman tidak diganggu Alisya sewaktu sedang syok sendiri bergambar.

Ni adik perempuan Nurul. Nama : Nana, Umur : 19, Status : Single but not available. Hehehhee.. ;p

Berhenti makan eskem sekejap untuk memberi laluan kepada jurukamera menangkap gambar. ;p Nama glamour : Michelle, Umur : 24, Status : single & available. Hahahah!!!

Menunjukkan muka ahh-aku-tak-kisah-kau-nak-cakap-apa sewaktu menikmati aiskrim ditangga. Nama : Nurul, Umur : 22, Status : Single but not available. Wekk.. ;p

9.00pm 
Selesai bergambar-secara-syok-sendiri. Mula bergerak untuk masuk kedalam panggung. Tak beli popcorn pun sebab terlupa. Hahahahhhh. Hampeh..

9.05pm
Tunggu hampir 10minit untuk cerita bermula. Iklan lamaaaaa...

9.15pm
Cerita start.. Layannnnnn....

Dalam panggung, ada kakak & abg yang duduk depan kitorang berasa sungguh terganggu kerana Si kecil Alisya duk main tendang-tendang seat kerana buhsan. Hahahahaaa.. Sorry kepada abang dan kakak tersebut. ;p

Tak ingat berapa lama cerita ditayangkan. Tapi memang enjoy. Kelakar, cemas, gabra, sedih, sebak dan macam-macam perasaan berlaku sewaktu cerita ini ditayangkan. Huhuhuhu. Nama Oophet besh. Nak bagi kt nama anak kuceng ahhh. Huhuhuh.. ;p

Hahahhaa. Nurul paling suka watak Rajoo yang boleh bercakap dengan binatang. Hahahha. Cumel gilesss. "Samyyy goooo!!" Hahahahaaa.. ;p

Fuhh. Suspen sangat masa dorang masuk kt dalam hutan yang ada bermacam2 binatang pelik. Yang paling takut adalah sejenis binatang yang ala-ala lintah bulann.. Erghhh. Gelii mattttt.. Menjerit2 juga la tengok cerita nihhh..

Watak Sally atau Salleh yang agak2 pondan memang tak boleh blahhh..Hahahhaa..Sengalll...Auwww, tak kuasa nyahhh.. ;p

Alisya didalam panggung diam sahaja sewaktu menonton Upin dan Ipin beraksi. Huhuhuh. Alisya Alisya... :))

.....................................................

Tak ingat pukul berapa cerita habis. Tapi nyatanya memang enjoy. ;)) Dan masa untuk bergerak pulangggggggggggggg.. 

Seronok selepas menonton Upin & Ipin. ;p

Manja la tu konon. ;p

"Aduh mak uda, bila nak habis bergambar ni? Kakak dah ngantok nihh.."

.........(xtahu nk ckp ape da......)

Selepas menunggu kakak nurul yang suka bergambar selesai dengan hobinya, barulah kitorang bergerak pulang. Hehehehe.. ;p

Ok. Kitorang dah nak balik ni. Jumpa lagii..

Alisya balik dulu yee.. Papai kengkawann. Betul betul betullll...

Ok. Selesai sudah ulasan untuk hari ini, kembali semula ke sri pentas bersama dengan Nurul. Gagagaga..


THE END-