Dia nak jadi Isteri no DUA!
Assalamualaikum.
Minta maaf sebab lama tak update. Selain dari masalah hati yang sampai sekarang tak sudah-sudah, otak tepu merupakan penyebab sampingan kenapa I tak update belog. Tapi jangan risau, walaupun tak update belog sendiri, belog kawan-kawan selalu I singgah. :)
I sangat tensi seminggu ni. Memang tak seronok langsung bercerita tentang masalah dalam belog dan dibaca oleh orang lain. Bukan perkara yang patut dibangga-banggakan. Iyalah, bukan I sorang saja yang ada masalah kan?
Ahaa, I nak minta pendapat dari kalian semua. Situasinya adalah ;
" Anne bercinta dengan Alif. Tetapi Alif terpaksa menurut permintaan ayahnya supaya berkahwin dengan pilihan keluarga, dan kini, Alif sudah pun bertunang dengan Maizatul, seorang gadis yang turut berasal dari kampungnya.
Dan ya, Anne bukan seorang wanita yang mudah beralah. Dia sanggup bermadu dengan wanita lain. Sesungguhnya Anne memang bodoh! Sanggup dia menyimpan cita-cita seperti itu. Cita-cita yang sudah pastinya akan melukakan hati wanita lain.
Salah Anne? Salah Alif? Salah Maizatul? Atau mungkin kedua wanita itu menjadi mangsa keadaan? Mungkin inilah permainan takdir.
I nak sangat bagi nasihat pada Anne, nak cakap pada dia, semua itu bukan semudah yang disangka. Sila paksa diri untuk berundur. Tetapi Anne jenis yang degil dan keras kepala, walaupun I tahu dalam hatinya, dia sebenarnya tidak ingin benda itu berlaku. Cuma dia tidak sanggup kehilangan lelaki terbaik yang pernah dia kenal sepanjang hidupnya.
Saat ini, I rasa macam nak buat satu drama. Tapi drama seperti ini rasanya sudah banyak ditayangkan di kaca televisyen. Mungkin mencipta sebuah novel? Mungkin? Kalau laku, kaya lah I nanti. Boleh belanja kawan-kawan makan roti canai. :)