Mahukan Pendapat : Bercinta dengan Foreigner ni O.K ke K.O ??
Assalamualaikum.
Woopss, lama sudah tidak menulis entri. Sebenarnya, tiada idea la. Entah lah, otak sudah berkarat mungkin? Huhu.
Okay, hari ini, I nak bagi suatu dialog untuk korang baca. Peristiwa ini baru saja terjadi beberapa minit yang lalu, sewaktu I menulis entri ini.
MF - Hey, what's your name?
GM - Zu, just call me Zu.
MF - I saw you at canteen a few times.
GM - (muka nak ketawa)
MF - (menulis sesuatu diatas kertas dan memberikan kepada GM.)
GM - (tengok apa yang tertulis diatas kertas.)Why you give me your phone number? I don't want.
MF - Just keep it.
GM - (ketawa)
MF - I will pray to Allah.(lalu beransur pergi..)
Okay, bedasarkan dialog diatas, opss, lupa nak introduce, GM adalah Gadis Melayu, sila muntah, hahah. Dan MF adalah Mamat Foreigner. Korang rasa la kan. Sebenarnya, okay ke berkawan/bercinta dengan foreigner ni? Untuk pengetahuan korang, yang tegur I tadi tu kulit putih, opss, kantoi dialog itu adalah dialog I dan mamat foreigner itu, hehehe, okay sambung, mamat foreigner tadi tu bukan mamat Nepal okay, yang ini kulit putih, handsome, badan ketul-ketul, tapi masih tidak mampu menandingi kehebatan Shahid Kapoor I! Hikhikhik. Pernah juga suatu ketika dahulu, I tanya dengan kakak no.2 I, samaada boleh atau tidak menjalinkan hubungan atau dipendekkan ayatnya, bercinta dengan foreigner? Pastu kakak I cakap, TIDAK! Hahaha. Apakah? Mengapa? Pastu kakak I cakap, "Dah tak ada lelaki melayu kat dunia ini?"
Woohoo, kalau baca dalam paper, artis yang kahwin dengan foreigner ini banyak yang bercerai. Okay, I tahu la yang I ini bukan artis, haha, tapi masih gadis melayu kan, ;p . Kalau cakap dengan kakak no.4 I, okay yang ini bunyi lain macam sikit, tapi hehehe, layankan saja..
"Kau boleh ke layan dorang tu? Dorang tu kuat s*x tahu."
Apakah? Hahaha, masa ini I macam termenung ke tercengang ke tidak ingat pula. Tapi yang nyata terdiam. I tak minat foreigner okay, ops, tipu jer, kalau Shahid kapoor mahukan I menjadi girlfriend aka teman wanitanya, I sudi aja. Ooiii, siapa tak mahu oii. Cumel tu, badan pun ketul-ketul, hikhik. ;p Gatal!
Kalau dipadankan dengan gadis dibawah ini sesuai tidak?
Hehehehe, malu sudaa..