Cerpen Top Love : Part 7

Putri Anne mengambil telefon bimbitnya yang berada diatas katil dan mendail no telefon Iriani. Dia akan memaklumkan kepada Iriani yang dia akan pergi sendiri dan Iriani tidak perlu menjemputnya dirumah. Lagipun dia tidak mahu menyusahkan gadis itu. Pada mulanya Iriani tidak bersetuju, tapi selepas Putri Anne memujuknya, Iriani pun mengalah. Dia memberitahu dimana tempat yang perlu Putri Anne datang.

Selepas bersiap secara ala kadar, Putri Anne pun turun kebawah. Waktu itu, mamanya sedang menonton televisyen.

"Ma, Anne keluar kejap ya, nak jumpa dengan Iriani."

"Ye lah. Bawa motor elok-elok. Kirim salam pada Iriani ya."

Putri Anne mengangguk, dan seperti biasa, dia akan mencium dahi mamanya sebelum keluar.Selepas menghidupkan enjin skuternya, Putri Anne pun memulakan perjalanan. Dia akan bertemu dengan Iriani di Tasik Titiwangsa. Iriani ada memaklumkan kepadanya sewaktu dia menelefon gadis itu tadi.

Sewaktu hendak masuk kesimpang, entah macamana, Putri Anne hampir dilanggar oleh kereta yang berada dibelakangnya. Nasib baik dia tidak jatuh. Cepat-cepat dia menghentikan motornya dibahu jalan. Dia membuka halmetnya dan berjalan menghampiri kereta yang hampir melanggarnya tadi. Kereta itu juga berhenti dibahu jalan.





"Maaf, maaf. Saya tak sengaja."

"Macamana awak bawa motor ni. Nasib baik tak kena langgar."

Putri Anne memandang lelaki yang baru keluar dari keretanya. "Saya minta maaf, saya betul-betul tak sengaja."

"Ingat kata-kata maaf awak tu boleh  selamatkan awak ke kalau awak kena langgar tadi. Nanti tak pasal-pasal dah menyusahkan hidup saya."Perempuan bawak motor memang macam ni!"


"Yang awak tiba-tiba nak membandingkan perempuan bawa motor macam ni kenapa?  Kan saya dah minta maaf, apa lagi yang awak tak puas hati ni?" Putri Anne yang kelihatan tenang tadi mula naik angin.

"Entah ada lesen entah tidak. Nasib baik tak kena langgar. Pergi ambil lesen balik lah!"

Putri Anne cuba menahan rasa marahnya. Dia memerhatikan lelaki itu masuk semula kedalam keretanya.  Selepas memberikan jelingan yang tajam padanya, lelaki itu terus memecut keretanya pergi. Putri Anne pula masih lagi disitu walaupun kereta dan lelaki tadi sudah hilang dari pandangan. Telefon yang berbunyi terus menyedarkannya.

"Anne, awak dekat mana ni?" Suara Iriani kedengaran cemas.

"Saya dah nak hampir sampai. Kejap lagi saya jumpa awak ya."


Bersambung...

1 comment:

para said...

budak ni mmg betol2 ada bakat..yg drummer pun hebat...errr gigi dia yg mahal tu..