Untitled

Aku menangis lagi.

Ya Allah. Sungguh aku tak larat nak tanggung rasa kecewa ini. Aku bergurau dengan Nana, aku bergurau dengan Bobo, tapi sudahnya aku masuk bilik air menangis.

Sukarnya berpura-pura gembira. Jauh disudut hati, aku rasa sakit sangat. Aku nak buang rasa sakit dan kecewa ni jauh-jauh. Jauh-jauh sangat. Sungguh.

Semalam aku mengambil masa agak lama untuk tidur. Semua kenangan bermain-main diminda. Ya Allah. Kecewanya rasa hati aku ini.

Aku menangis lagi.

Bangun tidur benda pertama yang terlintas diminda adalah Dia. Lalu aku bangun untuk mengambil wuduk. Aku sujud pada-Nya. Aku luahkan segala sakit, perit, rasa kecewa aku pada-Nya. Aku termenung seketika. Aku ingin katakan, tariklah nyawaku, aku tak sanggup hidup macam ini, tapi aku tahu, berdosa aku meminta seperti itu, lalu aku diam dan simpan didasar hati jauh-jauh.

Aku dah tak boleh mesej dia untuk beritahu apa yang aku rasa. Dia akan tinggalkan aku. Tinggalkan aku dengan parut yang dia berikan ini. Dia akan pergi dengan wanita yang ditentukan jodoh oleh keluarganya. Sungguh aku sedih.

Aku menangis lagi.

Ya Allah, macamana aku nak hilangkan rasa kecewa ini?

Aku terfikir untuk berhenti kerja. Syukur duit motor pun dah nak habis bayar. Tinggal 2 bulan lagi. Aku boleh bayar sekaligus. Lepas ni dah tak ada apa yang aku perlu risau. Buat masa ni aku hanya mahu tidur saja. Sebab waktu tidur saja rasa terkilan ini hilang. Alangkah indahnya kalau aku tidak perlu lagi jaga dari tidurku..Allah..

Aku menangis lagi...

0 comment: