Shahir AF8 - Kebahagiaan Dalam Perpisahan
Assalamualaikum.
Hai semua. Tadi Nurul singgah tempat kerja sekejap. Singgah untuk kali yang terakhir. Entah bila la Nurul akan datang sini lagi. Oh, pasti rindu. Rindu semuanya. Rindu bos sekali. Hehehe. Sayang betul dia dah kahwin, kalau tidak, boleh juga tackle.
Nurul datang sini pun sebab dia nak suruh Nurul settlekan beberapa perkara, dan dia ada cakap nak bagi hadiah pada Nurul. Seronok. Rasa macam nak senyum sampai telinga saja. Heehee. Malam Sabtu hari tu pun, dia ada belanja Nurul makan seafood di Restauran Nelayan yang dekat Titiwangsa tu. Banyak Nurul makan sampai satu tahap tu rasa nak muntah, hahaha. Buruk perangai kan? ;p
Eh, ahaa, tengok konsert AF tak semalam? Nurul layan. Bestnya tengok Shahir. Rasa macam jatuh cinta untuk kali ke tiga saja. Yang pertama mestilah Shahid Kapoor, kedua Amin, ketiga Shahir ni la. Bila tengok dia yang macam malu-malu kucing tu, rasa macam geram je. Ish. Seronoknya kalau ada teman lelaki pemalu macam tu. Teehee. Berangan sajalah kan?
Okay, yang Nurul paling cemburukan sekali adalah sebab dia menang kereta Peugeot 207. Okay, sila cemburu sama-sama dengan Nurul. Haha. Cemburu la. Cemburu! Cemburu! Kalau ada yang nak bagi kereta Peugeot 207 ni pada Nurul kan seronok. Ya betul! Dalam mimpi saja lah kan. Itupun belum tentu lagi.
Lagu solo terbaru dia sedap saja telinga Nurul dengar. Percaya tak yang Nurul dah hafal pun lagu dia. Nak dengar? Hahaha. Turn on kan speaker cepat.
Tipu saja lah! ;p Tapi kalau nak dengar lagu Shahir AF8 - Kebahagiaan Dalam Perpisahan , boleh mainkan dengan klik 'play' di bawah. Enjoy.