Cerpen Top Love : Part 8

Putri Anne cepat-cepat menghampiri Iriani. Kelam kabut juga dia kerana sedar yang dia sudah terlambat. Dia janji untuk berjumpa dengan Iriani pada pukul 8.30. Sekarang ini sudah hampir ke pukul 9. Memang janji melayu betul!

"Awak, sorry sangat. Lambat kan? Tak sengaja." Putri Anne terus mendapatkan Iriani yang sudahpun tersenyum-senyum.

"Tak apa la. Janji awak datang." Iriani memegang tangan Putri Anne. "Awak lambat kenapa?"

"Erm, tak ada apa lah, sesat. Hehehe. Mana? Pakwe kesayangan awak tu?"

Iriani memuncungkan mulutnya kearah Ikhram yang berada tidak jauh dari mereka. Ikhram sedang bersembang dengan kawan-kawannya yang seramai tiga orang itu. Lantas Iriani menarik tangan Putri Anne supaya menghampiri Ikhram dan rakan-rakannya.

"Yang, ni kawan orang. Yang orang selalu cerita tu." Iriani memperkenalkan Putri Anne.

Ikhram tersenyum memandang Iriani. Memang Iriani selalu bercerita tentang Putri Anne kepadanya. Putri Anne merupakan kawan baik Iriani disekolah dan dia juga tahu yang Putri Anne berumur setahun lebih tua dari Iriani.

"Hai. Ikhram." Ikhram memperkenalkan dirinya pada Putri Anne. Entah kenapa dia terasa seperti pernah berjumpa dengan kawan Iriani ini. Tapi dia lupa dimana. Mungkin perasaan dia sahaja.

"Hai." Putri Anne membalas senyuman yang diberikan Ikhram.

Eh, lupa pula. Ni kawan-kawan saya. Yang ni, Din. Yang ni Aiman, dan yang ini Darwish." Ikhram memperkenalkan rakan-rakan baiknya satu persatu.

Putri Anne hanya tersenyum. Dia menganggukkan kepalanya, dan apabila matanya terhenti pada Darwish, senyuman yang diukirkannya hilang. Macam kenal saja. Kalau tak silap, dia ni la lelaki yang hampir melanggarnya tadi. Eh. Dia kawan Iriani ke? Aduh. Macamana ni?

Darwish memandang Putri Anne atas bawah. Dia masih mengenali wajah gadis yang berdiri dihadapannya ini.

"Dia ni la perempuan yang aku cerita tadi. Kecilnya dunia. Kawan awek kau rupanya." Darwish menghadiahkan senyuman sinis kepada Putri Anne yang kelihatan seperti tidak kena.

"Eh, Darwish kenal ke kawan Yani? Jumpa dekat mana?" Iriani kelihatan gembira. Jika mereka semua sudah kenal diantara satu sama lain, maka Putri Anne tidak akan berasa segan dengan mereka semua.

"Kenal. Kenal. Eh Yani, kawan awak ni, datang naik motor kan? Dia ada lesen ke ye? Tak la. Bahaya juga orang bawa motor tak ada lesen ni, karang tak fasal-fasal dah menyusahkan orang lain kan?"

Putri Anne yang mendengar kata-kata tersebut sudah merah mukanya. Dia tahu lelaki itu sedang memerlinya.

"Eh, apa ni cakap macam tu." Iriani memandang Darwish Dawani dan Putri Anne silih berganti. Macam ada yang tidak kena saja.

"Eh tak adalah." Darwish Dawani sudah tersenyum. Dia kemudian menyambung makannya, tidak lagi memperdulikan pandangan Din, Aiman, Ikhram dan Iriani manakala wajah Putri Anne pula sudah berubah mendung.

"Kenapa tu?" Iriani berbisik pada Ikhram. Dia menunjukkan kearah Darwish Dawani yang sedang mengunyah kacang. Sesekali terdengar lelaki itu ketawa.

Ikhram hanya menjongkitkan bahunya tanda tidak tahu. Kemudian sajalah dia bertanyakan pada Darwish Dawani apa yang membuatkan lelaki itu tiba-tiba berubah menjadi seorang lelaki yang menjengkelkan.


Bersambung...

4 comment:

Frodo Baggins said...

pcerpen ke?
huhuhuhuhuhu
hei hei keep it up


((jap wa baca ...))

Nurul Harun said...

Frodo Baggins : Ehek, saja je. malu sudaa..

Anonymous said...

cool..

Try out this link;

www.fdausamad.blogspot.com

Read few entries, you'll find it very funny and interesting.

Seriously!

Nurul Harun said...

Anon : orite, thanks anon. I will!!