Ada Website Yang Best Untuk Dishare Tidak ?
Uh uh, hai semua. Rasa macam lamanya tak update, padahal boleh dikatakan hari-hari login ke blogspot ini untuk mengomen entri terbaru dari kawan-kawan. Tapi untuk belog sendiri tiada entri terbaru. Kasihan.
I sekarang ini sibuk mencari kerja baru, dan kelmarin pun I pergi interview dekat KLIA. Alhamdulillah, rasa macam boleh dapat. I kerja dekat UIA ini hampir lima tahun. Huu, lama betul la. Dari budak-budak sehingga la ke.. bukan mak budak la, tapi matang okay. Heehee, malu sudaa. ;p
Kalau dapat kerja ini, InsyaAllah, nampaknya I akan duduk berjauhan dengan family. Dengan adik, kakak, abang, anak saudara dan lain-lain. Kalau difikirkan, rasa macam tak mahu duduk jauh-jauh, nanti siapa nak tolong masakkan? Pfft, nanti agaknya hari-hari makan dikedai. Tidak mahu! Lagi satu, hmm, siapa nak teman bersembang dikala sunyi, selalu kalau boring boring, pergi cari adik, ajak dia keluar, nanti kalau dah duduk sendiri macamana? Hmm. Takut lah nak duduk jauh-jauh. Rasa macam tak bersedia.
Tapi demi masa depan, demi cita-cita, demi untuk berjaya seperti adik beradik yang lain, nampaknya I kena juga beranikan diri, mencabar diri kearah yang lebih jauh. Pheww. Takut. Menggigil kepala lutut. Haahahaha.. Doakan I ye, semua.. Doakan semuanya akan baik dan I berani untuk hidup berdikari sendiri...
Ops, berbalik pada tajuk entri, ehehe, sekarang ini selalu sahaja rasa bosan. Tak tahu nak buat apa. Boleh dikatakan, kerja I mengadap komputer sahaja, ditambah dengan line internet, tapi masih lagi rasa bosan dan tidak tahu hendak buat apa. Jadi pada kawan-kawan semua, ada website yang best tak? Jum lah share dengan I. Tinggalkan dekat bahagian komen ya? :) Thanks a lot.
Okay semua, take care ya, jaga diri hahaha. Dah take care, jaga diri pula, macam lah awak-awak semua ini tidak faham bahasa melayu dan inggeris. Hehe, saja je. Okay, till then. Assalamualaikum.. :)